Salam, saya rasa keliru antara subjek dan predikat dalam ayat ini : " Pendapatan yang diperolehnya agak lumayan dengan hasil jualan tersebut" & " Setiap hari, dia bangun awal untuk pergi ke pasar dengan menunggang motosikal"... Saya harap DBP dapat membantu. Terima kasih. | 1. (Pendapatan yang diperolehnya agak lumayan) - subjek (dengan hasil jualan tersebut) - predikat 2. (Setiap hari, dia bangun awal) - subjek (untuk pergi ke pasar dengan menunggang motosikal) - predikat | Tatabahasa | 18.04.2013 |
income, return | pendapatan, pulangan | Lain-lain | 03.02.2008 |
Salam sejahtera. 'dari sudut' pandang 'dari segi. pendapatan merujuk kepada ungkapan di atas dalam keadaan yang macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari sudut...' dan konteks macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari segi...' ? terima kasih | Antara maksud sudut termasuklah pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dan sebagainya), arah pandangan, atau segi; manakala segi dikiaskan kepada pandangan terhadap sesuatu atau disebut sebagai sudut pandang. Berdasarkan huraian tersebut, frasa yang betul ialah 'dari sudut pandang'. Frasa 'dari segi' lebih kepada aspek atau bahagian yang diberikan perhatian, seperti 'dari aspek fizikal'. | Tatabahasa | 03.04.2011 |
1)Mak Eton menggelek adunan kuih itu sehingga sebati.2)Sesiapa yang ditawarkan sebagai model barangan tersebut sungguh bertuaah kerana akan menikmati pendapatan yang lumayan.(ADA SALAH TAK?) | Saudara Ho, Kedua-dua ayat yang dikemukakan betul dari aspek tatabahasanya, namun untuk ayat yang kedua lebih gramatis jika 'Sesiapa yang ditawarkan sebagai model barangan tersebut sungguh bertuah, kerana akan menikmati pendapatan lumayan.' | Tatabahasa | 03.10.2012 |
Pilih ayat yang betul i) Bas yang kerosakan itu berhenti di perhentian bas. ii)Jangan menerima pelawaan orang yang tidak dikenali. iii)Mereka bekerja untuk tingkatkan pendapatan keluarga. iv)Padang itu menjadi tempat menandingi bola sepak. Tolong beri penjelasan setiap ayat. | Sdr. Thian, Ayat yang betul ialah 1. Bas yang rosak itu berhenti di perhentian bas. 2. Jangan terima pelawaan orang yang tidak dikenali. iii)Mereka bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga. iv)Padang itu menjadi tempat pertandingan bola sepak. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan penjelasan dalam penggunaan imbuhan. | Tatabahasa | 27.09.2010 |
apakah definisi hasil bukan cukai?dan terangkan fungsinya...dan terimaan bukan hasil?terangkan fungsi nya... | Hasil bukan cukai merujuk kepada pendapatan yang diperoleh bukan melalui cukai yang dikenakan kepada orang ramai. | Makna | 18.10.2010 |
Tuan, Jika saya ingin meringkaskan perkataan yang akan digunakan berkali-kali dalam sesuatu laporan adakah ringkasan berikut adalah betul (dalam kurungan) : Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) Terima kasih. | Dalam penulisan umum pengulangan nama khas lazimnya dipendekkan untuk kali yang kedua dan seterusnya setelah dieja penuh untuk kali yang pertama. Tetapi dalam penulisan undang-undang lebih-lebih lagi nama akta lazimnya ditulis penuh pada setiap kali akta ini dimaksudkan. | Tatabahasa | 28.11.2012 |
apa maksud perkataan iktisas? | Saudara, Perkataan ikhtisas bermaksud utk mata pencarian (bkn pekerjaan dll), utk atau dgn tujuan memperoleh bayaran atau pendapatan, profesional: pelukis ~; 2. berkaitan dgn pekerjaan atau sesuatu profesion: sijil kelayakan pelajaran dan ~; 3. memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus: secara umum, konsep pentadbiran perkhidmatan pelajar bolehlah dikatakan sbg satu bentuk pentadbiran ~ yg dikendalikan dgn satu tujuan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 04.10.2009 |
Assalamualaikum. Pertanyaan saya. 1.Bagaimana ingin menyumbang karya atau penulisan kearah mana perlu dituju. 2. bagaimana Panduan penulisan yang baik 3. adakah dengan berkarya boleh menambahkan pendapatan saya. bagaimana? 4. saya bukanlah seorang mahir untuk berkarya cuma ada idea-idea kecil untuk sumbangan kearah kebaikkan. | Terima kasih atas pertanyaan Sdr. Sdr boleh menghantar karya Sdr kepada: Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR. Sila sertakan maklumat tentang diri Sdr untuk memudahkan pihak kami menghubungi Sdr semula. Sdr boleh merujuk buku-buku yang diterbitkan untuk mendapatkan maklumat panduan penulisan yang baik. Perkara ini bergantung pada bidang penulisan, peringkat pembaca, jenis penulisan dan sebagainya. Bergantung pada bahan tulisan Sdr. dari segi mutu penulisan, sasaran pembaca, persembahan dan pendekatan, dan pelbagai faktor lagi. Mudah-mudahan Sdr berjaya.
| Lain-lain | 19.04.2011 |
Terima kasih atas jawapan tuan. Merujuk kepada soalan saya yang pertama : adakah singkatan ACP 1967 adalah betul untuk penulisan umum? Terima kasih. | Walaupun penulisan umum tetapi masih berkaitan dengan teks undang-undang. Cadangan kami Akta Cukai Pendapatan 1967 perlu ditulis penuh pada setiap kali pengulangannya, atau pilihan yang lain tuan boleh menulis akta ini atau akta tersebut. | Tatabahasa | 28.11.2012 |