Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lun.cu.ran] | ڤلونچورن

Definisi : 1. tempat utk meluncur; 2.perihal (perbuatan atau proses) meluncur,meluncuri atau meluncurkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lun.cu.ran] | ڤلونچورن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) meluncur, meluncuri atau meluncurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peluncuran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan / Puan, Bagaimana jika saya ada kemusykilan penggunaan perkataan "Peluncuran" dan "Pelancaran". Ayat: Majlis Peluncuran Portal sekolah telah diadakan...Di mana saya boleh merujuk. Dalam PRPM saya tidak menjumpai penerangan yang dikehendaki. Terima kasih,Penggunaan perkataan yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah "pelancaran", bukan peluncuran. Untuk melihat makna peluncuran, klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=peluncuran.Tatabahasa04.12.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera Apakah maksud peluncuran buku? Adakah sama seperti pelancaran buku? Terima kasihWaalaikumussalam,
 Dalam sisitem kami masih belum ada data peluncuran buku. Perkataan yang betul ialah Pelancaran Buku.
Tatabahasa12.06.2017
assalamualaikum, saya ialah penulis buku teks sains tahun 5 kssr. saya menghadapi masalah mencari satu perkataan yang sesuai untuk aktiviti yang saya tulis. apakah perkataan yang sesuai untuk roket air yang saya lancarkan di udara? perkataan melayang atau perkataan terbang. sebagai contoh; saiz roket yang manakah akan melayang tinggi di udara apabila dilancarkan? atau saiz roket yang manakah akan terbang tinggi di udara apabila dilancarkan? terima kasihAdakah konsep roket air sama seperti roket biasa yang meluncur ke udara? Jika sama, kata kerja yang sesuai untuk menerangkan hal keadaannya itu ialah meluncur, seperti yang banyak ditemukan dalam penulisan tentang roket, contohnya tapak peluncuran.Tatabahasa19.01.2014

Kembali ke atas