pengajar | Pengajar ialah orang yang mengajar (seperti guru, pensyarah, penceramah,dll). | Makna | 28.05.2008 |
Saya ingin meminta penjelasan mengenai penggunaan istilah "HOSPITAL PENGAJAR", contohnya Hospital Pengajar UPM (sila lihat: http://www.medic.upm.edu.my/awani_hpupm). Adakah istilah ini betul dan sesuai untuk digunakan untuk membawa maksud "TEACHING HOSPITAL"? Jika disemak daftar istilah MABBIM (DBP), istilah yang bersesuaian dengan "teaching hospital" ialah "hospital pengajaran". Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk "teaching hospital" ialah hospital pendidikan atau hospital pengajaran. | Istilah | 26.04.2016 |
Apakah perkataan Bahasa Inggeris yang lebih tepat untuk perkataan "pengajar"? Adakah terdapat perbezaan makna dan penggunaan antara "teacher" dan "preacher"? | Istilah bahasa Inggeris untuk "pengajar" ialah instructor atau tutor. Istilah bahasa Melayu untuk "teacher" ialah guru dan istilah bahasa Melayu untuk "preacher" ialah pengkhutbah. Pengkhutbah bermaksud orang yang berkhutbah, pensyarah atau pembicara (terutama mengenai perkara-perkara keagamaan). | Istilah | 29.04.2016 |
Salam Tuan. Saya ingin mendapat pandangan DBP mengenai kemungkinan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menggunakan istilah "jurufasilatih" untuk merujuk kepada tenaga pengajar kami. Ia mengandungi maksud seseorang yang mempunyai sifat/skil kepakaran, pemudahcara dan jurulatih kerana tenaga pengajar INTAN perlu memiliki ketiga-tiga komponen tersebut. Mohon nasihat tuan. | Untuk makluman istilah pemudah cara atau fasilitator telah diterima pakai sebagai padanan untuk facilitator dan telah mantap penggunaannya. DBP juga tidak menggalakkan pemenggalan dan percantuman beberapa perkataan untuk membentuk satu istilah yang baru. | Istilah | 14.01.2011 |
mua'ddib | Muaddib: pengajar, pengasuh, pendidik. | Makna | 01.09.2009 |
Jabatan Saya perlukan seorang tenaga pengajar untuk bengkel Penulisan pada hujung bulan september ini selama dua hari. Dengan siapa patut saya berurusan untuk hal ini. | Tuan boleh menghubungi Akademi DBP melalui talian 03-2147 9226 atau 03-2147 9227. | Lain-lain | 04.09.2014 |
Kepada yang berkenaan, Saya merupakan seorang pengajar yang diberi tugasan untuk membina kurikulum baharu untuk pelajar-pelajar yang terdiri daripada pegawai-pegawai perkhidmatan luar dari Amerika yang akan berkhidmat di Kedutaan Amerika. Salah satu tugasan yang sedang saya usahakan ialah mencari pengumpulan senarai data kekerapan kata untuk Bahas Melayu. Saya amat berharap sekiranya pihak tuan dapat memberi sedikit panduan di mana saya boleh peroleh senarai data berkenaan sekiranya wujud. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. Yang Benar, Pn. Norlidah | Untuk membantu saudari menyelesaikan persoalan tersebut, saudari boleh menghubungi Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-2147 9175. Selain itu juga, saudari boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Pusat Dokumentasi Melayu memainkan peranan sebagai sebuah pusat maklumat atau perpustakaan yang menawarkan perbahanan dalam bidang bahasa, sastera dan budaya. Jika saudari berminat untuk mendapat bahan secara pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu, saudari boleh mendaftar diri sebagai ahli RAKAN DEWAN. Yuran keahlian dikenakan sebanyak RM20 setahun, RM30 yuran keahlian untuk 2 tahun dan RM35 untuk 3 tahun. Dengan keahlian tersebut, saudari boleh meminjam buku dan menggunakan kemudahan di Pusat Dokumentasi Melayu. Sila datang ke Tingkat 3, Blok Podium, Menara DBP. | Lain-lain | 17.07.2019 |
APAKAH SUMBANGAN DAN KEPENTINGAN ILMU PSIKOLINGUISTIK KEPADA PENGAJAR BAHASA DAN PELAJAR BAHASA? | Terima kasih atas soalan saudara, sila rujuk bahan ini : 1. Aplikasi psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa | Zulkifley Hamid | PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. | 2006 |
| Lain-lain | 12.04.2008 |
Apakah terjemahan bahasa Inggeris yang tepat untuk perkataan "tenaga pengajar"? Terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Padanan yang kami boleh berikan ialah instructor. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. Sekian. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.07.2017 |
Apakah terjemahan yang betul bagi driving instructor? Adakah ia 'Guru Memandu'? Terima Kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami untuk driving instructor. Walau bagaimanapun, istilah untuk instructor ialah jurulatih atau pengajar. Oleh itu, padanan istilah bahasa Melayu yang kami cadangkan ialah jurulatih memandu atau pengajar memandu. | Istilah | 20.07.2011 |