Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ce.ra.han] | ڤنچرهن

Definisi : perihal (perbuatan) mencerahkan sesuatu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ce.ra.han] | ڤنچرهن

Definisi : perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencerahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah "pencerahan" boleh digunakan untuk membawa maksud "penjelasan"? Hal ini kerana saya merujuk Kamus Dewan dan mendapati bahawa tiada maksud "penjelasan" untuk perkataan "pencerahan". Tuan tolong berikan keterangan tentang penggunaan "pencerahan" untuk membawa maksud "penjelasan" ini berpandukan Kamus Dewan. Terima kasih. Perkataan pencerahan berdasarkan Kamus Dewan ialah perubahan ciri fizikal daripada gelap kepada terang, namun pengguna bahasa telah memperluas makna pencerahan kepada unsur abstrak, iaitu mendapatkan penjelasan (daripada tidak tahu kepada tahu).Makna06.12.2014
Kebelakangan ini ramai yang menggunakan perkataan 'mohon pencerahan' untuk mendapatkan penjelasan mengenai sesuatu perkara. Adakah penggunaan perkataan 'pencerahan' ini betul?Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit.
"Cerah" pula bermaksud: 
cerah l 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);

Dalam konteks memberi penjelasan , "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang.
Lain-lain23.09.2014
Adakah prasa 'mohon pencerahan' ini tepat penggunaannya?Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit.
"Cerah" pula bermaksud: 
cerah l 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);

Dalam konteks memberi penjelasan , "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang. Jadi, frasa itu boleh digunakan.
Lain-lain27.10.2014
Mohon pencerahan berkenaan penggunaan panggilan hormat sama ada perlu disusun mengikut taraf panggilan hormat atau mengikut taraf jawatan pentadbiran? Sebagai cth: 1. YBhg. Datin/YBrs. Prof. Madya Dr./YBrs. Dr./Tuan/Puan (mengikut taraf panggilan hormat); atau 2. YBrs. Prof. Madya Dr./YBrs. Dr./YBhg. Datin/Tuan/Puan (mengikut taraf jawatan pentadbiran).Biasanya, susunan panggilan hormat disusun mengikut susunan gelaran, contoh:

YBhg. Datuk/YBrs. Dr./Tuan/Puan,
Lain-lain04.03.2024
Mohon pencerahan sama ada perkataan "naziran" wujud?, atau hanya nazir sahaja? Naziran perolehan dan kewangan atau Nazir Peolehan dan kewangan atau Lawatan Naziran perolehan dan kewangan atau Lawatan Nazir Peolehan dan kewangan? Sekian, terima kasih.Perkataan "naziran" terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1525) dengan makna "hasil daripada menazir sesuatu". "Nazir" pula bermaksud "orang yang bertanggungjawab memerhati, memantau dan memeriksa perjalanan pentadbiran dalam sesebuah organisasi seperti sekolah dan masjid".

Oleh sebab itu, (1) naziran perolehan dan kewangan bermaksud hasil daripada perbuatan menazir perolehan dan kewangan, manakala (2) nazir perolehan dan kewangan bermaksud orang atau pihak yang bertanggungjawab dalam menazir perolehan dan kewangan. (3) Lawatan Nazir Perolehan dan Kewangan.

Makna08.02.2024
Mohon pencerahan mengenai Selamat Tahun "Baru" atau "Baharu"? Atau kedua-duanya boleh diguna pakai.Frasa "Selamat Tahun Baru dan Selamat Tahun Baharu" adalah betul dan boleh digunakan.Tatabahasa03.01.2024
Mohon pencerahan berkenaan perkataan "diperakui" dan "diperakukan" sama ada wujud? Permohonan ini telah diperakui / diperakukan oleh Ketua pengarah. semakan saya menggunakan Kamus Pro, perkataaan "diperakui / diperakukan" tidak wujud, yang dijumpai adalah memperakukan. Sekian, terima kasih.Frasa "diperakui" dan "diperakukan" boleh digunakan dan terakam dalam Kamus Dewan Perdana. Sehubungan dengan itu, ayat yang betul ialah "Permohonan ini telah diperakui oleh ketua pengarah".

Lain-lain10.12.2023
Mohon pencerahan berikut: 1. "Penolong Pengarah Kanan" atau "Penolong Kanan Pengarah"? 2. "Pegawai Polis Kanan" atau "Pegawai Kanan Polis"?1. Yang pertama ialah binaan frasa nama yang tertakluk pada hukum D-M, iaitu yang diterangkan (Penolong Pengarah) dan yang menerangkan (Kanan). Maka, pembentukan frasa nama yang betul ialah Penolong Pengarah Kanan.

2. Yang kedua ialah pegawai kanan polis. Yang diterangkan ialah (pegawai) dan yang menerangkan ialah (kanan). Maka, frasa namanya ialah pegawai kanan polis, iaitu pegawai kanan dalam bidang kepolisan.
Tatabahasa16.12.2023
Mohon pencerahan: ampuni vs ampunkan, mengampuni vs mengampunkan, dari sudut penerima dan objek dsb. Terima kasihSoalan kurang difahami. Mohon pihak tuan mengemukakan contoh soalan berserta penggunaan ayat bagi memudahkan pihak kami menjawab soalan tersebut.Lain-lain13.08.2023
Mohon pencerahan. Sy cek dalam website tiada perkataan tatakelola.. kelola ada Tata kelola jarak atau sambung tatakelola Kalau tatabahasa rapat Dalam kamus indonesia ada tatakelola Adakah ia perkataan baharu?Padanan bagi kata governance dalam bahasa Melayu ialah tadbir urus. Kata tatakelola banyak digunakan dalam penulisan dalam bahasa Indonesia, khususnya dalam bidang pengurusan.

Kata tatakelola dieja rapat seperti kata tatabahasa dan tatasusila.

Benar, kata tatakelola ini ialah kata baharu dalam bahasa Melayu dan masih belum terakam dalam kamus terbitan DBP.
Lain-lain12.09.2023
12345678910...

Kembali ke atas