Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pén] | ڤين

Definisi : (pén) pena. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pén] | ڤين

Definisi : /pén/ alat yg runcing dan berbelah matanya utk menulis dgn dakwat. ~ elektronik ist peranti komputer berbentuk spt pen, yg digunakan utk menunjuk atau memilih objek pd peranti paparan komputer dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ibu menghadiahi anak sebatang pen Kalau dipasifkan jawapannya... 1. Anak dihadiahi oleh ibunya sebatang pen 2. Sebatang pen dihadiahkan oleh ibu kepada anaknya.. Betul ke salah?? Terima kasih1. Anak dihadiahi sebatang pen oleh ibunya.
2. Sebatang pen dihadiahkan oleh ibu kepada anaknya.
Tatabahasa05.03.2019
Apakah terjemahan paling tepat untuk "marker pen"?Terjemahan untuk marker pen ialah pen penanda.Penyemakan dan penterjemahan19.01.2017
Dalam bidang seni visual, apakah terjemahan yang sesuai untuk marker pen?Terjemahan untuk marker pen ialah pen penanda.Penyemakan dan penterjemahan22.07.2016
Ayat mana yang lebih tepat: saya menulis menggunakan pen biru. ATAU saya menulis menggunakan pen berdakwat biru.Lazimnya warna pen menandakan warna dakwatnya, maka ayat "saya menulis menggunakan pen biru" adalah betul.Tatabahasa16.07.2013
dalam imbuhan BM, terdapat imbuhan peN-, N yang berhuruf besar itu merujuk kepada apa? -dalam kategori peN, terdapat imbuhan pe-, dalam imbuhan biasa juga terdapat imbuhan pe-, apa beza imbuhan pe- di bawah peN dan pe- sahaja.Merujuk Tatabahasa Dewan, imbuhan peN...an, 'N' huruf besar kerana mewakili pe, per, peng, peny. Perubahan peN..an menjadi pe..an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m,n,ng,r,l,y dan w. Contoh: lari - pelarian, waris - pewarisan, manakala contoh imbuhan pe sahaja: lari - pelari, sara - pesara. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 121-122.Tatabahasa08.04.2010
Menurut tatacara pembentukan kata terbitan yang kata dasarnya bermula dengan deretan huruf “sy”, imbuhan yang terlibat antaranya “men-“, “men-…-kan”, “pen-“, dan “peN-…-kan” untuk membentuk kata seperti “mensyampu”, “mensyaratkan”, “pensyarah”, dan “persyarikatan”. Namun, didapati tatacara ini tidak dipatuhi sepenuhnya bagi kata dasar “syair”; kata terbitan yang dirakamkan dalam Kamus Dewan Ke-4 (KD4) antara lain; “mensyairkan”, “pensyair”, “penyair”, “kepenyairan”. Hanya dua kata terbitan pertama sahaja menurut tatacara tersebut, sementara yang lain nampaknya kekecualian. Persoalannya, adakah kata terbitan yang tidak/belum dirakamkan dalam KD4, iaitu “menyair”, dan “kepensyairan” dapat gunakan? Mungkin “menyair” diterbitkan dengan asas bahawa kata ini berupa kekecualian sebagaimana “kepenyairan”, manakala “kepensyairan” pula diterbitkan dengan asas bahawa pengimbuhan inilah yang menurut tatacara sebenar. Sudah tentu yang lama boleh dikekalkan supaya terdapat pilihan, sama ada “menyair” atau “mensyair”, dan “kepenyairan” atau “kepensyairan”, sebagaimana ada pilihan bagi kata terbitan “jawaban” atau “jawapan”, “pelibatan” atau “penglibatan”, “pembelajaran atau pemelajaran” dsb. Pada pendapat saya, supaya “pensyair” dapat digunakan dengan “rasa baku” berbanding “penyair”, kata terbitan “kepensyairan” juga harus wujud dalam Kamus Dewan Keempat. Sekian. Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia BerhadSeperti yang tuan maklumi kata penyair dan kepenyairan ialah kekecualian dalam pembentukan kata bahasa Melayu. Merujuk pangkalan data kami tidak ada contoh penggunaan perkataan kepensyairan dan ada satu contoh penggunaan menyair oleh penerbit bukan DBP. Cadangan tuan agar kata menyair dan kepensyairan diamasukkan dalam entri kamus yang akan diterbitkan akan kami kemukakan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu Bahagian Perkamusan. Hal ini akan ditangani oleh Bahagian Perkamusan, sama ada menerima cadangan tuan atau sebaliknya perlu ada justifikasi yang mewajarkannya.Istilah27.11.2012
macam mana hendak pasifkan ayat aktif berikut : Ayah menghadiahi saya sebatang pen. Saya dihadiahi oleh ayah sebatang pen. betulkah? atau Saya dihadiahi sebatang pen oleh ayah. Yang mana satukah yang lebih tepat? atau kedua-duanya diterima?Menurut Tatabahasa Dewan, Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Jadi ayat pasifnya ialah sebatang pen dihadiahkan oleh ayah kepada saya. Terima kasihTatabahasa09.05.2007
Sila semak karang berikut, markah penuh ialah 30. Tajuk : Aku sebatang pen Aku merupakan sebatang pen. Nama aku Pilot. Aku dibuat di sebuah kilang yang diletakkan di Shah Alam. Setelah siap diperbuat, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai buku. Aku dan kawan-kawan dihantar ke sana dengan sebuah lori. Pekerja kedai buku meletakkan aku di sebuah almari yang bercermin. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. Pada suatu hari, seorang wanita membawa anak lelakinya datang ke kedai buku untuk membeli alat menulis. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. Anak lelaki iut membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. Wanita itu telah membeli aku dengan harga RM1.50. Aku dibawa balik ke rumah mereka. Rupa-rupanya, tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah dan bernama Beng Hung. Tuanku menggunakan aku untuk membuat kerja rumah di sekolah. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Aku bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berharap aku boleh bekhimat tuanku selama-lamanya.Untuk makluman, soalan puan adalah di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat DBP  (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Untuk semakan dan pemarkahan karangan sila rujuk guru bahasa Malaysia di sekolah puan. Dan untuk semakan sendiri sila rujuk buku Tatabahasa Dewan kerana banyak ditemukan kesalahan dalam ayat tersebut termasuklah penggunaan kata terbitan yang tepat dan ejaan.Tatabahasa06.04.2013
Salam sejahtera 1. ball point pen = pena mata bulat 2. rollerball pen = ? Terima KasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rollerball pen". Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pena bola guling.Istilah25.08.2013
Selamat sejahtera. Apakah perbezaan antara imbuhan apitan"per...an" dan "peN...an"? Terima kasihApitan peN-...-an boleh membentuk empat alomorf, iaitu pe-...-an, pem-...-an, pen-...-an, dan peng-...-an berdasarkan huruf pertama pada kata dasar yang bercantum dengan bentuk apitan itu. Aspek makna mengikut alomorf yang dibina (sila rujuk buku tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 121 - 127. Apitan per-...-an mempunyai satu bentuk sahaja dan membentuk makna tempat, seperti perkampungan; dan membawa makna abstrak, seperti perakuan. Untuk maklumat lanjut, siila lihat buku yang sama, halaman 127 - 131.Tatabahasa21.01.2016
12345678910...

Kembali ke atas