Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.da.pa.tan] | ڤنداڤتن

Definisi : 1. jumlah wang yg diperoleh dlm jangka waktu tertentu (sbg hasil drpd mata pencarian, kerja yg dilakukan, dsb), hasil yg terdiri drpd gaji dll yg diperoleh: ~nya tidak sampai lima ratus ringgit sebulan; ~ kasar pendapatan sebelum ditolak potongan-potongan drpd gaji dsb (kerana bayaran tertentu); 2. (hasil) penemuan buat pertama kalinya (tidak ada atau diketahui sebelum­nya), dapatan: ~ Baird dlm lapangan televisyen memberi banyak faedah kpd semua orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.da.pa.tan] | ڤنداڤتن

Definisi : hasil pencarian: Kerana ~nya kecil, ia tidak mampu membeli rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendapatan

Puisi
 

Dari Siam pergi Kelantan,
     Dari Kelantan ke negeri China;
Sesal dahulu jadi pendapatan,
     Sesal kemudian tiada guna.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sesal dulu pendapatan,
     sesal kemudian tiada berguna.

Bermaksud :

Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian).

 

Lihat selanjutnya...(9)

219

It's better to give than to receive

Berbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain.

Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah

Believing that it's better to give than to receive, they donated half of their earnings to the needy.

Berpegang pada tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
doubledeterminer sekali ganda, dua kali: my income is ~ what it was then, pendapatan saya sekali ganda pendapatan saya dahulu; we need ~ the width of this material for this window, kita memerlukan dua kali lebar kain utk jendela ini; he is ~ my age, umurnya sekali ganda umur saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incomen pendapatan: his expenditure exceeds his ~, perbelanjaannya melebihi pendapatan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
earnvi memperoleh pendapatan: he hasn’t been ~ing since January, sejak Januari, dia tdk memperoleh sebarang pendapatan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
means2. money, wealth, resources, sumber pendapatan: he has no ~ to support his family, dia tdk ada sumber pendapatan utk menyara keluarganya; man of ~, orang yg berkemampuan: he is a man of ~, dia orang yg berkemampuan; lKamus Inggeris-Melayu Dewan
take2. money collected from a business pendapatan: I am confident that our ~ will double next week saya yakin pendapatan kita akan berganda minggu hadapan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
earnern 1. worker, pekerja: wage ~, pekerja upah; 2. source of income, sumber pendapatan: crude oil is the country’s best ~, minyak mentah merupakan sumber pendapatan terbesar negara itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
partpendapatan Barbara dibelanjakan utk pendidikan anak-anaknya; she spends the greater ~ of her time in working for charity, dia menghabiskan sebahagian besar masanya membuat kerja kebajikan; have no ~ in st, tdk terlibat dlm sst: he swore he had no ~ in it, dia bersumpah bahawa dia tdk terlibat dlm hal itu; in ~, sebahagiannya: her success was due in ~ to the moral support of her family, kejayaannya sebahagiannya disebabkan oleh sokongan moral keluarganya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
private incomenpendapatan luar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
national incomen pendapatan negara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
earned incomen pendapatan /terperoleh, diperoleh/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas