Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.num.pang] | ڤنومڤڠ

Definisi : 1. orang yg menaiki kereta dll (utk berpergian): setelah kereta api berhenti, berebut pula ~ hendak turun; 2. orang yg tinggal (menginap, singgah, dll) di tempat orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.num.pang] | ڤنومڤڠ

Definisi : orang yg menumpang (di rumah tumpangan, kenderaan dll): Para ~ penuh sesak dlm bas itu. kapal ~ kapal yg membawa orang saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpang
Kata Terbitan : menumpang, menumpangkan, penumpang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sarat penumpang atau sarat dengan penumpang, kaya warisan atau kata dengan warisan? Mohon penjelasan.Jawapan yang betul ialah sarat dengan penumpang dan kaya dengan warisan. Kedua-dua ungkapan ini lebih gramatis kerana ungkapan sarat penumpang dan kaya warisan tidak membawa apa-apa makna.Tatabahasa26.05.2007
penumpang yang tidak dipilih disebabkan tidak dapat mendaftar... tidak dapat mendaftarTatabahasa16.09.2008
Salam 1Malaysia. 1. Apakah perbezaan antara penunggang dan pembonceng motosaikal. 2. Bolehkah penumpang motosaikal dipanggil pembonceng.1. Penunggang ialah orang yg menunggang atau menunggangi sesuatu: askar ~ gajah. Manakala pembonceng ialah orang yg membonceng. 2. Penumpang motosaikal boleh dipanggil pembonceng.Lain-lain09.08.2010
saya ingin bertanya mengenai sardine atau ikan sardin apa perbezaan sardin dan sardine , betul kah ayat yang diguna : sardin keli...

Sardin - bahasa Melayu : 1. Sejenis ikan laut (biasanya ditinkan), a) Harengula fimbriata; b) Harengula melanura; c) Amblygaster sirm, dll; 2. bp penuh sesak (orang dlm kereta dll), penuh sekali, tumpat: orang dlm bas itu penuh sesak macam ~.

Sardine - bahasa Inggeris : sardin; be packed like ~s, macam sardin: commuters, at peak hours, are packed like ~s in the carriages, pd waktu-waktu yg paling sibuk, penumpang-penumpang macam sardin dlm kereta api.

Jika mengikut takrif di atas, frasa tersebut menjadi salah. 

Makna09.04.2009
Salam... adakah teks ini betul...ini adalah pengumuman di stesen keretapi " Panggilan untuk atau kepada?? Penumpang tren no# bla3.... dipersilakan ke platform # gate # untuk perlepasan. Tren akan berlepas atau membuat perjalanan??? Pada jam bla3... Terima kasih atas bantuan.1. Panggilan kepada... 
2. Penumpang tren nombor....dipersilakan ke platform...pintu...untuk pelepasan.
3. Tren akan berlepas pada pukul...
Tatabahasa22.12.2015
"Saya bukan membawa dadah tetapi susu tepung" kata penumpang itu sewaktu ditahan polis. betul tak ayat ini???"Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. "Saya bukan membawa dadah, tetapi susu tepung," kata penumpang itu sewaktu ditahan polis.Tatabahasa03.06.2013
Tuan Adakah perkataan Udara Diraja Malaysia diambil kira sbg kata nama khas tak hidup berdasarkan ayat di bawah? Ayat: Sebuah kapal terbang penumpang Udara Diraja Malaysia telah mendarat di lapangan terbang KLIA.Ayat yang gramatis ialah Sebuah kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia telah mendarat di lapangan terbang KLIA. Kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia bukan kapal terbang penumpang.Tatabahasa03.05.2017
1. Gambar menunjukkan sesorang tukang beca yang membawa penumpang dengan menunggang beca . A) Pak Ali seorang penunggang beca. B) Pak Ali seorang penarik beca. yang mana betul ? 2. Adakah terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut ? i) Bunga mawar itu berbau sungguh harum. ii) Hujan agak lebat pagi tadi.

Yang betul ialah Pak Ali ialah penarik beca. 2. Bunga mawar itu sungguh harum. 3. Ayat tersebut betul.

Tatabahasa23.07.2010
Keadaan ditempat kemalangan itu bas itu menjadi ____ dengan suara penumpang menjerit meminta tolong. a) huru-hara b)kelam-kabutJawapan yang tepat ialah hiruk-pikuk. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hiruk+pikuk untuk makna.Tatabahasa19.07.2013
salam sejehtera 1. Ada berapa banyak orang yang terselamat dalam kemalangan tersebut ? Adakah ayat tanya tersebut betul betul berdasarkan jawapan yang diberi seperti berikut; Sebanyak tiga puluh orang penumpang bas ekspres yang terselamat dalam kemalangan tersebut. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
Ada berapa ramai orang yang terselamat dalam kemalangan tersebut?

Jawapan yang betul ialah:
 Seramai 30 orang penumpang bas ekspres yang terselamat dalam kemalangan tersebut.
Tatabahasa21.08.2016
123

Kembali ke atas