Kurik Kundi Merah Saga | Dayang mengurai semalam mandi, Tupai terjatuh tengah halaman; Perangai iblis jangan hampiri, Kerana iblis menggugur iman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau kulurut padi di Daik, Pancang pulau jatuh terhempas; Kalau kuturut perangai tak baik, Pasang tak penuh surut tak timpas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau duduk di atas kerusi, Sambil duduk berehat-rehat; Jangan dibawa perangai besi, Makin lama makin berkarat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Penuh sebakul atap rumbia, Gugur jatuh bertindih-tindih; Sudah jadi resam dunia, Perangai insan suka memilih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara di tebing sungai, Duduk menjerat ketam batu; Manis rupa elok perangai, Tolong pilih yang mana satu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna bunga raya, Kerana tidak berbau wangi; Apa guna rupa dan kaya, Kalau perangai tidak berbudi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah timun dimakan landak, Buah mempelam di muka pintu; Tengok senyum katakan hendak, Memang perangai sudah begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika tuan memanting gambus, Gambus dipanting si burung pingai; Bukan tuan memaksa bagus, Kami memaksa budi perangai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya dahulu duduk di Luku, Di kaki bukit keladi tumbang; Mana tempat abang nak malu, Rupa baik perangai kurang. |