Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penurun;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reducing sugargula penurunHerbaFitokimiaSebatian gula yang mempunyai kumpulan aldehid atau keton yang boleh berubah kepada aldehid. Kesemua monosakarida dan beberapa disakarida seperti laktosa dan maltosa merupakan gula penurun. Sebatian ini menurunkan Cu(II) kepada Cu(I) ataupun Ag(I) kepada Ag dan sebatian gula teroksida kepada terbitan asidnya. Penurunan ini boleh dikesan dengan melihat perubahan warna yang berlaku pada Cu(II) yang berwarna biru kepada Cu(I) yang berwarna perang, atau perubahan larutan tidak berwarna Ag(I) kepada mendakan cermin perak Ag. Kehadiran gula penurun dalam air kencing manusia boleh diuji dengan kaedah ini dan digunakan sebagai salah satu cara untuk mengesan penyakit kencing manis.
downcomer liquid sealkedap cecair penurunKejuruteraanKejuruteraan KimiaJarak di antara paras cecair pada dulang yang penuh cecair dengan bahagian bawah penurun apabila cecair tidak mengalir.
Fehling’s solutionlarutan FhelingKimiaTiadaBahan uji yang digunakan untuk mengesan kehadiran gula penurun. Larutan fehling mengandungi kuprum (II) sulfat, CuSO4, natrium kalium tertarat NaKC4H4O6.4H2O, dan natrium hidroksida, NaOH. Apabila gula penurun dipanaskan bersama dengan larutan fehling yang berwarna biru tua, mendakan kuprum (I) oksida, Cu2O, yang berwarna merah bata terbentuk.
weirempang limpahKejuruteraanKejuruteraan KimiaPeralatan berbentuk empat segi bujur dan berketinggian beberapa sentimeter yang dipasang secara melintang di antara hujung plat dan penurun. Alat ini bertindak sebagai empangan kecil yang menakung cecair pada permukaan plat sebelum melimpah ke dalam penurun. Takungan cecair ini bertujuan melambatkan pengaliran lintang cecair pada permukaan plat dan seterusnya memberikan masa yang lebih bagi penyentuhan antara fasa wap dan cecair.
downcomerpenurunKejuruteraanTiadaTetiub untuk mengalirkan cecair turun di dalam bejana.
downcomerpenurunKejuruteraanKejuruteraan KimiaPeralatan berbentuk silinder tegak separa yang dipasang bersudut tepat pada hujung setiap plat. Alat ini bertujuan menyediakan ruang pengaliran cecair untuk bergerak ke bawah menuju ke plat seterusnya.
downcomerpenurunKejuruteraanPetroleumPaip atau ruang terdapatnya aliran bendalir menghala ke bawah.
local reducerpenurun setempatKomunikasi MassaTiadaTiada
permanganate reducerpenurun permanganatKomunikasi MassaTiadaTiada
persulphate reducerpenurun persulfatKomunikasi MassaTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas