Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nan.da] | ڤنندا

Definisi : apa yg digunakan sbg tanda, sesuatu yg menandakan: lepaskan pula air dr dlm buret itu hingga sampai pd paras kertas ~ tabung uji kosong ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nan.da] | ڤنندا

Definisi : sesuatu yg digunakan sbg tanda; apa-apa yg menjadi tanda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penanda


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh nyatakan semua penanda wacana yang terdapat dalam bahasa melayu?Antara penanda wacana ialah penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda matlamat, penanda sebab-musabab, penanda pendapat. makluamt lanjut boleh diperoleh daripada buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi oleh Asmah Haji Omar dan diterbitkan oleh DBP.Tatabahasa27.07.2007
apa itu ciri-ciri penanda wacana?Dalam penulisan surat rasmi terdapat penggunaan ungkapan yang menunjukkan perkaitan fikiran yang dengan sendirinya membayangkan perkaitan peristiwa yang berlaku. Ungkapan ini dinamai penanda wacana kerana wujudnya itu sudah merupakan isyarat bagi berlakunya sesuatu peristiwa. Penanda wacana adalah seperti penanda rujukan,penanda perintah,penanda penyertaan,penanda makluman, penanda sebab-musabab, penanda perwakilan, penanda matlamat, penanda pendapat dan sebagainya. Untuk rujukan lanjut dan bacaan tambahan sila dapatkan buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi Bahasa dalam Komunikasi oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar yang diterbitkan oleh DBP. 1Tatabahasa13.02.2007
TERANGKAN DENGAN LEBIH LANJUT TENTANG PENANDA WACANA?Dalam penulisan surat rasmi terdapat penggunaan ungkapan yang menunjukkan perkaitan fikiran yang dengan sendirinya membayangkan perkaitan peristiwa yang berlaku. Ungkapan ini dinamai penanda wacana kerana wujudnya itu sudah merupakan isyarat bagi berlakunya sesuatu peristiwa. Penanda wacana adalah seperti penanda rujukan,penanda perintah,penanda penyertaan,penanda makluman, penanda sebab-musabab, penanda perwakilan, penanda matlamat, penanda pendapat dan sebagainya. Untuk rujukan lanjut dan bacaan tambahan sila dapatkan buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi Bahasa dalam Komunikasi oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar yang diterbitkan oleh DBP.Tatabahasa17.03.2007
soalan: Mohon jelaskan sebab penanda wacana, Hal ini dikatakan demikian kerana tidak memerlukan tanda baca koma. Tidak seperti penanda-penanda wacana yang lain yang perlu diletakkan tanda koma setiap penggunaannya.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525-527, agar wujud kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Dalam bahasa Melayu, terdapat sekurang-kurangnya lima jenis penanda wacana, iaitu:

  i. penanda penghubung
 ii. penanda rujukan
iii. penanda penggantian
iv. penanda leksikal
 v. penanda elipsis atau pengguguran

Berdasarkan pertanyaan tuan/puan, dapat difahami bahawa penanda wacana tersebut ialah penanda penghubung yang dikategorikan sebagai penghubung musabab.  Penanda penghubung ialah perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Sekiranya penanda wacana hadir pada awal ayat, lazimnya tanda koma (,) digunakan. Selain itu, penghubung musabab ialah penanda wacana yang merupakan sebab berlakunya sesuatu. Contoh penanda musabab ialah kerana, oleh sebab, oleh itu, oleh hal demikian, dengan itu dan maka itu.

Untuk makluman tuan/puan, kami di DBP berpegang pada buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan. Jika berlainan daripada apa yang ditulis, hal berkenaan di luar bidang kuasa kami. Untuk lebih jelas, mohon rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525-529.

Tatabahasa14.07.2023
Sila senaraikan penanda wacana yang betul dan tepat. Terima kasih.

Dalam Bahasa Melayu, terdapat sekurang-kurangnya lima jenis penanda wacana. Antaranya, penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran.  Malahan, tambahan pula, di samping itu, tetapi, sebaliknya, namun, maka, walau bagaimanapun antara contoh penggunaan penanda wacana yang betul dan tepat. Untuk memudahkan saudari/saudara sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlmn. 525).

Tatabahasa02.08.2012
penanada wancana yg hebat 1.berikan contoh 2.kegunaaanDalam penulisan surat rasmi terdapat penggunaan ungkapan yang menunjukkan perkaitan fikiran yang dengan sendirinya membayangkan perkaitan peristiwa yang berlaku. Ungkapan ini dinamai penanda wacana kerana wujudnya itu sudah merupakan isyarat bagi berlakunya sesuatu peristiwa. Penanda wacana adalah seperti penanda rujukan,penanda perintah,penanda penyertaan,penanda makluman, penanda sebab-musabab, penanda perwakilan, penanda matlamat, penanda pendapat dan sebagainya. Untuk rujukan lanjut dan bacaan tambahan sila dapatkan buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi Bahasa dalam Komunikasi oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar yang diterbitkan oleh DBP. 1Tatabahasa09.09.2006
Apakah contoh-contoh penanda wacana bagi menunjukkan 1)perhubungan antara dua ayat 2) perbandingan antara dua ayat 3) penambahan maklumat/idea. Terima kasih

Dalam Bahasa Melayu, terdapat sekurang-kurangnya lima jenis penanda wacana. Antaranya, penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Malahan, tambahan pula, di samping itu, tetapi, sebaliknya, namun, maka, walau bagaimanapun antara contoh penggunaan penanda wacana yang betul dan tepat. Untuk memudahkan saudari/saudara sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlmn. 525).

Tatabahasa25.03.2013
salam..apakah pengertian bahawa bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi dan ingin pengertian penanda penghubung, penanda penggantian dan penanda pengguguran yang terdapat dalam penanda wacana.

Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi ialah bahasa yang digunakan dalam semua bentuk komunikasi, iaitu komunikasi lisan dan komunikasi tulisan. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa komunikasi juga berperanan sebagai bahasa perpaduan yang digunakan oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini. 

Penanda penghubung ialah perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Penanda penghubung dapat dikategorikan kepada empat jenis,iaitu penghubung tambahan, penghubung tentangan, penghubung musabab dan penghubung tempoh.

Penanda penggantian ialah perkataan atau frasa yang menggantikan perkataan atau frasa lain dalam wacana yang sama.penanda wacana jenis ini terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, atau klausa.

Penanda pengguguran atau elipsis ialah pengguguran perkataan atau frasa yang telah dinyayakan dalam ayat sebelumnya.

Sebagai bacaan dan rujukan tambahan sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525.        

Tatabahasa28.04.2008
1. Apakah maksud penanda wacana? 2. Apakah fungsi-fungsi penanda wacana? 3. Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan penggunaan penanda wacana di kalangan pelajarBagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525.  Tatabahasa01.03.2012
Boleh takberikan saya senarai penanda wacana yang ditulis mengikut hukum penggunaannya? Jika saya berhasrat untuk menjemput pegawai DBP Kuching untuk memberi kursus tatabahasa di Bintulu, macam mana caranya?

Penanda wacana penting untuk mewujudkankesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Terdapat lima penanda wacana yang lazim digunakan iaitu penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Terdapat kriteria tertentu yang membezakan antara setiap jenis tersebut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525.

Untuk tujuan tersebut sila hubungi DBP Cawangan Sarawak di talian 082-444711/444712.

Tatabahasa31.01.2010
12345678910...

Kembali ke atas