Perang Yarmuk berlaku pada tahun 15 H./636
M. antara tentera Islam di bawah pimpinan Khalid
ibn al-Walid dengan tentera Rom di bawah
pimpinan Thiordas, pada zaman pemerintahan
Khalifah ‘Umar ibn al-Khattab. Pada awal
pertempuran ini, tentera Islam telah berjaya
mengalahkan tentera Rom di bandar Fahl. Mereka
juga telah meneruskan penguasaannya sehingga
ke sempadan Damsyik. Di sana, tentera Islam
mengepung kota ini selama hampir setahun tujuh
bulan. Kemudian pihak musuh telah menyerah
diri. Hal ini berlaku pada tahun 14 H./635 M. Kesan
daripada penawanan Damsyik daripada tangan
tentera Byzantine Rom itu telah menyebabkan raja
mereka, Hercules menggerakkan bala tentera
yang dianggarkan seramai 200 000 anggota yang
dipimpin oleh saudaranya, Thiordous menentang
tentera Muslimin yang berjumlah 25 000 orang
yang dipimpin oleh Khalid ibn al-Walid.
Peperangan antara kedua-dua pihak tidak dapat
dielakkan. Pihak tentera Islam telah memperoleh
kemenangan.