Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nan.da] | ڤنندا

Definisi : apa yg digunakan sbg tanda, sesuatu yg menandakan: lepaskan pula air dr dlm buret itu hingga sampai pd paras kertas ~ tabung uji kosong ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nan.da] | ڤنندا

Definisi : sesuatu yg digunakan sbg tanda; apa-apa yg menjadi tanda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penanda


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
marker renderingpelukisan realistik penanda; lukisan realistik penandaKesenianTiada1. Pelukisan realistik penanda: Proses membuat lukisan realistik dengan menggunakan penanda.,2. Lukisan realistik penanda: Lukisan realistik yang menggunakan penanda.
radar receiverpenerima radarKejuruteraanTiadaPenerima radio kepekaan tinggi yang direka bentuk untuk menguatkan dan nyahmodulat isyarat-isyarat gema radar dan menyuapkannya ke radarskop atau penanda-penanda lain.
cable markerpenanda kabelTeknikElektrik1. Penanda yang menunjukkan terdapatnya kabel dalam lantai simen atau tanah. Pada lantai simen, penanda ini biasanya ditunjukkan dengan penutup kotak simpang yang berwarna, sementara penanda bagi kabel dalam tanah pula menggunakan batu bertulis keterangan tentang kabel, batu dengan simbol khas, atau jubin kabel. 2. Penanda yang menunjukkan tugas atau kod nombor kabel mengikut reka bentuk gambar rajah. Penandaan ini dilakukan dengan melilit pita, gelang atau cakera di hujung setiap kabel yang dikehendaki. Setiap satu tugas dibezakan dengan warna atau nombor kod.
standard generalized markup language (SGML)bahasa penanda teritlak piawai (SGML)Teknologi MaklumatPerisianBahasa meta yang mempunyai piawaian ISO 8879:1986 yang membolehkan pengguna mentakrifkan bahasa penanda bagi sesuatu dokumen. Bahasa ini merupakan hasil daripada bahasa penanda umum IBM, iaitu bahasa penanda umum (GML) yang dibangunkan oleh Charles Goldfarb, Edward Mosher dan Raymond Lorie. SGML menyediakan sintaks abstrak yang boleh direalisasikan dalam pelbagai sintaks konkrit. Contohnya adalah seperti yang berikut: Seolah-olah seperti ini
biallelic markerpenanda dwialelSains ForensikTiadaDua alel yang mungkin mempunyai perbezaan pada kedudukan nukleotidanya. Penanda dwialel yang mempunyai perbezaan satu nukleotida atau juga dikenali sebagai penanda genetik polimorfisme nukleotida tunggal (SNP) boleh digunakan untuk melihat rangkaian keturunan atau salasilah sesebuah keluarga.
herbal marker compoundsebatian penanda herbaHerbaTiadaSebarang komponen kimia tulen dan unik yang terkandung dalam suatu bahan herba dan digunakan sebagai bahan rujukan untuk menilai keaslian dan kualiti bahan mentah herba. Sebatian penanda herba merupakan satu atau campuran beberapa komponen kimia yang aktif atau yang tidak aktif secara biologi. Kandungan sebatian penanda herba ditentukan secara kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan kaedah kromatografi dan spektroskopi. Kandungan sebatian penanda herba yang mematuhi had piawai menunjukkan bahawa bahan mentah atau sediaan herba tersebut memenuhi syarat spesifikasi herba piawai. Contohnya, sebatian penanda asiatikosida dalam pegaga, kurkumin dalam kunyit dan alisin dalam bawang putih.
genetic markerpenanda genetikSains ForensikTiadaSatu lokasi khusus pada kromosom yang mempunyai ciri genetik yang tertentu. Penanda genetik boleh merupakan satu urutan DNA pendek seperti urutan yang mengandungi polimorfisme nukleotida tunggal atau urutan yang lebih panjang seperti makrosatelit dan minisatelit. Penanda genetik yang digunakan dalam DNA forensik masa kini ialah lokus ulangan tandem pendek pada kromosom yang berbeza.
benchmarkpenanda arasPentadbiranPentadbiran Awam

Ukuran tertentu yang menjadi sasaran sebagai tahap yang ingin dicapai oleh individu, organisasi atau negara. Dengan adanya penanda aras ini segala usaha atau kerja akan diarah menuju kepada matlamat yang disasarkan. Penanda aras boleh juga dibuat secara khusus dengan merujuk kepada contoh sesuatu kerja, perkhidmatan atau barangan tertentu. Bahan atau kerja yang dirujuk selalunya berkualiti tinggi dan berdaya saing. Barangan atau khidmat yang ingin dihasilkan akan diusahakan supaya mencapai tingkat yang ditandaraskan. Budaya kerja Jepun dan Korea Selatan telah menjadi tanda aras kepada perkerja Malaysia sejak dari perlancaran Dasar Pandang Ke Timur beberapa dekad lalu. Sinonim ukur rujuk

Extensible HTML (XHTML)HTML tambahan (XHTML)Teknologi MaklumatPerisianBahasa penanda yang mempunyai kedalaman ungkapan sama seperti HTML dan juga menyerupai sintaks bahasa penanda tambahan (XML). XHTML ialah aplikasi XML yang merupakan subset bagi bahasa penanda teritlak piawai (SGML), manakala HTML ialah aplikasi bagi SGML. Dokumen XHTML membolehkan pemprosesan automatik dilakukan menggunakan alat XML yang piawai. XHTML boleh dianggap sebagai tindanan HTML dan XML kerana XHTML merupakan pembinaan semula HTML dalam XML. Contoh kod XHTML 2.0 adalah seperti yang berikut:
flagpenandaPentadbiran PerniagaanTiadaPenanda: Cip plastik berwarna di dalam rak bilik untuk menanda status bilik, daftar keluar dan sebagainya.
12345678910...

Kembali ke atas