Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.nan] | ڤڠانن

Definisi : berbagai-bagai jenis kuih; ~ juadah sl beraneka jenis kuih dan makanan; ~ talam sj kuih dibuat drpd tepung beras (gula, santan, dll) yg dikukus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.nan] | ڤڠانن

Definisi : berbagai-bagai jenis kuih dan kudap-kudapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penganan


Pantun

PantunSumberTema
Cik Siti buat penganan, Penganan dibuat untuk kenduri; Bilalah hati sudah berkenan, Orang lain tak usah peduli.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Wajik bertakik penganan lama, Sejak dahulu sudah terbilang; Wajahmu molek bagaikan purnama, Membuat diriku mabuk kepayang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang berlari membawa mangkuk, Berisi penganan serta juadah; Abang seperti buah yang busuk, Manakan ada orang menjamah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kacang hijau di dalam talam, Dibuat penganan lazat sekali; Abang mengigau siang dan malam, Mengingat tuan tambatan hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cepat-cepat membuat roti, Ada ubi buat penganan; Dapat biasiswa masuk universiti, Jati diri dilupa jangan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kalau helat hendak ramai, Banyakkan lauk serta penganan; Kalau adat hendak dipakai, Tegak budak memelihara beriman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Rosak lepat terbuang tengguli, Terbuang tengguli busuk penganan; Rosak adat terbuanglah budi, Terbuang budi teruklah iman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kacang hijau diberi gula, Sudah masak jadi penganan; Abang risau hati menggila, Kekasih lesap dibawa orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kacang hijau diberi gula, Sudah masak jadi penganan; Abang risau hati menggila, Dah lama tegak menanti tuan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jika tak mahu memakan nasi, Cubalah cari kuih penganan; Jika tak mahu tuan menanti, Hingga di sini putus hubungan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas