BOLEH KE KITA MENGGUNAKAN NAMA HOTEL SENTRAL METRO DAN APAKAH MAKSUDNYA | Boleh. Sentral bermaksud 1. di tengah atau pusat; pasar ~ pasar yg terletak di tengah bandar; 2. (pejabat dll) yg menjadi pusat (pejabat-pejabat lain dll), ibu (pejabat dll); pemerintah ~ pemerintah pusat, manakala metro/metropolitan berkenaan dgn bandar raya utama dlm sesebuah negara. | Istilah | 09.06.2010 |
Terdapat sembilan negeri yang beraja dalam negara kita dan pemerintah di setiap negeri mempunyai gelaran yang berbeza. Soalan: Apakah perkataan yang dapat merujuk kepada kesemua pemerintah ini? Perkataan "pemerintah negeri" rasanya macam tak betul kerana mungkin disalah ertikan sebagai kerajaan sivil yang ada di situ. | Lazimnya disebut Sultan, Yang di-Pertuan Besar dan Yang di-Pertua Negeri, tidak ada satu perkataan khusus untuk merujuk kesemua mereka. | Lain-lain | 19.04.2012 |
Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat ini? ' bagaimana boleh dia boleh kata bahawa yang zalim jadi pemerintah, yang baik masuk penjara.' | Ayat yang dinyatakan cenderung kepada bahasa percakapan. Ayat yang lebih gramatis ialah "Bagaimana dia boleh mengatakan bahawa yang zalim menjadi pemerintah manakala yang baik memasuki penjara?" | Tatabahasa | 02.04.2013 |
apakah makna sekali air bah ; sekali pantai berubah? | Maksudnya apabila pembesar atau pemerintah berganti, maka peraturan-peraturannya pun akan berubah. | Makna | 05.02.2008 |
makna kata baidalan; sekali air bah; sekali pantai berubah | Maksudnya apabila pembesar atau pemerintah berganti, maka peraturan-peraturannya pun akan berubah juga. | Makna | 05.02.2008 |
Apakah makna sebenar perlembagaan menurut islam? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perlembagaan bermaksud undang-undang atau peraturan negeri, dasar pemerintah negeri. Untuk mendapatkan makna dari segi Islam mungkin saudara boleh merujuk makalah atau buku yang membincangkan perkara ini atau mereka yang pakar dalam hal ini dari sudut agama. | Makna | 19.03.2008 |
Apakah terjemahan sesuai bagi "List of British monarchs"? Memandangkan "monarchs" terdahulu di Britain ada ratu juga dan bukan sahaja raja. Adakah "pemerintah diraja" boleh dipadankan dengan "monarch"? Apa pula pendapat pihak tuan/puan DBP? | Maksud monarch ialah yang sesuai di sini ialah raja. Merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud raja pula ialah orang yang mengetuai dan yang memerintah sesebuah negara atau bangsa secara warisan. Maka terjemahan yang sesuai bagi List of British monarchs ialah Senarai Raja British adalah lebih lebih sesuai. | Makna | 05.08.2017 |
PERKATAAN RINGKAS : Sila nyatakan bagi perkataan berikut ; (1) Pengarah. (2) Penolong (3) Jabatan (4) Timbalan (5) Komander (6) Briged (7) Pegawai (8) Pemerintah (9) Batalion (10) Kompeni (11) Pelatun (12) Seksyen (13) Kontinjen. | Soalan tuan tidak jelas. Untuk carian makna, tuan boleh menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu dengan melayari prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 27.09.2013 |
Selamat petang... saya hendak mengemukakan satu pertanyaan...Apakah perbezaan akta dengan undang-undang (perundangan)? | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, undang-undang ditakrifkan sebagai susunan peraturan dan ketentuan yang dibuat oleh badan pemerintah sesebuah negara: Sesiapa yang melanggar ~ akan dihukum. 2 peraturan yang dibuat oleh sesuatu badan yang berkuasa: Tiap-tiap ahli mesti mematuhi ~ persatuan. 3 rumusan yang dibuat mengikut peraturan alam seperti yang terdapat dalam ilmu sains dll; hukum. Manakala akta ialah undang-undang (yang digubal dan diluluskan oleh parlimen dsb); | Makna | 02.02.2014 |
Perkataan `barat’ dan `timur’ ialah kata nama am sebagai penunjuk arah atau lokasi. Bagaimanapun sering saya temui tulisan dalam artikel, jurnal dan berita, huruf `B’ dan `T’ ditulis bermula dengan huruf besar. Contoh: 1. Pemerintah di Timur dan Barat menganggap … 2. Pandangan sarjana Barat tentang fenomena ini agak … 3. Masyarakat Barat sering melihat masyarakat Timur sebagai bangsa yang … Mohon dijelaskan, apakah alasannya? Tidak bolehkah huruf `T’ dan `B’ itu ditulis menggunakan huruf kecil `t’ dan `b’ atas sifatnya bukan nama khas tetapi nama am. Apakah panduan yang boleh diguna pakai dalam hal ini. Sekian, terima kasih. | Merujuk kepada soalan tuan, setelah membuat tinjauan entri kamus dapatlah dirumuskan seperti berikut: 1. Jika merujuk kepada arah mata angin: utara, selatan, timur, barat dan lain-lain ialah kata nama nama (huruf kecil) contoh: dikir barat, angin timur laut, selatan Semenanjung dan utara Semenanjung. 2. Jika merujuk tempat atau kawasan yang sudah diwartakan, jelas itu kata nama khas (huruf besar). Contoh: Malaysia Barat, Malaysia Timur, Asia Tenggara, Hemisfera Barat, DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, Dasar Pandang ke Timur dan lain-lain lagi. Kesimpulannya huruf besar dan huruf kecil adalah betul bergantung pada konteks makna yang diingini. Bagi ayat 1,2 dan 3 di atas merujuk kawasan geografi secara umum, justeru huruf kecil t (timur) dan b (barat) mesti digunakan (sarjana barat, sarjana timur, masyarakat barat, masyarakat timur) Oleh itu, Alasan yang kukuh untuk menentukan jenis huruf ialah aspek konteks/semantik yang ingin dinyatakan oleh penulis. | Ejaan | 16.01.2018 |