Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.du.du/] | ڤندودوق

Definisi : orang yg menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dll): tidak ada seorang pun drpd ~ kampung itu yg berani keluar melihat pembunuhan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.du.du/] | ڤندودوق

Definisi : orang yg menduduki sesuatu tempat (negeri dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penduduk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kedaifan penduduk-penduduk yang mendiami kawasan itu mendapat perhatian daripada wakil rakyat. Saya berpendapat 'penduduk-penduduk' betul. Apa pendapat tuan?Penduduk bermaksud orang yg menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dll). Oleh itu, perkataan penduduk dalam ayat tersebut tidak perlu digandakan. Ayat yang betul ialah 'Kedaifan penduduk yang mendiami kawasan itu mendapat perhatian daripada wakil rakyat.'Tatabahasa30.08.2007
Penduduk-penduduk kampung bekerjasama membaiki bumbung. Bolehkah ' bumbung' menggunakan kata kerja'membaiki'? Terima kasih.Penduduk-penduduk kampung bekerjasama membaiki bumbung. Ayat ini betul, bumbung menjadi objek kepada kerja membaiki.Tatabahasa14.08.2014
Adakah ayat berikut tepat dan gramtis? (a) Ali makan pada petang tadi dengan gelojoh di ruang tamu. (b) Gambar pemain bola yang kacak itu digantungkan oleh Abu pada dinding rumah petang tadi. (c) Penipu itu terbongkar rahsia oleh penduduk-penduduk. Untuk Ayat (c), ayat aktif berikut yang manakah tepat? (i) Penduduk-penduduk terbongkar rahsia penipu itu. (ii) Penduduk-penduduk membongkar rahsia penipu itu.Ayat yang gramatis ialah:
(a) Ali makan dengan gelojoh pada petang tadi di ruang tamu.
(b) Gambar pemain bola yang kacak itu digantung oleh Abu pada dinding rumah petang tadi.
(c) Rahsia penipu itu dibongkar oleh penduduk.
(d) Penduduk membongkar rahsia penipu itu.
Tatabahasa30.10.2015
Soalan 1: A ) meningkatkan sumber kewangan B) menambahkan sumber kewangan Manakah penggunaan kata lebih tepat ? A atau B ? Soalan 2: A)Semua penduduk kampung B) Seluruh penduduk kampung C) Penduduk-penduduk kampung ? Manakah penggunaan kata lebih tepat ? A atau B atau C ? Soalan 3: "Seorang penduduk kampung sedang mengecat dinding pondok itu." Betulkah penggunaan seorang penduduk kampung? Terima kasih.1. (B) menambahkan sumber kewangan 
2. (A)Semua penduduk kampong, (B) Seluruh penduduk kampung 
3. Frasa "seorang penduduk kampong" boleh digunakan.
Tatabahasa10.06.2014
Tuan, Adalah frasa di bawah betul atau salah? 1. Para penduduk bekerjasama membersihkan taman. 2. Penduduk-penduduk bekerjasama membersihkan taman. Adakah penduduk sudah bermaksud jamak? para juga bermaksud jamak? Terima kasih.Untuk makluman, penduduk sudah menujukkan maksud jamak. Sehubungan dengan itu, kedua-dua ayat contoh yang diberikan tidak tepat.Tatabahasa29.06.2016
Adakah kata 'penduduk' kata jamak? bagaimana dgn frasa 'semua penduduk'? Betul atau salah. Bagaimana mahu menyatakan 'seorang penduduk' atau 'seorang rakyat'. Betul atau salah.tolong jelaskanMengikut buku Kamus Dewan, penduduk bermaksud orang yang menduduki sesuatu daerah, tempat, negeri dan lain-lain. Maka, bagi menandakan jamak, frasa ‘semua penduduk’ atau ‘penduduk-penduduk’ boleh digunakan. Sama ada ‘seorang penduduk’ atau ‘seorang rakyat’ bergantung pada konteks daerah atau negeri.Tatabahasa20.06.2014
Berpuluh-puluh penduduk / berpuluh-puluh orang penduduk / berpuluh orang penduduk. Yang manakah betul?jawapan yang sesuai ialah berpuluh-puluh penduduk dan berpuluh-puluh orang pendudukTatabahasa15.09.2012
Tuan-tuan dan puan-puan.Bolehkah saya tahu akan beberapa ayat yang di bawah.Adakah beberapa ayat adalah kesalahan bahasa atau kesalahan tatabahasa? Kerajaan hanya menjaga nama dan imej diri sendiri untuk meningkatkan impak yang baik kepada penduduk-penduduk.Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dari Thailand tidak mengambil berat dalam kes yang berkaitan dengan negara lain bagai enau dalam belukar pucuk masing-masing.Condong yang akan menongkat,rebah yang akan menegakkan.Kerajaan haruslah mengatur pemimpin yang sesuai untuk memimpin negara dengan sebaik-baiknya.Dengan ini,negara dapat berjaya memajukan ekonomi dan politik negara.Saya berpendapatan bahawa kelakuan rakyat jelata akan diubah daripada negatif hingga positif.Apa payahnya menaupkan bibir atas bawah,kita mestilah melakukan sesuatu perkara atau tindakan sehingga berjaya.Janganlah melakukan sesuatu tindakan yang separuh di samping berputus asa seperti berputus harapan dan matlamat negara yang diingini.Natijahnya,matlamat negara akan dicapai sekiranya mereka gigih mencapai aspirasi dari segi ekonomi dan politik negara seperti berjalan ke batas,belayar sampai ke pulau.Rakyat jelata juga akan memberikan sokongan kepada kerajaan atau pemimpin.Persoalannya,faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat ialah negara tidak memainkan peranan yang penting untuk memajukan dan mewujudkan kemakmuran di negara kita.Ayat yang diberikan tidak begitu jelas, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah:

1. Dari aspek tatabahasa
2. Tanda baca yang digunakan tidak betul
3. Wujudnya ketidaksinambungan antara ayat
4. Pemilihan perkataan yang tidak betul
5. Perkataan yang tidak mempunyai jarak

Sila murnikan ayat-ayat tersebut dalam konteks yang lebih jelas dan mudah difahami agar pihak DBP dapat memberikan jawapan yang bersesuaian berdasarkan soalan yang dikemukakan.
Lain-lain08.07.2021
1. yang mana betul - seluruh penduduk kampung atau penduduk kampung. 2. ayat pasif yang mana betul- tulisannya yang cakar ayam itu tidak terbaca gurunya atau tulisannya yang cakar ayam itu tidak terbaca oleh gurunya. 3. yang manakah unsur keterangan dalam ayat ini - kementerian perpaduan negara dan pembangunan masyarakat banyak menerima laporan mengenai kes penderaan kanak-kanak. terima kasih

1. Seluruh penduduk kampung merujuk kepada semua penduduk kampung. Manakala penduduk kampung pula merujuk kepada sebahagian penduduk kampung atau penduduk kampung yang tertentu sahaja. 2. Tulisannya yang cakar ayam itu tidak terbaca oleh gurunya. 3. Keterangan ayat ini ialah "banyak menerima laporan mengenai kes penderaan kanak-kanak.

Tatabahasa03.03.2009
1. Sebilangan orang penduduk... 2. Sebilangan penduduk... Mana satu betul? Apakah sebabnya?

Frasa yang betul ialah ‘sebilangan penduduk’ kerana kata ‘penduduk’ ialah orang yang menduduki sesuatu daerah, tempat, negeri dan lain-lain.  

Tatabahasa16.01.2015
12345678910...

Kembali ke atas