Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ning.ka.tan] | ڤنيڠکتن

Definisi : perbuatan (usaha dsb) mening­katkan atau mempertingkatkan: ~ daya pengeluaran; ~ hasil jualan; ~ mutu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ning.ka.tan] | ڤنيڠکتن

Definisi : per­buatan, hal dsb meningkat atau me­ningkatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkat (kata nama)
Bersinonim dengan paras, lantai;,
Kata Terbitan : tingkat-tingkat, bertingkat-tingkat, meningkat, meningkatkan, tingkatan, peningkatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mana yang betul? 'Peningkatan gred dari DM45 ke DM51' atau 'Peningkatan gred daripada DM45 kepada DM51'Penggunaan yang betul: 'Peningkatan gred daripada DM45 kepada DM51'Tatabahasa05.05.2011
1. Adakah terdapat peningkatan pada harga bahan binaan bagi pembinaan rumah kediaman setiap tahun? Berapa peratuskah purata peningkatan harga bahan binaan tersebut jika ada? minta disemak tatabahasa soalan diatas samada susunatur ayat betul/tidakAyat yang gramatis ialah Adakah terdapat peningkatan pada harga bahan binaan bagi pembinaan rumah kediaman pada setiap tahun? Berapakah peratus purata peningkatan harga bahan binaan tersebut jika ada?Tatabahasa09.01.2013
Mengapakah 'peningkatan harga' tidak boleh diubah menjadi 'meningkatkan harga' apabila menjadi kata kerja?Meningkatkan harga ialah bentuk kata kerja dan penggunaannya hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya.Tatabahasa05.03.2015
1) PINDAAN TEMPAT : BENGKEL PENINGKATAN SISTEM ICT atau PERUBAHAN TEMPAT : BENGKEL PENINGKATAN SISTEM ICT 2) UNDANGAN KE MESYUARAT J/K PEMANDU ICT atau JEMPUTAN KE MESYUARAT J/K PEMANDU ICT yang mana satu betul?Salam sejahtera, 

Semua frasa betul dan boleh digunakan.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa17.05.2019
1.Mengapakah kata 'Peningkatan harga' boleh digunakan, tetapi kata 'meningkatkan harga' tidak boleh digunakan dalam pembinaan ayat?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "meningkatkan" bermaksud
meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat (daya usaha).Manakala "peningkatan" bermaksud 'perbuatan meningkatkan". Oleh itu, ayat yang sesuai ialah "peningkatan harga", bukan "meningkatkan harga" (boleh diganti dengan "menaikkan harga").
Tatabahasa28.02.2015
Contoh ayat: Etnik India mencatatkan peningkatan paling besar bagi kedua-dua jantina iaitu sebanyak 2.3 tahun. Manakala etnik Bumiputera mencatatkan peningkatan yang paling kecil iaitu 1.3 tahun (lelaki) dan 1.6 tahun (perempuan) Soalan: Adakah penggunaan 'manakala' sesuai digunakan di permulaan ayat di atas.Contoh penggunaan kata 'manakala' yang betul ialah 'Dia tersenyum manakala melihat adiknya sudah terlena' Di sini jelas menunjukkan bahawa kata tersebut tidak digunakan pada permulaan ayat tetapi digunakan sebagai penanda wacana untuk menyambung keterangan dalam ayat yang sama.Tatabahasa16.12.2010
Betul tak tajuk berikut? Pelaksanaan komuniti pembelajaran professional (kpp) terhadap peningkatan kemahiran guru mengajar penulisan karangan bahasa Melayu.Cadangan tajuk yang betul ialah - Pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) untuk Peningkatan Kemahiran Guru dalam Pengajaran Penulisan Karangan Bahasa Melayu.Tatabahasa02.11.2015
Tuan, frasa di bawah yang manakah adalah betul mengikut susunan ayat hukum dan peraturan Tatabahasa? 1. (a) merujuk buku (b) merujuk kepada buku 2. (a) membawa peningkatan ekonomi (b) membawa kepada peningkatan ekonomi Di samping itu, perkataan "tatabahasa" perlu ditulis dalam huruf besar seperti begini: Tatabahasa, atau perlu ditulis dalam huruf kecil seperti begini: tatabahasa? Terima kasih atas bantuan tuan!Frasa/ejaan yang betul ialah:
1. ...merujuk buku...
2. membawa kepada peningkatan ekonomi... atau dalam bahasa yang lebih mudah ialah ...meningkatkan ekonomi... 
3. Perkataan tatabahasa dieja dengan huruf kecil kecuali sebagai tajuk atau judul buku.
Tatabahasa29.04.2014
Adakah semua ayat dalam perenggan di bawah gramatis? Dalam menongkah arus globalisasi yang penuh dengan pancaroba dan kompetitif, negara kita masih berdepan dengan masalah peningkatan kes demam denggi. Masalah yang semakin membimbangkan ini telah menjadi topik yang hangat dibicarakan dalam media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa peningkatan kes demam denggi mendatangkan pelbagai implikasi negatif kepada semua pihak. Demam denggi bukan sahaja telah meningkatkan perbelanjaan kerajaan malahan kadar kematian yang berpunca daripada wabak penyakit ini juga semakin bertambah. Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan tanpa sebarang penyelesaian yang efektif maka sudah pastinya negara kita akan menghadapi pelbagai musibah yang sekali gus akan menjejaskan kesejahteraan negara yang dikecapi selama ini. Oleh hal yang demikian, masalah ini tidak boleh dipandang enteng. Sebenarnya, terdapat banyak punca berlakunya demam denggi dan cara-cara mengatasinya.Kami mencadangkan penambabaikan dalam teks yang berkenaan seperti yang berikut - Dalam menongkah arus globalisasi yang penuh pancaroba dan persaingan, negara kita masih berdepan dengan masalah peningkatan kes demam denggi. Masalah yang semakin membimbangkan ini telah menjadi topik yang hangat dibicarakan dalam media massa, sama ada media elektronik mahupun media cetak. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa peningkatan kes demam denggi mendatangkan pelbagai implikasi negatif kepada semua pihak. Demam denggi bukan sahaja telah meningkatkan perbelanjaan kerajaan malahan kadar kematian yang berpunca daripada wabak penyakit ini juga semakin bertambah. Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan tanpa penyelesaian tuntas, maka sudah pasti negara kita akan menghadapi pelbagai musibah yang sekali gus akan menjejaskan kesejahteraan negara. Oleh hal yang demikian, masalah ini tidak boleh dipandang enteng. Sebenarnya, terdapat banyak punca berlakunya demam denggi dan cara-cara untuk mengatasinya.Penyemakan dan penterjemahan08.04.2015
KAIZEN(RAHSIA PEMBANGUNAN JEPUN) PENINGKATAN YANG BERTERUSANIstilah29.10.2010
12345

Kembali ke atas