| PENGAMBILAN ANAK ANGKAT | | UMUM | |
| PENGAMBILAN SARAWAK | PENGAMBILAN SARAWAK, penjajahan James Brooke di Sarawak (sebahagian wilayah Brunei) pada tahun 1841. Sebelum itu Sarawak adalah daerah yang diberi oleh Kesultanan Melayu Johor (Singapura Tua) kepada Kesultanan Melayu Brunei setelah Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad Syah) berkahwin dengan puteri Johor pada sekitar tahun 1360-an. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
| PENGAMBILAN SABAH | PENGAMBILAN SABAH, penjajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Borneo Utara (Sabah). Borneo Utara adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Brunei yang diserahkan kepada British pada akhir abad ke-19. Sebelum itu, sebahagian daripada wilayah ini telah diserahkan kepada Kesultanan Sulu setelah Sulu membantu Brunei mengamankan perang saudara yang berlaku di Brunei pada pertengahan abad ke-18. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
| TERSEDU | Tersedu ialah pengambilan udara secara mendadak dan tidak dapat dikawal yang disebabkan oleh kekejangan diafragma. Diafragma ialah otot yang besar, kuat, dan berbentuk kubah yang terletak di bawah rongga dada. Ia mengecut dan mengendur untuk membawa udara masuk ke dalam paru-paru dan mengeluarkannya. | UMUM | |
| PICKERING, WILLIAM | Pickering , William (1840–1907) ialah kakitangan awam British yang menjadi pelindung pertama orang Cina di Singapura pada tahun 1877. Pada masa itu, ejen British melakukan pengambilan kuli (buruh kasar) di China dan menghantar mereka ke Singapura untuk bekerja. Ramai ejen melayan kuli- kuli tersebut dengan buruk sekali, membawa mereka ke Singapura dalam kapal-kapal yang sesak, malah memaksa mereka pergi ke negara lain yang di luar kemahuan mereka. Tugas Pickering sebagai pelindung adalah untuk menghentikan layanan buruk ini. Dia mempunyai personaliti yang tegas dan fasih membaca serta bertutur dalam bahasa Cina. Di bawah kepimpinannya, badan perlindungan ini menjadi sebuah institusi yang amat disanjung tinggi. Selain melindungi kuli dan pendatang wanita, Pickering juga bertindak terhadap persatuan kongsi gelap Cina dan menguatkuasakan peraturan ketat sebagai langkah mengawal perjudian. | UMUM | |
| STRIKNINA | Striknina ialah ubat yang pahit dan beracun, diperoleh daripada biji tumbuhan seperti pokok nux vomica yang terdapat di India dan Indonesia. Striknina terdapat dalam bentuk kristal tanpa warna. Pengambilan striknina dalam dos yang banyak boleh menyebabkan kes keracunan yang teruk, mengakibatkan seseorang itu menggeletar dan boleh mengancam nyawa. Sesetengah orang mendapat keracunan dengan tidak sengaja apabila mereka mengambil dadah yang mengandungi striknina. Tanda-tanda yang biasa ialah menyentak, susah menelan, dan opistotonos (badan tiba-tiba melentik ke belakang). | UMUM | |
| DIET REMAJA | Diet remaja ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan bagi golongan remaja. | PEMAKANAN | Kaedah |
| DIET BAYI | Diet bayi ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan yang penting untuk bayi. | PEMAKANAN | Kaedah |
| DIET KUMPULAN DEWASA | Diet kumpulan dewasa ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan bagi golongan dewasa. | PEMAKANAN | Kaedah |
| DIET IBU HAMIL | Diet ibu hamil ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan bagi golongan wanita yang mengandung. | PEMAKANAN | Kaedah |