Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pempengaruh influencer


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Adakah wujud istilah bahasa melayu secara khusus bagi perkataan-perkataan berikut: instafamous, twitter famous, Facebook famous dan youtubers? Jika wujud, apakad istilah yang tepat? 2. Perkataan-perkataan berikut adalah berkaitan jenis-jenis pempengaruh (influencer). Adakah betul maksud bagi perkataan berikut: a)mega influencer=pempengaruh mega b)macro influencer=pempengaruh makro c)micro influencer=pempengaruh mikro d)advocate=penyokong e)referrer=perujuk f)loyalist=penyetia

Perkataan "Instafamous", "Twitter famous", "Facebook famous" dan "Youtuber" digunakan dalam konteks tidak rasmi. Kami mencadangkan padanan perkataan tersebut sebagai Instagram terkenal, Twitter terkenal, Facebook terkenal dan pengguna Youtube.

Cadangan padanan bahasa Melayu:







a) pempengaruh mega

b) pempengaruh makro

c) pempengaruh mikro

d) penyokong, menyokong

e) perujuk

f) penyokong setia

Semua padanan bergantung kepada penggunaan ayat dan konteks.

Istilah11.04.2020
Apakah terjemahan bagi "Content Creator" dan "Influencer" dalam konteks media sosial yang menjadi trend sekarang?Padanan bahasa Melayu bagi istilah content creator ialah pencipta kandungan dan istilah influencer ialah pempengaruh. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah28.08.2023
Salam sejahtera, Perkembangan teknologi telah mewujudkan perkataan-perkataan yang masih belum ada padanannya dalam BM. Saya ingin bertanyakan istilah BM untuk perkataan seperti Youtuber, Vlogger, instagrammer, influencer, gamer, spam/spammer, stalker (cth org yg ‘stalk’ anda melalui laman media sosial), dll. Diharap prpm dapat membantu.Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan di bawah:

influencer: pempengaruh
gamer: pemain
stalker: pengintai maya
spam/spammer: spam/penghantar spam

Perkataan "Youtuber", "Vlogger" dan "Instagrammer" pula digunakan dalam konteks tidak rasmi. Oleh itu, kami mencadangkan padanan perkataan tersebut sebagai pengguna Youtube, pengguna Vlog dan pengguna Instagram.
Istilah16.02.2020

Kembali ke atas