Assalamualaikum. Antara ayat berikut yang manakah lebih tepat? i) Bermula daripada tarikh itu atau bermula dari tarikh itu. ii) Dikuis daripada penjuru padang/ dikuis dari penjuru padang. Saya juga berasa keliru dengan contoh ayat yang diberikan dalam buku Tatabahasa Dewan hlm 191. Contoh ayat yang diberi ialah daun-daun kering berguguran. Bukankah kata berguguran itu sudah membawa maksud jamak. kenapa mesti digunakan pula kata daun-daun. Bukankah ayat yang lebih tepat ialah daun kering berguguran. Saya juga mohon maaf kerana tidak menyedari soalan saya tentang perbezaan kata baru dan baharu telah dijawab oleh pihak DBP pada 3/12/2008. Oleh yang demikian saya telah mengirim soalan yang sama pada 17/12/2008. Saya mohon maaf. Terima kasih. | Yang betul ialah - bermula dari tarikh itu. dikuis dari penjuru padang. Saya bersetuju dengan kenyataan saudara, ayat daun kering berguguran telah memadai kerana berguguran (kamus Dewan: bermaksud gugur dengan banyaknya), cuma ayat daun-daun kering berguguran banyak dijumpai dalam bentuk kreatif. | Tatabahasa | 18.12.2008 |
di penjuru kanan surat/di sudut kanan surat | di penjuru | Tatabahasa | 25.10.2011 |
Apakah perbezaan sudut dan penjuru ?Terima kasih. | Tidak ada perbezaan antara sudut dan penjuru, kedua-duanya membawa maksud yang sama. | Tatabahasa | 21.04.2012 |
Sesudah bersalam-salaman, Azman melayangkan matanya ke setiap penjuru bilik. soalan saya ialah apakah perkataan yang paling sesuai menggantikan perkataan melayangkan kerana saya berpendapat melayangkan tidak sesuai digunakan? | Cadangan kami ialah 'Azman melihat ke setiap penjuru bili'. Terima kasih. | Tatabahasa | 07.06.2008 |
apakah perbezaan antara hujung dan penjuru | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, Hujung ialah 1. bahagian yg terakhir dr sesuatu yg panjang (spt jalan, tali, dll), punca, lwn pangkal: rumahnya terletak nun di ~ jalan; ~ galah; 2. akhir (bulan, minggu, tahun, dll): saya akan bercuti panjang pd ~ tahun ini; ia pulang ke kampung tiap-tiap ~ minggu; yg paling ~ yg kemudian (penghabisan dll) sekali; 3. kesudahan (percakapan, mesyuarat, dll): kedua-dua pihak telah mengeluarkan suatu kenyataan bersama di ~ pertemuan; 4. tempat yg terjauh dr orang yg bercakap, tempat yg terjauh dr pusat, yg dekat dgn tepi (bandar, kampung, dll): saya tinggal di ~ bandar Kuala Lumpur; suara azan dr langgar di ~ kampung sudah hilang; 5. bahagian yg tajam (lancip): ~ hidung (kepala, lembing, panah, pensel, pokok, tanduk, dll); 6. bahagian tanah (daratan) yg menganjur ke laut dll; ~ tanah bahagian selatan sekali dr Semenanjung Malaysia; 7. tujuan (maksud) perkataan dll: barangkali tuan-tuan dapat menangkap ~ percakapan saya itu; ~ lidah a) bahagian lidah yg di hadapan sekali; b) = sambungan ~ Mn orang yg menyampaikan ucapan (pesanan dll) orang lain pd sesuatu majlis dll; ~ mata a) penjuru mata yg di sebelah luar, ekor mata; b) bahagian yg tajam pd alat pemotong (kikir, pisau, dll); ~ Subhanallah bp di hujung yg jauh (tidak tahu hujungnya); ~ sut hujung sekali; mengadu ~ lidah berbahas (bertengkar dll); mengadu ~ penjahit (dgn) a) bertemu muka atau mulai berkenalan (dgn); b) saling menunjukkan keahliannya, kepintarannya, kepandaiannya, dll); c) berusaha mendapatkan nafkah dgn susah payah; nyawa tinggal di ~ rambut hampir-hampir mati, tidak ada harapan lagi (sakratulmaut); se~ rambut = (sampai ke) ~ rambut (sampai kpd yg) sekecil-kecilnya (sangat berkira); tidak tentu (ada, tahu) ~ pangkal tidak tentu hala tujuannya (hubung an satu sama lain); jadi ~ (penghujung) lidah prb jadi jurubicara dlm sesuatu perundingan dll; Pejuru pula ialah pojok, sudut; ~ sudut tepat (Mat) penjuru yg luasnya 90º. Penggunaannya bergantung kepada konteks ayat. | Lain-lain | 11.10.2010 |
Ayat yang berikut manakah betul?1.Pengawas itu menaikkan bendera hingga penjuru tiang. 2.Pengawas itu menaikkan bendera hingga puncak tiang. 3.Pengawas itu menaikkan bendera hingga hulu tiang. 4.Pengawas itu menaikkan bendera hingga atas tiang . Terima kasih. | Ayat yang betul ialah 2.Pengawas itu menaikkan bendera hingga puncak tiang. | Tatabahasa | 08.06.2014 |
soalan 1)apakah beza merincih ,mericih dan meraut 2)Apakah beza tepi dengan celah 3)Apakah beza penjuru dengan sudut | Perbezaan kata kerja tersebut boleh dilihat daripada makna yang berikut. Merincih bermaksud menghiris (memotong, mengerat, dan sebagainya) kecil-kecil, atau disebut juga menyayat, atau meracik. Dan ricih sama makna dengan rincih. Meraut bermaksud meratakan (menghaluskan, melicinkan, meruncingkan, dan sebagainya) dengan pisau. | Makna | 03.07.2012 |
Permohonan pengesahan visual papan iklan oleh pihak DBP | Sekiranya papan iklan ini ialah papan tanda premis, sila letakkan teks PEJABAT URUSAN di bahagian penjuru atas sebelah kiri papan iklan. Mohon besarkan saiz teks tersebut dan pastikan warnanya jelas dan terang. Sila betulkan ejaan TEL.: dan FAKS: serta letakkan tanda titik bagi perkataan SDN. BHD. Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran). Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan. Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat. Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak | Lain-lain | 15.12.2021 |
Assalamualaikum, saya ingin mendapatkan kelulusan untuk papan tanda iklan bagi permohosan lesen permit perniagaan. | Sekiranya papan iklan ini ialah papan tanda premis, sila letakkan teks PEJABAT URUSAN di bahagian penjuru atas sebelah kiri papan iklan. Mohon besarkan saiz teks tersebut dan pastikan warnanya jelas dan terang. Sila terjemahkan slogan atau buat dalam dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris). Mohon letakkan tanda titik bagi perkataan Sdn. Bhd. Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran). Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan. Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat. Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak | Lain-lain | 26.01.2022 |
Salam Tuan; Mohon semakan tabahasa untuk keperluan permohonan lesen papan tanda Majlis Bandaraya Subang Jaya. Sekian. Terima Kasih. Wassalam. Fadhlan 0162572869 | Sekiranya papan iklan ini ialah papan tanda premis, sila letakkan teks PEJABAT URUSAN di bahagian penjuru atas sebelah kiri papan iklan. Mohon besarkan saiz teks tersebut dan pastikan warnanya jelas dan terang. Sila betulkan ejaan BANDAR RAYA. Italikkan MBSJ Smart Vibrant atau buat dalam dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris). Mohon letakkan tanda titik bagi perkataan NO. Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran). Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan. Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat. Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak | Lain-lain | 13.12.2021 |