Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.da.pa.tan] | ڤنداڤتن

Definisi : 1. jumlah wang yg diperoleh dlm jangka waktu tertentu (sbg hasil drpd mata pencarian, kerja yg dilakukan, dsb), hasil yg terdiri drpd gaji dll yg diperoleh: ~nya tidak sampai lima ratus ringgit sebulan; ~ kasar pendapatan sebelum ditolak potongan-potongan drpd gaji dsb (kerana bayaran tertentu); 2. (hasil) penemuan buat pertama kalinya (tidak ada atau diketahui sebelum­nya), dapatan: ~ Baird dlm lapangan televisyen memberi banyak faedah kpd semua orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.da.pa.tan] | ڤنداڤتن

Definisi : hasil pencarian: Kerana ~nya kecil, ia tidak mampu membeli rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendapatan

Puisi
 

Dari Siam pergi Kelantan,
     Dari Kelantan ke negeri China;
Sesal dahulu jadi pendapatan,
     Sesal kemudian tiada guna.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sesal dulu pendapatan,
     sesal kemudian tiada berguna.

Bermaksud :

Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
landastengkujuh.Beliau mengulangi ikrar tentang komitmen kementeriannya untuk membantu kaum nelayan bagi mempelbagaikan sumber pendapatan mereka terutama musim landas apabila keadaan laut merbahaya untuk mereka.Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia SarawakGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tamu MSbpekan (pasar) sehari.Nanak tahu, ibunya sedang menganyam daun pandan. Nanak tahu, pandan itu nantinya akan dijual di tamu, minggu depan. Itulah satu-satunya pendapatan sambilan yang diperoleh selain bercucuk tanam.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas