Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ker.ja.an] | ڤکرجاءن

Definisi : sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah: ~nya yg baru ini menjadikan hidupnya agak senang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ker.ja.an] | ڤکرجاءن

Definisi : 1. sesuatu yg dikerjakan (dilaku­kan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya; ~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikir­kan dgn lebih teliti); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ker.ja.an] | ڤکرجاءن

Definisi : 1 sesuatu yg dilakukan utk mencari nafkah hidup; pencarian: ~ mereka ialah bercucuk tanam dan menangkap ikan. 2 sesuatu yg dikerjakan atau yg dibuat: Demikianlah ~nya setiap hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ker.ja.an] | ڤکرجاءن

Definisi : sesuatu yg dilakukan oleh seseorang utk mencari nafkah; pencarian: Ada yg ~nya berladang dan ada pula yg berniaga. 2 sesuatu yg mesti dilaksanakan; tugas: Tiap-tiap orang hendaklah menjalankan ~ masing-masing. 3 kegiatan atau usaha melakukan sesuatu: ~nya tiap-tiap hari tiada lain drpd membaca surat khabar. ~ kayu pertukangan kayu (spt membuat kerusi dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bagai ikan lampam di ulak jamban.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban).

 

Lihat selanjutnya...(277)

456

In for a penny, in for a pound

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Ditumbuk dikisar barulah lumat

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi ditumbuk dikisar barulah lumat. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(62)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
occupationaladj pekerjaan: ~ disease, penyakit pekerjaan; ~ hazard, bahaya pekerjaan; ~ hierarchy, hierarki pekerjaan; ~ mobility, mobiliti pekerjaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
driftsejak dia meninggalkan bangku sekolah, dia telah bertukar dr satu pekerjaan ke pekerjaan yg lain; 4. develop or progress aimlessly, hanyut: their conversation seems to be ~ing from one topic to another, nampaknya perbualan mereka hanyut dr satu tajuk ke tajuk yg lain; 5. (of snow, sand, etc) pile up in heaps, menimbun, berlonggok;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
work3. job, employment, pekerjaan, kerja: he tried without success to find ~, dia mencuba mencari pekerjaan tetapi tdk berjaya; it is impossible to get ~ these days, memang tdk mungkin utk mendapat pekerjaan sekarang ini; what ~ does he do?, apa kerjanya?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
situation 3. (fml or old-fashioned) job, employment, pekerjaan: he is trying to find a new ~, dia mencuba mencari pekerjaan baru; ~s vacant, /kerja, pekerjaan/ kosong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trade4. occupation, pekerjaan; (in contrast with “profession”) pertukangan: carpentry is a useful ~, pertukangan kayu ialah pekerjaan yg berguna; printing is a ~, teaching is a profession, percetakan ialah pertukangan, mengajar ialah profesion; basket-weaving is a dying ~, menganyam bakul ialah pertukangan yg hampir lupus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
moonlightingn (colloq) pekerjaan /sampingan, sambilan/: due to the rising cost of living, many people have resorted to ~, disebabkan kos sara hidup yg semakin meningkat, ramai orang yg membuat pekerjaan sampingan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
occupationn 1. job, profession, trade, pekerjaan: he is a plumber by ~, pekerjaannya ialah tukang paip; state your name, age and ~, nyatakan nama, umur dan pekerjaan tuan; 2. (hobby) kegemaran; (st one does to occupy o’s time) kerja yg dilakukan utk mengisi waktu lapang: gardening is his chief ~ now that he has retired, setelah bersara, berkebun ialah kerja utamanya yg dilakukan utk mengisi waktu lapang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
moved. progress to a better job, bertukar ke pekerjaan yg lebih baik: after six years of teaching I decided it was time for me to ~ on, setelah enam tahun mengajar saya membuat keputusan utk bertukar ke pekerjaan yg lebih baik; ~ so. oKamus Inggeris-Melayu Dewan
occupational therapistn jurupulih pekerjaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
callingn occupation, vocation pekerjaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas