45

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nuh] | ڤنوه

Definisi : 1. seluruhnya berisi, tidak sedikit pun kosong (terluang), pepak: tong itu ~ lagi berisi minyak; bas itu sudah ~; ~ sesak (padat, pepak, ruah, tumpat) sangat penuh; 2. banyak berisi (sesuatu), banyak mengandungi (sesuatu): kedai itu ~ dgn kain; 3. ki tidak kurang, cukup: kalau dia sudah sembuh, dia akan mendapat gaji ~; markah ~; sijil ~; 4. banyak (ramai) sekali: ~lah pasar itu dgn perempuan; ~ harapan dgn berharap sangat; ~ kesedaran dgn cukup sedar; ~ perasaan dgn seluruh perasaan (hati); ~ sarat penuh sekali; ~ semangat dgn bersemangat sekali; sepenuh secukup(nya), segenap, selengkap, seluruh, semua(nya): diberi keterangan ~nya; ~ perhatian dgn seluruh perhatian; memenuhi 1. mengisi (memuatkan) penuh­-penuh: air paip itu dibiarkan ~ baldi itu; 2. memadai, memuaskan, mencukupi: mengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; pemohon-pemohon dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; 3. memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll, mengabulkan: sekadar ~ permintaan yg berulang-ulang diucapkan itu; 4. menjalan­kan (kewajiban dll), menepati (janji dll), me­nunaikan, menyempurnakan: kita yakin tuntutan-tuntutan yg dua lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya; memenuhkan menyebabkan sesuatu men­jadi penuh, menjadikan penuh: dia sedang ~ baldi itu dgn air; terpenuhi sudah dipenuhi, dapat dilaksanakan (diluluskan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,

Puisi
 

Hujan lebat perigi penuh,
     Kapal besar dari muara;
Kalau tak dapat si buntar penuh,
     Biar kumati berbuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Moncong penuh oleh air,
     perut berisi batu.

Bermaksud :

Tidak dapat mengatakan sesuatu yang terasa dalam hati, kerana telah berhutang budi dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(20)

368

Many a mickle makes a muckle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Buku tebu dibelah-belah Air ditadah penuh-penuh; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu kasta penceroboh?Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Penuh sebakul atap rumbia, Gugur jatuh bertindih-tindih; Sudah jadi resam dunia, Perangai insan suka memilih.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Lengkuas penuh dengan serat, Dibuang kulit diambil pati; Puas kujelajahi laut dan darat, Baru kutemui pencarian sejati.Pantun Melayu SarawakPerantau
Sudah penuh muatan kandang, Induk ayam banyak menetas; Sudah berpuluh surat melayang, Sepucuk haram tidak berbalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bakul penuh berisi limau, Sangat berat tak boleh dijinjing; Biar mati ditangkap harimau, Jangan mati digigit anjing.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Buah belolok penuh duri, Jatuh terletak di kolam Cina; Habis elok lagi bestari, Bukanlah layak orang yang hina.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Hujan lebat perigi penuh, Kapal besar dari muara; Kalau tak dapat si buntar penuh, Biar kumati berbuang nyawa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Tumbuh rumput lalang, Penuh dengan cendawan; Ada warga cemerlang, Ada warga bangsawan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Apabila bekal tidak penuh, Berjalan jauh tentulah susah; Apabila akal tidak senonoh, Kawan menjauh seteru bertambah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12345

Kembali ke atas