46

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.sa.an] | ڤراساءن

Definisi : 1 hal berasa atau merasai sesuatu: ~ ingin menjadi sasterawan terkenal meluap-luap di dadanya. 2 rasa atau keadaan batin ketika menghadapi sesuatu: Hatinya selalu didatangi ~ takut. 3 kesanggupan utk berasa: Sindiran orang itu menyinggung ~ beberapa orang yg hadir. 4 pertimbangan hati ttg sesuatu; pendapat: Bagaimana ~ saudara ttg perkara ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ra.sa.an] | ڤراساءن

Definisi : 1. perihal merasa(i) dgn badan atau kulit dll, hasil atau perbuatan merasa dgn badan atau kulit dll: makanan yg lama tinggal dlm perut boleh menyebabkan sakit dan lain-lain ~ yg tidak menyenangkan; 2. perihal merasa(i) dlm hati atau batin, hasil atau perbuatan merasa dlm hati atau batin, sentimen: seorang gadis yg sangat halus ~nya; ~ kurang senang; tunjuk ~ perbuatan me-nyatakan bantahan beramai-ramai, demonstrasi; 3. kemampuan (kecekapan, kekuatan) utk merasa(i): seekor tikus me­nangkap mang­­sa­­nya dgn ~; tajamkanlah ~, pelihatan, dan fikiran tatkala menghadapi musuh; 4. fikiran, pendapat, pertimbangan: bagaimana ~ tuan berkenaan dgn masalah ini?; ~ perkauman sentimen yg berdasarkan kaum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,

Peribahasa

Kerana lotong terlalu makan,
     tupai dijulai timpa perasaan.

Bermaksud :

Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. lotong (lutung) = kera hitam.

 

Lihat selanjutnya...(17)

476

When poverty comes in at the door, love flies out of the window

Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!

Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. perasaan takut dan seram (berada di tempat gelap atau sunyi).Bilo ambo tahu bilek ambo tu bratu, braso ra diri bulu tekok.[bi.l Am.b tA.hu bi.le/ Am.b tu bÄA.tu bÄA.s ÄA) d:i.Äi bu.lu t«.k/]Apabila saya tahu bahawa bilik saya tu berhantu, saya rasa seram dan berdiri bulu tengkok.
   2. perasaan panas hati (kerana dihina, ditipu dan lain-lain), marah.Sipe bilek tu come, kelek kakok mung ngidong ke.[si.pE bi.le/ tu tS:.mE k«.le/ kA.k/ muN N:i.doN kE]Kemas bilik tu elok-elok, balik kakak kamu marah nanti.
ra II[ÄA)]kata adjektif1. perasaan ghairah terhadap lawan jantina, berahi.Jange dok keleh ore tino mandi, naek ra gak.[dZA.NE do/ k«.leh .ÄE t:i.n mAn.di nAe/ ÄA) gA/]Jangan tengok perempuan mandi, nanti timbul ghairah.
panah perok[pA.nAh p«.Äo/] perasaan geram (kerana dihina dan lain-lain), marah.Aku panah perok sunggoh ko budok tu, ore suroh wak goni, diyo wak gotu.[Am.b pA.nAh p«.Äo/ suN.goh k bu.d/ tu .ÄE su.Äoh wA/ g:.ni di.j wA/ g:.tu]Saya geram sungguh pada budak tu, orang suruh buat ni, dia buat tu.
kesik[k«.si/]kata adjektifberkenaan perasaan sepi, sunyi.Diyo raso kesik kalu dok dale bilek sore.[di.j ÄA.s k«.si/ kA.lu do/ dA.lE bi.le/ s:.ÄE]Dia rasa sunyi kalau berada di dalam bilik berseorangan.
babak II[b:A.bA/]kata adjektifberkenaan perasaan yang ingin benar akan sesuatu, kemaruk.Mung tu babak nok bini la tu dok sebok ari-ari.[muN tu b:A.bA/ n/ b:i.ni lA tu do/ s«.bo/ A.Äi.A.Äi]Kamu tu kemaruk nak beristeri la tu, asyik sebut setiap hari.

Kembali ke atas