Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rem.puan] | ڤرمڤوان

Definisi : 1. wanita, lwn laki-laki: ~ itu isteri dia; raja ~ permaisuri; penyakit ~ penyakit sifilis; 2. isteri: ~nya orang Minangkabau; ~ gatal perempuan yg suka akan laki-laki; ~ jahat =~ jalang pelacur; ~ joget perempuan penari joget; ~ jungkat perempuan gatal; ~ simpanan perempuan yg dijadikan teman utk tujuan seks tanpa ikatan perkahwinan yg sah; ~ melangkahi ular tiada lepas prb perihal kelemahan perempuan; bagai bunyi ~ di air prb sangat bising (riuh-rendah); keperempuanan perihal sifat perempuan: kelakuan Rahimah sehari-hari memberi gambaran yg nyata tentang isi hati ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rem.puan] | ڤرمڤوان

Definisi : 1 jenis manusia sbg pasangan kpd lelaki; jenis manusia yg umumnya akan atau dpt melahirkan anak: Anaknya tiga orang, iaitu dua orang lelaki dan seorang ~. 2 teman hidup bagi lelaki; isteri: ~nya orang Pahang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perempuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan wanita: kaum Hawa, kaum ibu, nisa, empuan, awewe, wadon, betina,
Berantonim dengan lelaki

2. Bersinonim dengan isteri: bini, orang rumah, suri rumah, paduri,
Berantonim dengan suami

Kata Terbitan : keperempuanan,

Puisi
 

Buah durian dibelah dua,
     Mari kutaruh dalam perahu;
Orang perempuan bersanggul dua,
     Mari kucium orang tak tahu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Perempuan serasan,
     lelaki pemalu.

Bermaksud :

Pegangan hidup yang tidak serupa. serasan = seperasaan.

 

Lihat selanjutnya...(136)

358

One man's meat is another man's poison

Sesuatu yang disukai oleh seseorang, tetapi dibenci pula oleh orang lain.

Temu pada awak, peria pada teman.

Polygamy is sweet to some women, but one man's meat is another man's poison. I would rather remain unmarried than suffer in silence!

Hidup bermadu manis bagi sesetengah perempuan, tetapi tebu pada awak, peria pada teman. Saya lebih rela membujang daripada hidup memendam derita!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
women's and girl's protectionkeselamatan orang perempuan dan kanak-kanak perempuanUndang-undangTiadaTiada
ذات الخيضperempuan haidAgama IslamFiqhPerempuan yang masih mempunyai haid atau perempuan yang belum putus haid.
dowrymaharSejarahTiadaMas kahwin yang berupa harta, wang atau apa saja yang berharga sebagai lambang pemberian sama ada oleh lelaki kepada perempuan atau perempuan kepada lelaki mengikut adat atau kepercayaan yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat.
بنت الأختbintu ukhtAgama IslamFiqhAnak saudara perempuan daripada saudara perempuan.
erythrocyanosiseritrosianosisPerubatanTiadaWarna kemerahan biru pada kaki dan paha remaja perempuan, dan kadang-kadang perempuan dewasa dan gemuk, dan keadaan ini bertambah buruk pada masa cuaca sejuk, apabila bengkak merah bulat serta gatal timbul pada jari tangan atau kaki.
conventbiara; konvenSejarahTiada1. Konven: Kumpulan perempuan yang tinggal di dalam biara atau rahib perempuan yang hidup berasingan dari masyarakat untuk berbakti kepada Tuhan.,2. Biara: Bangunan, rumah atau tempat rahib perempuan tinggal.
Turner’s syndromesindrom TurnerPerubatanTiadaKecacatan genetik pada perempuan apabila individu itu hanya mempunyai satu kromosom X sahaja. Perempuan yang mengalami Sindrom Turner mempunyai genitalia luar perempuan tetapi tiada ovari, bentuk fizikalnya rendah dan mengalami kerencatan mental.
caryatidkariatidKesenianHiasan DalamanBentuk ukiran perempuan yang digunakan sebagai tiang untuk menyokong entablatur atau sebarang struktur yang serupa dengannya. Kariatid sering juga dirujuk sebagai jenis tiang atau penyokong yang berukir dengan bentuk manusia atau binatang. Contohnya, atlantes (kariatid lelaki), canephorae (perempuan menjunjung bakul), herms (perempuan tiga per empat badan atau tubuh di atas pedestal), telamones (nama lain bagi atlantes) dan terms (pedestal yang menonjol ke atas sebagai bentuk manusia, binatang atau bentuk yang bermitos).
الحائضperempuan haidAgama IslamFiqhPerempuan dalam keadaan haid
المستحاضةperempuan beristihādhaṯAgama IslamFiqhPerempuan yang mengalami penyakit tumpahan darah dari farajnya di luar masa haid.
12345678910...

Kembali ke atas