Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rem.puan] | ڤرمڤوان

Definisi : 1. wanita, lwn laki-laki: ~ itu isteri dia; raja ~ permaisuri; penyakit ~ penyakit sifilis; 2. isteri: ~nya orang Minangkabau; ~ gatal perempuan yg suka akan laki-laki; ~ jahat =~ jalang pelacur; ~ joget perempuan penari joget; ~ jungkat perempuan gatal; ~ simpanan perempuan yg dijadikan teman utk tujuan seks tanpa ikatan perkahwinan yg sah; ~ melangkahi ular tiada lepas prb perihal kelemahan perempuan; bagai bunyi ~ di air prb sangat bising (riuh-rendah); keperempuanan perihal sifat perempuan: kelakuan Rahimah sehari-hari memberi gambaran yg nyata tentang isi hati ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rem.puan] | ڤرمڤوان

Definisi : 1 jenis manusia sbg pasangan kpd lelaki; jenis manusia yg umumnya akan atau dpt melahirkan anak: Anaknya tiga orang, iaitu dua orang lelaki dan seorang ~. 2 teman hidup bagi lelaki; isteri: ~nya orang Pahang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perempuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan wanita: kaum Hawa, kaum ibu, nisa, empuan, awewe, wadon, betina,
Berantonim dengan lelaki

2. Bersinonim dengan isteri: bini, orang rumah, suri rumah, paduri,
Berantonim dengan suami

Kata Terbitan : keperempuanan,

Puisi
 

Buah durian dibelah dua,
     Mari kutaruh dalam perahu;
Orang perempuan bersanggul dua,
     Mari kucium orang tak tahu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Perempuan serasan,
     lelaki pemalu.

Bermaksud :

Pegangan hidup yang tidak serupa. serasan = seperasaan.

 

Lihat selanjutnya...(136)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, Adakah perkatan "maka" boleh dijadikan sebagai penanda wacana? Jika ya, adakah ia disertai tanda koma selepasnya? Cth: Maka perempuan-perempuan yang solehah itu ialah ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) ... Terima kasih.Kata "maka" ialah penanda wacana yang menghuraikan contoh. Penggunaannya adalah seperti "Maka, perempuan yang solehah itu ialah ..."Tatabahasa24.09.2020
Soalan saya yang bertarikh pada bulan 9 masih belum terjawab, izinkan saya bertanyakan soalan tersebut semula. Selamat pagi, Adakah perkatan "maka" boleh dijadikan sebagai penanda wacana? Jika ya, adakah ia disertai tanda koma selepasnya? Cth: Maka perempuan-perempuan yang solehah itu adalah yang taat (kepada Allah dan suaminya) ... Terima kasih."Maka" merupakan penanda wacana bagi penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Ia tidak perlu disertakan tanda koma. Tatabahasa02.10.2020
Salam dan selamat pagi, Yang mana satukah yang betul antara istilah 'perempuan bunian' atau 'bunian perempuan'? Ayat contoh: Kikimora ialah perempuan bunian yang bersaiz kerdil dan tinggal di tepi dapur. Terima kasih.Frasa yang betul ialah "perempuan bunian".Tatabahasa17.11.2014
PENGGUNAAN ISTILAH YANG BETUL UNTUK BAYI KEMBAR PEREMPUAN ATAU BAYI PEREMPUAN KEMBAR?Lazimnya disebut jantina dahulu, iaitu "Bayi perempuan kembar".Tatabahasa06.06.2011
Apa perbezaan antara perkataan pelacur dengan perempuan sundal? Sila jelaskan. Terima Kasih.Pelacur sama maksudnya dengan perempuan sundal, iaitu perempuan yang melacurkan diri.Makna07.03.2014
Wujudkah perkataan 'perleceh' yang bermaksud merendah-rendahkan atau mempersia-siakan? Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edsisi Keempat, leceh (lécéh)  ialah; 1. meleleh dan melekat pada tempat yang dilaluinya (seperti lilin yangg cair dll); 2. ki kurang nilai (harga, mutu, dsb), tidak berguna, hina: memang engkau ~, apa yang engkau hendak, engkau sendiri tidak tahu; ~ budi tidak berbudi; perempuan ~ perempuan sundal; 3. ki cerewet lagi remeh (pekerjaan dll), lambat, lengah, rumit: pekerjaan yang ~; meleceh mengampu (ketua, majikan), bermuka­-muka (dengan ketua dll); melecehkan tidak menghiraukan, meman­dang rendah (hina dll); perlecehan perihal hina; peleceh orang yang suka mengampu atau bermuka-muka (dengan ketua dll).Tatabahasa10.09.2013
Bolehkah kita menggunakan perkataan "Puan" untuk bercakap dengan wanita bujang? Adakah Puan hanya untuk wanita berkahwin sahaja. Terimakasih.Boleh. Puan ialah kependekan bagi perempuan dan sapaan orang perempuan yang hadir dalam majlis.

Lain-lain18.11.2015
Murid perempuan itu mengangkat mangkuk dengan dulang. Adakah betul penggunaan ayat saya ini? Mohon penjelasan. Terima kasih.Ayat tersebut sudah betul. Tatabahasa28.05.2020
Remaja perempuan di Malaysia menyukai dan mengikuti gaya berpakaian artis perempuan k-pop. adakah betul perkataan k-pop atau perlu diubah kepada pop korea. Betulkan jika ada kesalahan perkataan k-pop. Maaf, keliru.Perkataan yang betul dalam bahasa Melayu ialah Pop Korea.Makna15.04.2021
Selamat sejahtera.Berikutnya beberapa soalan yang ingin ditanya: 1. A. Dia seorang perempuan yang diam. B. Dia seorang perempuan yang pendiam. Mana satu yang betul ye? 2. Walaupun saya berusia dua tahun lebih tua daripada dia, tetapi saya lebih rendah daripada dia. Bolehkan "walaupun" dan "tetapi" digunakan dalam satu ayat yang sama? 3. A. Dia membelanjakan banyak wang untuk melancong. B. Dia banyak membelanjakan wang untuk melancong. C. Dia membelanjakan wang yang banyak untuk melancong. Sekian, terima kasih. :)Jawapan yang betul dan tepat ialah:
1. Dia seorang perempuan yang pendiam.
2. Walaupun saya berusia dua tahun lebih tua daripada dia, tetapi saya lebih rendah daripada dia.  (Berdasarkan ayat yang telah diberikan oleh saudara ini, "walaupun" boleh digunakan bersama "tetapi")
3. Dia banyak membelanjakan wang untuk melancong atau Dia membelanjakan wang yang banyak untuk melancong.
Tatabahasa17.09.2019
12345678910...

Kembali ke atas