Ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya? | Perangai yang sudah jadi tabiat sukar sekali mengubahnya. takuk = luka pada pohon, misalnya pada pohon kelapa tempat berpijak naik ke atas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seberapa panjang sarung, begitulah panjang matanya. | Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang. sarung = sarung keris atau sarung pisau. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga. | Perangai atau kelakuan baka tiada siapa yang dapat mengubahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Manis udang, maka ketam direbus tak merah? | Menipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa boleh buat, nasi sedap menjadi tawar. | Susah hati dapat mengubah perangai seseorang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak hilang cahaya manikam, oleh jatuh ke limbahan sekalipun. | Orang yang baik-baik itu biar miskin sekalipun, akan kelihatan juga perangai dan kelakuannya yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur. | Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |