suction-throttling valve | injap pendikitan sedutan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Injap yang terletak di antara penyejat dengan salur masuk pemampat dalam sistem penyaman udara, yang mengawal suhu aliran udara daripada penyejat, untuk menghalang cairan membeku pada penyejat. |
expansion valve | injap pengembangan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Injap kawalan aliran yang terletak di antara pemeluwap dengan penyejat dalam sistem penyaman udara, yang mengawal jumlah bahan penyejuk yang disembur masuk ke dalam penyejat. |
thermostatic cycling switch | suis kitaran termostatik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Dalam sesetengah cekam kitaran yang dipasang dalam sistem penyaman udara, suis akan mematikan cekam pemampat jika suhu penyejat berada di bawah aras beku untuk mengelakkan terbentuknya air batu pada penyejat. |
evaporator | penyejat | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian dalam sistem pendingin udara, yang menyerap haba yang tidak diperlukan dalam ruang pemandu dan penumpang. |
refrigerant | bahan pendingin | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahan yang digunakan untuk memindahkan haba dari penyejat ke pemeluwap dalam sistem penyaman udara. |
suspension system | sistem ampaian | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem yang terdiri daripada pegas dan penyejat kejutan, yang menyokong bahagian atas roda dan gandar kenderaan untuk keselesaan pemanduan. |
evaporation | penyejatan | Herba | Pemiawaian | Proses memekatkan ekstrak cecair atau akueus tumbuhan herba dengan menggunakan alat penyejat. |
suction line | talian sedutan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tiub yang terdapat dalam sistem penyaman udara, yang menyambungkan alur keluar penyejat dengan alur masuk pemampat. Wap bahan pendingin bertekanan rendah mengalir melalui tiub tersebut. |
sight glass | kaca penglihatan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bukaan berkaca yang terdapat di bahagian atas penerima untuk memeriksa laluan bahan pendingin yang mengalir dari penerima ke penyejat. |
thermostatic expansion valve | injap pengembangan termostatik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Komponen yang terdapat dalam sistem penyaman udara yang mengawal secara termostatik kadar aliran bahan pendingin yang mengalir masuk ke dalam penyejat. |