Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mu.da] | ڤمودا

Definisi : orang yg masih muda (lelaki), anak(lelaki) yg masih remaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mu.da] | ڤمودا

Definisi : orang lelaki yg masih muda; orang muda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,

Puisi
 

Banyak terbang si burung camar,
     Di pokok ara singgah meniti;
Banyak pemuda datang melamar,
     Sayang dara hatinya terkunci.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sudah memakai adat.

Bermaksud :

Dikatakan kepada pemuda yang sudah beristeri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diffusionresapanKesusasteraanPuisiKesan pembacaan puisi yang meresapi emosi khalayak. Contohnya, puisi "Pemuda dan Gadis Tionghua" karya Usman Awang. Pemuda dan gadis Tionghua, di sini bumi dan dan udara kita yang menghidupkan dan bagi kematian, o tanah air dengan kepastian tidak seorang pun akan mungkir kerana kejujuran tertambat pada kesetiaan mengalir.
canabytopi kanabiKesenianTiadaTopi bertajuk gelembung yang diperbuat daripada fabrik lembut, dipakai oleh pemuda pengedar akhbar. Diperkenalkan oleh pelakon kanak-kanak Jackie Loogan dan dipopularkan semula da lam tahun 1960-an dan 1970-an.
news boy captopi akhbarKesenianTiadaTopi bertajuk gelembung yang diperbuat daripada fabrik lembut, dipakai oleh pemuda pengedar akhbar. Diperkenalkan oleh pelakon kanak-kanak Jackie Coogan dan dipopularkan semula dalam tahun 1960-an dan 1970-an.
eelskin masher trousersseluar sendat perlenteKesenianTiadaSeluar sama sendat yang dipakai pada pertengahan tahun 1880-an oleh pemuda perlente. Namanya diambil dari keadaan kulit belut.
disguisesamarKesusasteraanTiada1. Unsur penyamaran motif-motif tertentu dalam komedi romantik misalnya seorang wirawati menyamar diri sebagai seorang lelaki, atau si pemuda menyamar dengan pelbagai cara untuk membolehkan dia menemui kekasihnya.
bhangrabhangraMuzikTiada

 Tarian dan muzik sosial rakyat dari Punjab, India. Di Malay­sia, bhangra dipersembahkan oleh masyarakat Punjabi pada hari Vasakhi, iaitu perayaan permulaan agama Sikh dan hi-buran pada majlis tertentu seperti perkahwinan. Alat dram dhol dan dholki mengiringi tarian dan nyanyian. Bhangra popular dalam kalangan pemuda-pemudi masyarakat Punjabi di United Kingdom kerana bhangra versi pop dan disko telah dicipta.

interludeselinganKesusasteraanPuisiSesuatu citra lain yang disisipkan oleh penyair di antara dua citra utama yang berkaitan. Dalam puisi ini ombak dan laut diimejkan seorang nenek dan anak gadis. Contohnya, puisi "Laut" karya Kemala. Akulah laut gadis, cantik tidur di peraduannya sisik-sisik riak di tubuhku Iukisan detik dan tarian angin bersatu dIg.emersik ingin saujana ketenangan ini. Akulah laut pemuda tangkas asuhan waktu gelegak ombak menjadi kata deru menjengkau ufuk muzik terdampar ke benteng karang lalu kenal diri.

Kembali ke atas