Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.nan] | ڤڠانن

Definisi : berbagai-bagai jenis kuih; ~ juadah sl beraneka jenis kuih dan makanan; ~ talam sj kuih dibuat drpd tepung beras (gula, santan, dll) yg dikukus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.nan] | ڤڠانن

Definisi : berbagai-bagai jenis kuih dan kudap-kudapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penganan


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
penganan cencen[p«.NA.nAn tSen.tSen] sejenis kuih daripada campuran tepung beras dan gula melaka yang digoreng.   
penganan luwe[p«.NA.nAn lu.w«] penganan daripada campuran tepung beras goreng, santan, telur dan dimasak menggunakan acuan.   
penganan cincen[p«.NA.nAn tSin.tSen] penganan daripada campuran tepung beras, gula, santan, seterusnya diuli dan dicelup dengan telur dan digoreng.   
lempap pisang[l«m.pAp pi.sAN] penganan seperti pengat pisang tetapi berkuah sedikit. Pisang dibelah dua tetapi tidak putus kemudian disapu dengan sedikit garam dan dimasak bersama gula dan pati santan.   
kue telipok[ku.we t«.li.po/] penganan berbentuk bintang dibuat daripada tepung pulut yang dicampur dengan santan, gula dan air daun pandan, dimasak dengan cara di alas dengan daun pisang yang dibentuk bulat dan dikukus.   
buoh sepang[bu.wh s«.pAN] penganan yang dibuat daripada tepung pulut yang dicampurkan dengan santan dan berintikan kelapa, ia dimasak dengan cara mengaturnya di atas daun pisang dan dikukus.   

Kembali ke atas