emotional appeal | pemikat perasaan | Komunikasi | Korporat | Usaha mendapatkan perhatian khalayak terhadap sesuatu perkhidmatan atau barangan yang dipromosikan dengan menggunakan pendekatan perasaan. Pendekatan perasaan dalam iklan diwujudkan dalam bentuk penulisan, pertuturan, lakonan, pemilihan warna, ruang, muzik, dan masa. Dalam bentuk penulisan, pemilihan kata-kata dan gaya penulisan perlu dilakukan secara kreatif. Dalam pertuturan dan lakonan, intonasi dan aspek komunikasi bukan lisan boleh mewujudkan kesan perasaan. Sementara itu, warna, ruang, muzik, dan masa yang dipilih untuk mengiringi sesuatu iklan boleh menguasai perasaan khalayak sekiranya bersesuaian dengan keperluan sesuatu iklan. Penggunaan pendekatan pemikat perasaan dalam iklan ialah amalan biasa kerana perasaan merupakan salah satu unsur utama dalam menentukan keputusan. Unsur perasaan boleh wujud dalam bentuk positif dan negatif. Contoh unsur perasaan positif ialah kasih sayang, rindu, simpati, empati, kasihan, seronok, bangga, dan gembira. Selain itu, suasana senja, hujan, matahari naik atau turun |
pathos | belas hiba | Kesusasteraan | Puisi | Unsur yang berhubung dengan perasaan, terutama perasaan khalayak apabila sesebuah puisi itu dideklamasikan. Unsur-unsur hibaan mungkin muncul pada seseorang pembaca apabila membaca sesebuah puisi yang mencitrakan imej-imej yang berhubungan dengan kekejaman, kezaliman, kemiskinan, kelaparan, keganasan, malapetaka, kematian dan sebagainya. Contohnya, puisi "Balada Orang-Orang Tercinta" dan puisi "Balada Terbunuhnya Atmo Karpo" karya W.S. Rendra. Sinonim patos. |
lyrical subject | subjek lirik | Kesusasteraan | Puisi | Sesuatu perkara yang menjadi tumpuan pemikiran penyair dalam puisinya yang berhubung dengan luahan perasaan. Umpamanya perasaan sedih, kecewa, marah dan sebagainya. |
emotion | perasaan | Kesusasteraan | Puisi | Kesan perasaan dalam puisi yang timbul daripada sifat pemilihan serta penyusunan perkataan, ungkapan dan ayat dalam baris-barisnya. Antara perasaan yang dimaksudkan itu ialah suka, bangga, simpati, sedih, marah dan benci. Sinonim emosi. |
lyrical ballad | balada lirik | Kesusasteraan | Puisi | Balada yang mengandungi kisah atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang tokoh yang sarat dengan nada dan unsur romantis dan sentimental serta curahan perasaan pengarang. Aspek-aspek perasaan yang diungkapkan itu akan menyentuh perasaan khalayak apabila balada itu dideklamasikan. |
empathy | empati | Kesusasteraan | Tiada | Daya menyelami dan memahami perasaan orang lain. Daya ini berlaku apabila pengarang atau pembaca menenggelamkan dirinya dalam pengalaman, perasaan dan sensasi yang dialami oleh objek yang ditulis atau dibaca, sama ada objek tersebut manusia, binatang, dan barang yang tidak bernyawa. Istilah ini diilhamkan oleh Hermann Lotze dari Jerman dalam tulisannya Microcosmus (1858) untuk membezakannya daripada simpati yang bermaksud perkongsian perasaan. Simpati bermakna terhenti, bersetuju dan membenarkan perkongsian perasaan tersebut, manakala empati melibatkan penyatuan diri dengan perasaan itu seterusnya bersemadi dengannya. Empati berasal daripada perkataan Jerman einfuhlung yang bermaksud �masuk merasakan� atau �turut merasakan�. |
moral panics | panik moral | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perasaan takut yang tersebar dalam kalangan orang ramai bahawa sesuatu peristiwa, orang atau kumpulan akan mengancam kesejahteraan masyarakat. Perasaan ini juga merupakan proses membangkitkan keprihatinan sosial tentang sesuatu isu. Contohnya, perasaan takut yang timbul akibat peningkatan kejadian rogol atau ragut. |
feelings questions | soalan perasaan | Pendidikan | Tiada | Pertanyaan tentang perasaan seseorang terhadap sesuatu perkara. |
soliloquy | senandika | Kesusasteraan | Tiada | Ujaran yang disampaikan oleh pelakon secara bersendirian untuk menyatakan perasaan dan pemikirannya. Ujaran (percakapan) biasanya dalam drama atau teater, ditujukan kepada diri sendiri untuk mengungkapkan perasaan dan konflik batin yang dihadapinya. Ujaran tidak disasarkan kepada khalayak, namun khalayak dapat mendengar dan seterusnya mengetahui perasaan dan pemikirannya. Contohnya, ucapan watak Hamlet, �To Be� atau �Not To Be�. Senandika disebut juga sebagai solilokui. Lihat juga monolog. |
effect change | perubahan perasaan | Komunikasi | Tiada | Kandungan dan kaedah komunikasi yang dapat meninggalkan kesan tertentu kepada perasaan orang yang menerima. |