Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hi.na.an] | ڤڠهيناءن

Definisi : perihal menghina(kan): per­buat­an itu dianggapnya sebagai satu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hi.na.an] | ڤڠهيناءن

Definisi : perbuatan atau hal menghina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hina (adjektif)
Bersinonim dengan keji, tercela, tercemar, terkutuk, lata, buruk, kotor;,
Kata Terbitan : menghina, terhina, kehinaan, penghinaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah aib dan malu suatu perkara yang sama?
Aib bermaksud rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dan sebagainya oleh seseorang anggota keluarga dan sebagainya, cela, nama buruk, penghinaan

Malu pula bermaksud berasa hina atau berasa aib kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau kerana kekurangan sesuatu.

Berdasarkan maksud tersebut, aib dan malu mempunyai makna yang hampir sama. 
Makna07.05.2021
Saya nak minta pihak DBP untuk mainkan peranan sebaik mungkin, memandangkan saya melihat sebuah iklan yang dibuat oleh ''Malaysia Airport'', iklan tersebut menyediakan serikata bahasa melayu dan bahasa mandarin. Isu berbangkit adalah kerana kedudukan bahasa kebangsaan adalah dibawah bahasa mandarin (sila rujuk lampiran), pada pandangan peribadi saya ia sesuatu penghinaan kepada bahasa kebangsaan yang merupakan bahasa rasmi negara Malaysia dan paling mengecewakan adalah syarikat dibawah kelolaan kerajaan sendiri tidak ambil berat dan memartabatkan bahasa. Saya berharap pihak DBP dapat menjalankan tugas sebaik mungkin dengan mengambil tindakan untuk memperbetulkan iklan tersebut. Walaupun ia nampak hal yang kecil atau remeh, ia amat berbahaya demi masa depan dan kedudukan bahasa kebangsaan.Kami mengambil maklum akan aduan ini, tindakan susulan akan diambil kepada pihak yang berkenaan. Untuk makluman saudara juga, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan melalui domain "Pantau Tegur Bahasa". 

Lain-lain28.10.2021
Salam, 1. Adakah penggunaan 'si" di dalam ayat dibolehkan? Misalnya: terdapat dua orang raja. Mereka ialah adik-beradik. Si abang merupakan raja yang memerintah negeri Pinang. Manakala si adik pula memerintah negeri bayu.Si ialah kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melakukan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ penjual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. Harap maklum. Tatabahasa28.07.2008
Saya kecewa dengan pemimpin-pemimpin Melayu semasa mereka berucap atau mengadakan sidang akhbar sama ada di TV 1, TV 2, atau TV 3. Mereka mengatakan bahasa melayu abahsa rasmi. bahasa Melayu bahasa Perpaduan tetapi semua itu hanya manis di mulut sahaja. Cakap dan tak serupa bikin. Dalam majlis yang dihadiri oleh khalayak masyarakat India atau Cina, pemimpin-pemimpin kita begitu tunjuk lagak seolah-olah merekalah yang pandai berbahasa Inggeris. Kononnya, berucap dengan bahasa Inggeris lebih difahami oleh khalayak. TAPI sebenarnya, suatu penghinaan kepada kaum India dan Cina yang telah menetap di negara ini selama lebih 50 tahun. Seolah-olah pemimpin-pemimpin kita beranggapan bahawa masyarakat India dan Cina tidak mahir berbahasa melayu. Seolah-olah mereka tidak faham apabila pemimpin berucap dalam bahasa Melayu. Saya cukup sedih dengan pemimpin kita yang berpura-pura ingin memperkasa bahasa Melayu tetapi semuanya hanya mainan bibir sahaja.

Encik Mahayuddin,

Pandangan yang tuan berikan itu memang tepat sekali. Sepatutnya para pemimpin menjadi contoh dan teladan yang baik, bukannya merendahkan martabat bahasa Melayu. Marilah kita berpegang teguh kepada Perlembagaan negara kita.

Lain-lain05.10.2010
Adakah DBP kini ambil sikap lepas tangan dgn penggunaan BM yg 'entah apa2'? Sakit betul telinga bila radio dan TV gunakan perkataan 'diorang' dan 'kitaorang' secara berleluasa. Bayangkan penggunaan dialog 'kitaorang dgn diorang best giler'. Dulu dituturkan dlm program2 drama saja (anehnya drama dari syarikat penerbitan bukan Melayu dgn pelakun2 utama bukan Melayu seringkali lebih prihatin untuk gunakan perkataan 'mereka' dan 'kami'). Tapi kini program bual-bicara yg sepatutnya lebih bersifat akademik juga gunakan istilah itu. Apalagi program bersifat santai spt 'mad market' dan 'supper' di TV9. Rasanya TV9 memang jaguh dgn penggunaan BM semberono. Saya ingin cadangkan supaya DBP adakan anugerah tahunan bagi penggunaan BM terbaik utk stesen TV dan radio. Sebagai permulaan mungkin dalam dua kategori iaitu drama dan bual-bicara. Selain itu boleh juga umumkan stesen yg 'paling menghina BM'. TOLONG......TOLONG DBP. HENTIKAN PROGRAM BULAN BAHASA KEBANGSAAN NI. KEMPEN NI CUMA LAYAK MASA AWAL2 MERDEKA DULU. TAPI SELEPAS LEBIH LIMA DEKAD MERDEKA, KEMPEN INI BAGAI SATU PENGHINAAN PADA BAHASA UTAMA (kononnya) NEGARA INI APALAGI MENTERI2 PUN NAMPAK LEBIH SERONOK BERBAHASA PENJAJAH....Terima kasih atas makluman dan komitmen tuan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kami juga mengambil maklum cadangan tuan mewujudkan semula pengiktirafan kepada pihak media yang sama-sama berusaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Untuk makluman tuan juga, Bulan Bahasa Kebangsaan akan terus dilaksanakan kerana peri pentingnya mempersegar semangat kecintaan masyarakat terhadap bahasa kebangsaan dan memperkukuh keyakinan terhadap keupayaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan wahana perpaduan.Lain-lain29.10.2014

Kembali ke atas