Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.ngai] | ڤراڠاي

Definisi : 1. kelakuan, tingkah laku: dia tahu ~ isterinya; 2. tabiat, budi pekerti, watak: ~nya jahat; berperangai 1. mempunyai perangai, berke­lakuan: pekerja yg ~ baik; 2. berkelakuan tidak sepatutnya, bertingkah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.ngai] | ڤراڠاي

Definisi : 1 sikap atau kelakuan seseorang yg sudah sebati benar dgnnya; tabiat; watak: ~nya yg jahat itu tidak dpt diubah-ubah lagi. 2 tingkah laku yg dilakukan di hadapan orang; kelakuan. berperangai mempunyai perangai; berkelakuan: Janganlah ~ buruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perangai (kata nama)
Bersinonim dengan kelakuan, tingkah laku, perlakuan, perwatakan, resmi, pembawaan, fiil, canda, olah, tabiat, gaya, cara, sifat, telatah, gelagat, gerak-geri, tindak-tanduk, ambekan;,
Kata Terbitan : berperangai,

Puisi
 

Kalau kulurut padi di Daik,
     Pancang pulau jatuh terhempas;
Kalau kuturut perangai tak baik,
     Pasang tak penuh surut tak timpas.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Seberapa panjang sarung,
     begitulah panjang matanya.

Bermaksud :

Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang. sarung = sarung keris atau sarung pisau.

 

Lihat selanjutnya...(7)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(41)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
temperamentperangai;temperamenKesenianTiadaTemperamen: Sistem talaan untuk menyelaraskan jeda dalam skala kromatik.
temperamentperangaiPendidikanTiadaTiada
temperamentperangaiSosiologiTiadaTiada
temperamentperangaiPsikologiTiadaTiada
temperamentperangaiKesenianTiadaTiada
innate temperamentperangai sejadiSosiologiTiadaTiada
temperamental qualitykualiti perangaiPendidikanTiadaTiada
temperament testujian perangaiPendidikanTiadaTiada
temperamental qualitykualiti perangaiSosiologiTiadaTiada
will-and-temperament testujian kemahuan dan perangaiPendidikanTiadaTiada
12

Kembali ke atas