Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.rian] | ڤمبرين

Definisi : 1. = berian sesuatu (benda dll) yg diberikan: ia menolak ~ majikannya; 2. perihal memberikan: ~ hadiah; ~ ampun; ~ bantuan sumbangan kerajaan utk menutup (mencukupi) sebahagian drpd perbelanjaan (jabatan, perbadanan, dll); ~ percuma pemberian dgn tidak meminta bayaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.rian] | ڤمبرين

Definisi : 1 apa-apa yg diberikan: Ia enggan menerima ~ orang tuanya itu. 2 perbuatan memberikan; penyampaian: Majlis ~ hadiah itu telah dilakukan pd sebelah petang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemberian

Peribahasa

Bagai gembala diberi keris.

Bermaksud :

Pemberian yang tidak berfaedah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUAKA

Suaka, dalam undang-undang antarabangsa,

ialah naungan dan perlindungan yang diberikan

oleh sesebuah negara kepada orang yang lari dari

sebuah negara lain. Pemberian suaka mengikut

undang-undang kebangsaan serta undang-undang

dan perjanjian antarabangsa. Menurut Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu, para pelarian boleh

meminta suaka jika mereka takut penganiayaan

yang berdasarkan kaum, agama, kewarganegaraan,

atau fahaman sosial atau politik. Tetapi, tiada siapa

pun mempunyai hak untuk mendapatkan suaka.

Penindasan politik merupakan sebab utama

sesebuah negara memberikan suaka.

UMUM 
ANUGERAH

ANUGERAH,  pemberian yang berupa hadiah yang terbesar  dan tinggi nilainya.  Perkataan anugerah berasal daripada perkataan Sanskrit ‘nugeraha’ atau ‘ anugeraha’. Pemberian tersebut mungkin datang daripada Allah atau zaman pra-Islam disebut datang daripada Sang Hyang Dewata Mulia Raya.  Pemberian tersebut sama ada dalam bentuk rezeki, umur yang panjang, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan, zuriat keturunan yang baik-baik, darjah dan martabat yang mulia di sisi masyarakat, atau kuasa dan wibawa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SMITHSON, JAMES

Smithson, James (1765–1829), ialah ahli sains

British yang mengasaskan Institusi Smithsonian di

Amerika Syarikat. Dalam wasiatnya, dia memberi

lebih 500 000 dollar Amerika kepada Amerika

Syarikat untuk penubuhan sebuah institusi saintifik.

Kongres Amerika Syarikat menerima pemberian ini

dan, pada tahun 1846, menubuhkan Institusi

Smithsonian di Washington, D.C.

Smithson lahir di Perancis dan mendapat

pendidikan di Oxford University. Smithson terkenal

kerana penyelidikannya dalam bidang kimia dan

mineralogi. Salah satu mineral yang dikajinya

dikenali sebagai smithsonit (zink karbonat),

dinamakan sebagai penghormatan kepadanya.

Lihat juga Institusi Smithsonian.

UMUM 
WAKAF

WAKAF, sesuatu yang disediakan atau diberikan untuk kegunaan orang ramai terutamanya yang berkaitan dengan agama Islam.  Lazimnya pemberian tersebut berupa sebidang tanah.  Sebuah masjid akan didirikan di atas tanah tersebut dan kawasan di sekitarnya diperuntukkan sebagai tanah perkuburan.  Wakaf juga bermaksud bangunan atau pondok yang didirikan di tepi jalan untuk orang ramai berehat dan menunaikan solat.

BUDAYAKonsep
AL-KAFALAH

Al-Kafalah ialah prinsip syariah yang digunakan dalam pemberian surat jaminan.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
SATURNALIA

Saturnalia ialah pesta Rom purba untuk

menghormati Saturn, iaitu dewa pertanian. Pesta

Saturnalia bermula pada 17 Disember. Pada mulanya,

ia berlangsung selama dua hari, tetapi akhirnya

dilanjutkan selama seminggu. Saturnalia mungkin

bermula sebagai perayaan kesyukuran untuk

mengingati penanaman musim sejuk. Walau

bagaimanapun, lama-kelamaan ia kehilangan

kepentingan pertaniannya dan menjadi pesta bersuka

ria. Malah golongan hamba juga diberikan pelepasan

sementara bagi merayakan hari ini. Pesta ini adalah

dalam bentuk jamuan, lawatan dan pemberian

hadiah. Hadiah yang paling popular dalam perayaan

ini ialah lilin dan patung tanah liat yang kecil.

Lihat juga Saturn (Dewa Rom).

UMUM 
PSIKOLOGI PERBANDINGAN

Psikologi perbandingan ialah kajian

perbezaan dan persamaan dalam kelakuan haiwan

yang berbeza spesiesnya. Ahli psikologi

perbandingan mungkin menganalisis satu aktiviti

sebagaimana ia berlaku pada banyak spesies.

Misalnya, mereka mungkin meneliti pembesaran

anak burung, paus, harimau dan haiwan lain.

Mereka juga mungkin mengkaji pola lengkap

kelakuan dua atau lebih spesies yang berkaitan.

Misalnya, mereka mungkin membandingkan cara

pemberian makanan, pengawanan dan aktiviti lain

antara dua rodensia.

UMUM 
HADIAH CERPEN MALAYAN BANKING-DBP

HADIAH CERPEN MALAYAN BANKING-DBP, peraduan penulisan cerpen. Peraduan ini khusus kepada penulis Malaysia yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu. Syarat-syarat pertandingan antara lain ialah cerpen yang dikemukakan hendaklah karya asli, cerpen tersebut juga tidak pernah disiarkan baik secara cetakan atau stensilan. Hadiah cerpen ini ditaja oleh Malayan Banking Berhad dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pemberian hadiah ini, sejajar dengan matlamat untuk menarik lebih ramai penulis di kalangan yang bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu untuk mengungkapkan daya kreatif mereka dalam bahasa Melayu. Di samping itu, untuk meneguhkan pengucapan kesusasteraan tanah air di kalangan penulis bukan Melayu dan mendaulatkan penggunaan bahasa kebangsaan.

SASTERAAnugerah/Hadiah
MU'AMALAT

Mu’amalat ialah apa sahaja yang berlaku di

kalangan manusia yang berkaitan dengan urusan

kewangan, jual beli, penarikan balik perjanjian

dan perkongsian syarikat. Jual beli ialah

pemindahan atau tukaran hak milik sesuatu

barangan seperti pakaian, rumah dan tanah

kepada orang lain atau orang kedua. Jual beli

mempunyai pelbagai jenis, antaranya ialah

memberi sewa. Penyewaan ialah menjual sesuatu

barang yang bermanfaat seperti rumah dan lain-lainnya

dalam suatu tempoh masa tertentu

dengan kadar bayaran yang tertentu. Riba pula

ialah menjual harta dengan harta yang sama jenis

dengannya mengikut kadar penambahan tertentu.

Ia termasuk dalam jual beli yang haram.

Pendermaan pula ialah pemindahan hak milik

barangan seperti hadiah dan pemberian sedekah.

UMUM 
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, badan pembinaan dan pengembangan bahasa, kesusasteraan, dan penerbitan dalam bahasa Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1956. Pada tahun 1959, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Pemberian autonomi kepada badan ini membolehkannya menggubal dasar tentang pelaksanaan matlamat yang ditetapkan dalam akta tersebut.

BAHASAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas