Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.sam.pe.lan] | ڤنسامڤلن

Definisi : proses memilih sampel secara rawak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pensampelan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum wbt Tn. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan dengan perkara berikut: Adakah istilah PERsampelan atau PENsampelan yang perlu digunakan dalam penulisan tesis pada bahagian metodologi kajian. Terima kasih.Penggunaan "pensampelan" dan "persampelan" bergantung pada maksud dan konteks penggunaan. Pensampelan bermaksud proses, kaedah atau tatacara memilih sampel secara rawak. Persampelan bermaksud benda atau perkara yang dijadikan sampel atau penerangan mengenai sampel yang diambil secara rawak. Contohnya:

item sampling - pensampelan butiran (bidang Pendidikan)

Proses menguji kesahihan soalan peperiksaan dengan cara mencubanya terlebih dahulu pada sampel kumpulan sasar.

sampling site - tapak persampelan (bidang Pertanian)

Kawasan kecil yang digunakan sebagai sampel bagi kawasan yang lebih luas. Contohnya, bagi ladang seluas seribu hektar, beberapa tapak persampelan diambil daripada kawasan yang kecil untuk mewakili keseluruhan lading.
Istilah15.08.2016
Apakah perbezaan di antara istilah persampelan dan pensampelan dan istilah mana yang lebih tepat untuk digunakan.Kata terbitan yang betul ialah pensampelan yang bermaksud proses memilih sampel secara rawak.Tatabahasa19.08.2011
Salam, Saya ingin bertanya... "pensampelan" atau "penyampelan" yang mana satu penggunaan yang betul. Terima kasih.Jika yang tuan maksudkan perkataan sampling, padanannya dalam bahasa Melayu ialah pensampelan.Istilah19.04.2014
Salam Tuan, Saya sukar untuk membezakan antara "persampelan" dan "pensampelan". Mohon tuan beri sedikit penjelasan tentang penggunaan kedua-dua perkataan tersebut.Kata terbitan yang betul ialah pensampelan yang bermaksud proses memilih sampel secara rawak.Ejaan03.04.2013
Untuk Sampling (English) adakah terjemahannya ke Bahasa Malaysia menjadi Pensampelan? Atau Pesampelan? Yang mana satu yang betul?

Puan Suraya,

Ejaan yang betul ialah Pensampalan.

Ejaan02.07.2010
Assalamualaikum, Saya nak tanya tentang ejaan. Yang manakah betul: Amniosintesis @ Amniosentesis?Istilah sasar bagi amniocentesis ialah amniosentesis dalam bidang perubatan atau biologi yang bermaksud Kaedah penebukan kantung amnion untuk mendapatkan sampel cecair amnion atau pensampelan bendalir amnion untuk diagnosis antenatal bagi mengesan kerosakan kromosom pada fetus.Ejaan23.07.2019

Kembali ke atas