Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.yan] | ڤلاين

Definisi : 1 orang yg kerjanya melayan. 2 ist alat atau program komputer yg membekalkan data dan maklumat kpd komputer-komputer lain yg mempunyai hubungan rangkaian dgnnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.la.yan] | ڤلاين

Definisi : 1. orang yg kerjanya melayan, orang suruhan, pembantu; 2. (Komp) peranti atau program komputer yg membekalkan data dan maklumat kpd komputer lain yg mempunyai hubungan rangkaian dengannya; ~ besar ketua orang suruhan; ~ dapur orang yg bertugas di dapur (spt memasak dll); ~ pejabat budak suruhan (membantu kerja) di pejabat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
layan
Kata Terbitan : melayani, layanan, pelayan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
server accelerator cardkad pemecut pelayanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKad yang dipasang pada slot antara sambung komponen persisiran (PCI) dalam papan ibu. Kad ini digunakan untuk menjana kekunci penyulitan untuk urus niaga selamat pada laman web e-dagang yang dihoskan dalam pelayan tersebut. Sekiranya pelayan berkenaan tidak mempunyai keupayaan pemprosesan selari, pelayan akan terbeban dengan tugas pencarian dan penjanaan kekunci penyulitan untuk setiap urus niaga.
reference monitormonitor rujukanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKonsep keselamatan apabila suatu komputer pelayan atau perisian pelayan menjadi perantara untuk semua objek di bawah seliaannya. Monitor rujukan mempunyai fungsi perantaraan lengkap, tidak boleh diubah suai oleh komputer terhubung, dan boleh menentusahkan setiap aktiviti perantaraan. Lihat juga kernel keselamatan.
server farmladang pelayanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSekumpulan komputer pelayan yang dihubungkan dengan kaedah berkelompok, grid, atau selari untuk membolehkan penggabungan kuasa pemprosesannya. Kumpulan komputer ini berupaya menyelesaikan masalah yang kompleks, seperti penekaan kekunci penyulitan atau kripanalisis. Ladang pelayan biasanya diselenggarakan oleh satu organisasi dan ditempatkan dalam satu premis khusus.
network wormcecacing rangkaianTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerCecacing yang boleh tersebar dengan sendiri melalui rangkaian dan berupaya mengeksploitasi ketakteguhan yang terdapat pada hos atau pelayan. Seterusnya hos atau pelayan akan bertindak sebagai pembawa yang menyebarkan cecacing ke seluruh dunia. Cecacing rangkaian biasanya menggunakan port 80 yang terbuka untuk sambungan ke laman web untuk penyebaran maksimum kerana biasanya port 80 tidak disekat oleh tembok api.
secure socket layer (SSL)lapisan soket selamat (SSL)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerProtokol keselamatan yang mem- benarkan komunikasi antara pelayan dengan aplikasi pelanggan seperti pelayar web. SSL bertindak sebagai antara muka antara aplikasi dengan protokol TCP/IP bagi menyediakan penyahihan pelayan dan pelanggan serta saluran komunikasi yang disulitkan antara pelayan dan pelanggan. Pelanggan dan pelayan bersetuju untuk menggunakan sekumpulan penyulitan untuk sesi penyulitan dan pencincangan. Contohnya, algoritma penyulitan yang digunakan ialah DES, SHA-J atau RC4 dengan kekunci 128 bit dan MD5. Sinonim keselamatan lapisan pengangkutan (TLS).
single sign on (SSO)daftar diri tunggal (SSO)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerPengesahan pengguna yang digunakan dalam beberapa sistem pelayan pelanggan. Pengguna hanya perlu membekalkan ID dan kata laluan sekali sahaja untuk mencapai beberapa aplikasi berlainan dalam sistem pelayan yang sama melalui SSO. Senarai aplikasi yang dibenarkan ialah berdasarkan langganan pengguna atau penentuan pentadbir pelayan. Apabila identiti pengguna telah disahkan pada kali pertama dalam suatu sesi penggunaan sistem pelayan berkenaan, pengguna tersebut tidak perlu mengesahkan dirinya lagi untuk semua aplikasi yang dibenarkan. Contohnya SSO ialah Microsoft Passport.
zero-footprintcap kaki sifarTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerCiri untuk perisian keselamatan pelayan dan penyulitan yang menyatakan bahawa perisian keselamatan berkenaan berjaya dipasang pada sistem pengguna yang mencapai pelayan tersebut tanpa gangguan dan pengetahuan pengguna.
TCP wrapperpelindung TCPTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian keselamatan yang digunakan oleh pelayan untuk merakam lebih banyak aktiviti dalam fail log dan mengehadkan perkhidmatan yang diberikan kepada proses atau pengguna yang ingin berhubung dengan pelayan ini.
passive FTPFTP pasifTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah pemindahan fail yang lebih selamat berbanding FTP biasa. Dalam FTP pasif, penyambungan ke pelayan fail serta arah dan kawalan aliran data ditetapkan oleh pelanggan FTP dan bukannya pelayan FTP. Hal ini membenarkan pengguna mengawal aliran data bagi mengelakkan pemintasan data oleh pengguna hasad.
serverpelayanTeknologi MaklumatTiadaTiada
12345

Kembali ke atas