Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.du] | ڤردو

Definisi : 1. kelompok pokok (buluh dll), rumpun: digenggamnya serumpun padi dan dicabutnya berderai jatuh tanah drpd ~nya; 2. pangkal pokok: ia menyandarkan basikalnya pd ~ membacang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.du] | ڤردو

Definisi : ; berperdu berasas: kehidupan mereka tidak lagi ~ kpd tradisi dan peradaban Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.du] | ڤردو

Definisi : 1 bahagian pangkal pokok: ~ manggis. 2 kelompok pokok yg tumbuh berumpun-rumpun: ~ buluh. berperdu tumbuh sbg perdu; tumbuh dlm bentuk perdu; berumpun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perdu
Rujuk :pangkal

Peribahasa

Daun 'lah melayang,
     buah jatuh ke perdu juga.

Bermaksud :

Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BONSAI

Bonsai ialah seni menanam tumbuhan perdu yang kerdil.  Bonsai berasal dari China, dan kemudian berkembang ke Jepun. Bonsai ialah perkataan Jepun yang bermaksud “tumbuhan berpasu”.

KESENIANKonsep

Kembali ke atas