Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pél] | ڤيل

Definisi : (pél) Id kain pengesat; mengepel menyapu atau mengesat dgn pel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pél] | ڤيل

Definisi : (pél) tanah lapang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pél] | ڤيل

Definisi : (pél) IB gentel, butir (ubat dll); pil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan "pelbagai" menerima imbuhan awalan "pel-" seperti "pelajar"Dalam bahasa Melayu, tiada imbuhan awalan pel-.Tatabahasa11.01.2017
Adakah pel dalam perkataan "pelbagai" dikira Imbuhan awalan?Dalam bahasa Melayu, tiada imbuhan awalan pel-.Tatabahasa19.07.2022
Saya difahamkan daripada Tatabahasa Dewan bahawa awalan peN- bervariasi dengan pel- didefinisikan hanya sebagai: bergabung dengan kata dasar 'ajar' menjadi 'pelajar' untuk menandakan makna orang yang menerima kerja mengajar atau orang yang melakukan kerja belajar. Ini bererti hanya pada kata 'ajar' yang boleh diaplikasikan hukum ini. Maka, saya ingin bertanya bagaimana pula dengan hukum yang mendasari perkataan 'pelbagai'? Adakah ini bermakna bahawa 'pelbagai' tidak tergolong kategori [peN- bervariasi pel-] seperti di atas, dan oleh hal yang demikian 'pelbagai' bukan merupakan kata terbitan?Terdapat kekecualian apabila awalan peR- diimbuhkan kepada kata dasar ajar sahaja. Imbuhan tersebut akan berubah menjadi pel-. Lihat contoh: per- + ajar = pelajar  

Kata "Pelbagai" tergolong dalam kata tunggal dan tidak menerima sebarang imbuhan. Justeru, kata tersebut tidak boleh digolongkan dalam variasi awalan peR- tersebut.
Tatabahasa01.08.2018
Assalamualaikum.. Saya mohon pencerahan apakah perkataan yang tepat bagi mewakili organisasi polis: "Organisasi Kepolisan" atau "Organisasi Kepolisian". Dan apakah perbezaan maksud bagi kedua-dua perkataan tersebut? Terima kasih atas maklumbalas..Menurut Kamus Dewan, kedua-dua perkataan tersebut, iaitu kepolisan dan kepolisian bermaksud yang berkaitan dengan polis (pada pel­bagai aspek). Kata dasar bagi kepolisian ialah polisi, iaitu kata yang berasal dari bahasa Indonesia Belanda. Kami mencadangkan pihak tuan menggunakan Organisasi Kepolisan untuk mewakili organisasi polis di Malaysia.

Kepolisan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah yang berkaitan dengan polis (pd pelbagai aspek), berkaitan dengan urusan (tugas dan tang­gungjawab, kegiatan, dll) polis: Polis Diraja Malaysia akan memberikan latihan ~ kepada orang ramai bagi mencegah jenayah; Institusi ~.
Makna18.04.2014
1. Suasana di pasar malam ini (hingar-bingar / riuh-rendah) dengan suara penjual yang ingin menarik perhatian pengunjung. Jawapan yang diberikan oleh buku rujukan ialah hingar-bingar. Bukankah kedua-duanya sama makna? Atau hingar-bingar lebih baik? Sila bantu. 2. Masakan yang dimasak oleh ibu itu sangat RENCAM kerana dicampurkan pelbagai macam bahan. Penggunaan RENCAM dalam ayat ialah KATA ADJEKTIF. Betul? Menurut Kamus Dewan: makanan yg RENCAM: makanan yg terdiri drpd pel

1. Suasana di pasar malam ini (hingar-bingar / riuh-rendah). kedua-duanya betul, merujuk Kamus Dewan hingar-bingar sama maksud dengan riuh-rendah dan hiruk-pikuk.

2. Ayat "Masakan yang dimasak oleh ibu itu sangat rencam" kurang tepat.  Isunya di sini bukanlah golongan kata dalam ayat tersebut. Kata adjektif atau frasa adjektif boleh menjadi predikat atau penerang dalam ayat. Isu yang lebih ketara ialah makna kata yang menerangkan sesuatu tentang subjek dalam ayat tersebut. Lazimnya apabila kita menerangkan tentang sesuatu masakan itu ialah sifatnya sama ada sedap, pedas, manis dan sebagainya. Rencam bermaksud terdiri daripada bermacam-macam atau berbagai-bagai dan penggunaan rencam kurang tepat dalam ayat ini. 

Tatabahasa20.06.2011

Kembali ke atas