Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ci.kan]/[per.ci/.kan] | ڤرچيقن

Definisi : 1. sesuatu yg memercik (air dll), renjisan: sudah nampak ~ air dan budak-budak berenang dan menyelam; luka matanya kerana termasuk ~ karat; 2. fikiran (perasaan, sinar, dll) yg tiba-tiba timbul atau memancar: beberapa ~ telah terbit dlm fikirannya; kelihatan ~ cahaya matahari menyuluh langit berpinar-pinar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ci.kan]/[per.ci/.kan] | ڤرچيقن

Definisi : 1 sesuatu yg memercik (air dll): ~ air itu membasahi bajunya. 2 ki sesuatu yg dihasilkan dgn berpandukan buah fikiran orang lain: Dikatakan bahawa fikiran-fikiran Al-Maturidi sebenarnya merupakan ~ buah fikiran Abu Hanifah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
percik
Kata Terbitan : berpercikan, memercik, memerciki, memercikkan, terpercik, percikan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Apakah terjemahan bahasa melayu yang sesuai untuk backsplash yang merujuk pada dinding di kawasan memasak di dapur? Terima kasih.Padanan istilah yang sesuai back splash ialah penahan percikan iaitu Plat atau panel yang diletak di belakang peralatan seperti dapur untuk menyokong dan menahan percikan ketika memasak.Istilah01.09.2020
Salam sejahtera. Bagaimana hendak membezakan antara "spark" dengan "firework" kerana di sini ia diterjemahkan sebagai "bunga api" (sebenarnya kedua-dua itu mempunyai maksud dan konsep yang berbeza). Jadi adakah "percikan api" lebih sesuai untuk "spark" berbanding "bunga api". Harap boleh berikan keterangan lanjut.

Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan, spark membawa maksud (1)  bunga  api yang dihasilkan apabila dua ketul batu saling digeselkan; (2) percikan api. Firework ialah bunga api. Dalam bahasa Melayu, sesuatu perkataan boleh dibezakan dengan konteks, contohnya, pesta bunga api – bunga api dalam konteks ini boleh merujuk pada firework, dan juga boleh merujuk pada spark apabila kita memahaminya sebagai pesta percikan api.

Istilah13.02.2014
(1) Menurut kamus, memercikkan bermaksud menrenjiskan air. Apakah pula maksud kiasannya dalam frasa "memercikkan semangat"? (2) Tempias pula bermaksud percikan. Apakah maksudnya dalam frasa "menerima tempias arus globalisasi"?

Frasa “memercikkan semangat” boleh diterjemahkan kepada “menimbulkan/membangkitkan/mencetuskan semangat/marah/benci dan lain-lain. Manakala, frasa “menerima tempias arus globalisasi” pula bermaksud “mendapat/menerima sesuatu bencana/akibat daripada arus globalisasi”.

Makna19.06.2020
1)apakah yang dimaksudkan dengan bermudgug?

Perkataan mudgug tiada dalam rujukan kami. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan yang hampir sama dengan perkataan tersebut ialah madgad yang membawa maksud kepingan besi, plastik dsb yang dipasang menutupi roda basikal, motosikal dll untuk mencegah percikan lumpur, air dll.

Makna02.09.2008
Apakah padanan kata "splash pad" dalam bahasa Melayu? "Splash pad" merupakan kawasan rekreasi dengan pancutan/semburan air (biasanya dari lantai) yang tidak bertakung yang sesuai untuk kanak-kanak bermain. Terima kasih.
Menurut data kami, tiada istilah khusus bagi "splash pad" dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan padanan yang sesuai bagi "splash pad" ialah "Kawasan percikan air rekreasi"
Istilah25.01.2017

Kembali ke atas