Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengesetan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Bolehkah istilah "Look & feel settings" (konteks IT) diterjemahkan sebagai "Pengesetan rupa & nuansa" atau "Tetapan rupa & nuansa". Adakah terdapat istilah lain yang boleh digunakan untuk istilah bahasa Inggeris tersebut?Cadangan lain ialah "Tetapan Rupa dan Rasa".Penyemakan dan penterjemahan18.05.2014
Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. Istilah "default setting" merujuk kepada kawalan perkakasan atau perisian komputer (atau peranti, kelengkapan atau mesin) seperti yang dipraset oleh pengilangnya. Apakah terjemahan "default setting" yang paling sesuai - "seting lalai", "pengesetan lalai", "tetapan lalai" atau apa-apa terjemahan lain?Cadangan kami ialah Tetapan Lalai.Penyemakan dan penterjemahan19.08.2019
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "setting" / "settings"? Adakah "tetapan" atau "penetapan" yang lebih sesuai digunakan? Contoh ayat: Profile Settings Mohon jawapan dari pihak DBP. Terima kasih.Salam, untuk makluman tuan padanan istilah bahasa Melayu untuk setting dalam bidang teknologi maklumat ialah pengesetan.Istilah20.08.2014
Salam, Topik: Terjemahan Bidang: Teknologi Maklumat Pohon pandangan DBP perihal istilah "setting" spt computer setting, module setting dan seumpamanya. Saya berpendapat "tetapan" bertepatan walaupun penulisan kini mengguna terjemahan yg bermacam-macam. TKUntuk makluman padanan istilah bahasa Melayu untuk setting dalam bidang teknologi maklumat ialah pengesetan.Istilah27.12.2011
Apakah maksud berikut: "Set and choose suitable network from the WiFi and network settings"? (konteks komputer/IT) Bolehkah jika ia diterjemahkan sebagai "Tetapkan dan pilih rangkaian/jaringan bersesuaian daripada tetapan WiFi dan rangkaian/jaringan"? Terima kasih.

Set dan pilih rangkaian yang bersesuaian daripada wi-fi dan pengesetan rangkaian.

Penyemakan dan penterjemahan21.05.2014
Apakah terjemahan perkataan-perkataan di bawah dalam bahasa melayu untuk istilah teknologi? 1) Zoom in 2) Zoom out 3) setting - tetapan? 4) background selection 5) open - buka 6) hide - sembunyi? 7) help - tolong @ bantuan? 8) shortcut terima kasihPadanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut: 
1. zoom in - zum dekat
2. zoom out - zum jauh
3. setting - pengesetan 
4. background selection - pilihan latar belakang
5. open - buka
6. hide - sorok/sembunyi
7. help - bantuan
8. shortcut - pintas
Istilah14.03.2013
TERJEMAHAN Terdapat beberapa laman web yang menterjemahkan 'setting' kepada 'seting' sbg contoh: http://www.microsoft.com/windowsphone/ms-my/howto/wp7/start/recommended-settings-in-phone-setup.aspx Pandangan DBP dialukan.Dalam daftar istilah DBP bidang Kesusasteraan dan Komunikasi Massa yang menerima pakai seting sebagai padanan daripada setting, manakala  bidang-bidang lain menerima pelbagai istilah yang sesuai mengikut konteks dan penggunaan seperti pengesetan, latar dan persekitran. Untuk mendapatkan maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=setting.Istilah08.03.2012

Kembali ke atas