Sukar mendapat senaskah penerbitan Dewan Bahasa dan Dewan Sastera di pasaran di negeri Pulau Pinang. Melalui saluran manakah saya boleh dapat penerbitan-penerbitan tersebut ? | Di Pulau Pinang , buku dan majalah DBP dapat diperoleh di Bukit Mertajam( DBP Wilayah Utara), , Seberang Prai(, Seberang jaya, dan Minden( USM). | Lain-lain | 16.04.2010 |
Apakah syarat-syarat am atau khas bagi seseorang individu ingin menerbit atau menulis sesebuah buku? | Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. A. Sdr. perlu memahami apa itu penerbitan. Penerbitan terbahagi kepada penerbitan buku, Majalah, Kamus dan lain-lain. Kemudian apabila mengetahui selok belok penerbitan baharulah sdr. menubuhkan syarikat penerbit. Mendapatkan maklumat jumlah modal yang perlu kerana syarikat yang ditubuhkan perlukan a) modal pusingan b) kakitangan c) pejabat dan d) overhed (talian telefon, api, air ,sewa, promosi dan pengangkutan). Membuat perancangan penerbitan seperti membuat perolehan manuskrip (mencari penulis yang boleh menulis skrip) menentukan bidang buku yang hendak diterbitkan dan buku peringkat apa yang hendak diterbitkan sama ada peringkat kanak-kanak, remaja atau dewasa. Juga peringkat pengajian tinggi (Buku Ilmiah) atau buku fiksyen seperti novel dan cerpen atau buku rujukan seperti ensiklopedia. Untuk mendapatkan ilmu penerbitan perlu dicari dan banyak berbincang dengan rakan penerbit. B. Antara syarat-syarat penting untuk memulakan karier menjadi seorang penulis yang berjaya ialah: 1. Perlu mempunyai minat yang mendalam dan azam yang kental untuk menjadi seorang penulis. 2. Rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku, akhbar dan majalah. Juga membaca karya-karya bermutu (novel, drama, cerpen, puisi, rencana dan esei/kritikan) oleh penulis terkenal dan memenangi pelbagai hadiah/peraduan. 3. Mengikuti bengkel penulisan (novel, drama, cerpen, puisi, rencana, dll) yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. 4. Menjadi anggota persatuan penulis. Melaluinya sdr. boleh mengikuti pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di samping dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan penulis pelbagai kaum dan peringkat umur. 5. Rajin berkarya/bereksperimen tanpa mengenal putus asa. 6. Menghantar karya ke pelbagai penerbitan untuk tujuan penerbitan di samping menguji kemampuan sebagai seorang penulis. Selamat menjadi seorang penulis dan selamat berjaya! | Lain-lain | 19.10.2010 |
Saya ingin menayakan mengenai penerbitan buku 1. Semua yang perlu di ketahui untuk menerbitkan sebuah buku 2. Berapakah jumlah buku yang telah malaysia terbitkan pada 2010 (syarikat penerbitan) 3. dan undang-undang penerbitan di malaysia | (1)Proses penerbitan buku berbeza-beza sedikit mengikut penerbit dan jenis buku yang diterbitkan. Pada umumnya, proses penerbitan bermula dengan cadangan penulisan/manuskrip daripada penulis, pelantikan penulis, penilaian manuskrip, kelulusan penerbitan, penyuntingan, penyediaan reka bentuk dan ilustrasi, pembacaan pruf, penyediaan pruf akhir, dan percetakan. (2) Anda boleh menghubungi Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat. (3) Anda boleh mendapatkan maklumat tentang undang-undang penerbitan di Malaysia dengan membaca sebarang buku tentang Undang-undang Hak Cipta di Malaysia. | Lain-lain | 23.11.2010 |
Salam Sejahtera, Saya ingin bertanya prosuder untuk menghantar makalah ke penerbitan bagi pertimbangan penerbitan buku bersama dengan pihak DBP. Makalah dari tesis ke Buku Terima Kasih Shairil Izwan, PhD | Mohon hubungi Pengarah Penerbitan DBP, Tn. Hj. Khalik bin Sulaiman di no. 03-21479393 atau e-mel khalik@dbp.gov.my | Karya | 04.09.2016 |
Dengan penerbitan risalah itu, diharap akan dapat membantu pembaca yang menghadapi masalah memahami teks asal. A Penerbitan dengan B Terbitnya dengan C Dengan terbitnya D Dengan penerbitan tuan, jawaban dalam buku ialah C, amatlah keliru antara C dengan D, haraplah tuan dapat menolong saya. TQ | Frasa dengan terbitnya risalah itu betul kerana terbit bermaksud siap dicetak, manakala penerbitan bermaksud perihal menerbitkan. Namun frasa penerbitan risalah itu (buang dengan) juga dalah betul. Rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 27.01.2012 |
Soalan dlampirkan | Untuk pertanyaan berkaitan dengan penerbitan di Dewan Bahasa dan Pustaka, tuan boleh membuat pertanyaan kepada Jabatan Penerbitan DBP melalui maklumat seperti di bawah: Pengarah Jabatan Penerbitan, Jabatan Penerbitan, Aras 22, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. azahari@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) Setiausaha Pejabat Jabatan Penerbitan E-mel: norfazliatul@dbp.gov.my | Lain-lain | 09.12.2024 |
Ke hadapan Tuan/Puan, Selamat sejahtera. Saya dengan ikhlasnya ingin meminta panduan untuk penerbitan sajak di bawah penerbitan dewan bahasa dan pustaka. Sesungguhnya, koleksi sajak ini menghampiri satu dekad lamanya dan gaya-gaya yang terkandung di dalam penulisan sajak-sajak hasilan ini amat sayang jika dibiar tersimpan dalam laci. Saya berharap mendapat peluang dan panduan untuk proses penerbitan ini. Sekian,terima kasih. Yang benar, John Chong | Saudara boleh menghantar sajak-sajak saudara itu kepada Ketua Editor Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk dinilai. Sekiranya sesuai, sajak saudara akan disiarkan dalam majalah-majalah terbitan DBP. | Lain-lain | 22.05.2011 |
-MENGAPAKAH PROSES PENERBITAN PENTING DALAM BAHASA MELAYU ? -PROSES PENERBITAN MANAKAH LEBIH BAIK, BAHASA MELAYU ATAU BAHASA INGGERIS ? | Untuk maklumat dalam perkara ini, sila hubungi Pengarah Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-21479494, e-mel: khalik@dbp.gov.my. | Lain-lain | 29.01.2017 |
Mohon beri garis panduan penerbitan buku | GARIS PANDUAN PENERBITAN BUKU (UMUM/ILMIAH) DAN PROSES PENERBITAN - Pembinaan dan perolehan manuskrip (perbengkelan dan kertas cadangan judul)
- Penerimaan manuskrip lengkap bersama surat iringan penulis:
- bahan awalan hendaklah lengkap (judul, kandungan, prakata, senarai rajah/ilustrasi/foto), kata pengantar (sekiranya berkaitan), pendahuluan (bab dalam buku), penghargaan (sekiranya berkaitan) - bahan teks hendaklah lengkap (surat izin terbit untuk petikan, gambar, ilustrasi dll) - bahan akhiran lengkap (bibliografi, lampiran (jika ada), glosari (jika ada), biodata penulis (jika ada), dll) - manuskrip lengkap akan didaftarkan dalam sistem penerbitan DBP. - Penilaian manuskrip (penilaian dalam mesyuarat JKKB, penilalain pakar bidang, penilaian JKE)
- Penyuntingan (berdasarkan bidang/kategori/jenis teks)
- Penyediaan manuskrip bersih (sebelum dibuat reka letak, manuskrip bersih akan disemak oleh ketua Unit dan Ketua Editor)
- Penyemakan pruf dan penyediaan indeks (editor akan menyemak pruf 1, pruf akhir dan menyediakan indeks)
- Penyemakan Naskhah Sedia Kamera
- Penyediaan mock up
- Pengesahan sijil perakuan mutu bahan terbitan.
| Lain-lain | 26.12.2024 |
Salam... Bagaimanakan proses/tatacara dalam menerbitkan buku ilmiahmelalaui DBP..Apakah syarat-syarat yang dikhendaki? | Proses penerbitan buku ilmiah sama seperti proses penerbitan buku judul am. Tuan boleh menghantar manuskrip yang lengkap kepada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk diusahakan oleh Bahagian Penerbitan yang sesuai. Syarat manuskrip lengkap ialah ia mengandungi: (i) bahan awalan (ii) bahan teks (iii) bahan akhiran Untuk mengetahui lebih lanjut akan maklumat yang perlu ada dalam setiap bahan itu, tuan boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP. Setiap halaman manuskrip perlu diberikan nombor secara berturutan. Setiap manuskrip yang dihantar ke DBP akan melalui beberapa peringkat penilaian dan hanya jika didapati sesuai baru boleh diterbitkan oleh DBP. | Lain-lain | 26.05.2009 |