Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rem.puan] | ڤرمڤوان

Definisi : 1. wanita, lwn laki-laki: ~ itu isteri dia; raja ~ permaisuri; penyakit ~ penyakit sifilis; 2. isteri: ~nya orang Minangkabau; ~ gatal perempuan yg suka akan laki-laki; ~ jahat =~ jalang pelacur; ~ joget perempuan penari joget; ~ jungkat perempuan gatal; ~ simpanan perempuan yg dijadikan teman utk tujuan seks tanpa ikatan perkahwinan yg sah; ~ melangkahi ular tiada lepas prb perihal kelemahan perempuan; bagai bunyi ~ di air prb sangat bising (riuh-rendah); keperempuanan perihal sifat perempuan: kelakuan Rahimah sehari-hari memberi gambaran yg nyata tentang isi hati ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rem.puan] | ڤرمڤوان

Definisi : 1 jenis manusia sbg pasangan kpd lelaki; jenis manusia yg umumnya akan atau dpt melahirkan anak: Anaknya tiga orang, iaitu dua orang lelaki dan seorang ~. 2 teman hidup bagi lelaki; isteri: ~nya orang Pahang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perempuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan wanita: kaum Hawa, kaum ibu, nisa, empuan, awewe, wadon, betina,
Berantonim dengan lelaki

2. Bersinonim dengan isteri: bini, orang rumah, suri rumah, paduri,
Berantonim dengan suami

Kata Terbitan : keperempuanan,

Puisi
 

Buah durian dibelah dua,
     Mari kutaruh dalam perahu;
Orang perempuan bersanggul dua,
     Mari kucium orang tak tahu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Perempuan serasan,
     lelaki pemalu.

Bermaksud :

Pegangan hidup yang tidak serupa. serasan = seperasaan.

 

Lihat selanjutnya...(136)

358

One man's meat is another man's poison

Sesuatu yang disukai oleh seseorang, tetapi dibenci pula oleh orang lain.

Temu pada awak, peria pada teman.

Polygamy is sweet to some women, but one man's meat is another man's poison. I would rather remain unmarried than suffer in silence!

Hidup bermadu manis bagi sesetengah perempuan, tetapi tebu pada awak, peria pada teman. Saya lebih rela membujang daripada hidup memendam derita!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PANDU PUTERI DAN PENGAKAP PEREMPUAN

Pandu Puteri dan Pengakap Perempuan

ialah organisasi antarabangsa yang menggalakkan

kanak-kanak perempuan mengembangkan minat dan

kebolehan mereka serta mempelajari kemahiran

baharu. Organisasi ini memberi mereka peluang

untuk membantu orang lain dan mempelajari

pelbagai aspek tentang dunia. Pada tahun 1994, Girl

Guides, iaitu pasukan Pandu Puteri di United

Kingdom telah menukar namanya kepada Persatuan

Pandu Puteri (The Guide Association).

UMUM 
PRIAM

Priam dalam mitologi Yunani, ialah raja terakhir

Troy dan pemerintah kota tersebut sewaktu Perang

Trojan dengan Yunani. Dia terkenal kerana

kebaikannya, kemuliaan dan rasa hormatnya kepada

dewa-dewa. Isteri Priam ialah Hecuba (atau Hecube).

Priam mempunyai 50 orang anak lelaki dan 50 orang

anak perempuan bersama-sama Hecuba dan

perempuan-perempuan lain. Anaknya yang terkenal

ialah putera Hector dan Paris serta puteri Cassandra.

UMUM 
SEKOLAH MENENGAH PEREMPUAN ST. GEORGE

SEKOLAH MENENGAH PEREMPUAN ST. GEORGE, Sekolah perempuan yang terawal di Pulau Pinang. Sekolah ini dibina pada tahun 1884, di ‘Manse’, iaitu beranda rumah Puan Biggs, isteri Reverend L. Courtier Biggs.  Pada masa itu dia berkhidmat sebagai Colonial Chaplain, Gereja St. George, Pulau Pinang. Sekolah Menengah Perempuan St. George dinamakan sempena nama gereja tersebut.  Pada awal penubuhannya, sekolah ini mempunyai seramai 40 orang pelajar sahaja.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
TARIAN NGAJAT

TARIAN NGAJAT, tarian suku kaum Iban, Kenyah, Kayang, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak. Tidak dapat dipastikan asal usul tarian ini. Walau bagaimanapun, ngajat dikatakan berkembang di rantau ini pada sekitar abad ke-16. Pada zaman dahulu, ngajat lazimnya ditarikan oleh kaum lelaki sahaja atau, sekiranya perempuan, perempuan sahaja yang menari. Tidak pernah dilakukan penari lelaki berpasangan dengan penari perempuan dalam sesuatu persembahan. Kini, sesuai dengan peredaran masa, ngajat telah diubahsuai dan boleh ditarikan secara berpasangan, lelaki dan perempuan.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam. Idea penubuhan pertubuhan kebajikan ini lahir daripada cita-cita Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Pemaisuri Agong yang pertama. Baginda berhasrat agar sebuah pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam yang miskin dan malang dapat ditubuhkan di negara ini. Baginda berusaha mengumpulkan beberapa tokoh wanita Islam yang berpengalaman mengenai pertubuhan sukarela. Akhirnya, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 31 Mac 1960. Jawatankuasa pertubuhan kebajikan ini dianggotai oleh Tunku Puan Besar Kurshiah (sebagai Yang Dipertua), Nyonya Razif (isteri kepada Duta Besar Indonesia Persekutuan Tanah Melayu), Puan Sri Puteh Mariah, Tengku Aishah, Fatimah Musa, Che Tom Khir Johari dan Aminah Bahaman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERKAHWINAN

Perkahwinan ialah perhubungan antara lelaki

dan perempuan yang telah membuat perjanjian

yang sah untuk hidup bersama-sama. Apabila

seorang lelaki dan seorang perempuan berkahwin,

mereka menjadi suami isteri. Perkahwinan juga

merupakan satu majlis keagamaan yang penting

dalam kebanyakan agama di dunia.

UMUM 
PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN SEMENANJUNG MALAYSIA

PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN SEMENANJUNG MALAYSIA, pertubuhan yang membolehkan kaum wanita bergiat cergas dalam kegiatan kebajikan dan memajukan masyarakat. Pertubuhan ini juga dikenali sebagai Women’s Institute (WI). Pertubuhan ini telah diasaskan oleh isteri Pesuruhjaya Tinggi British, Lady Templer, pada tahun 1952. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan yang ahli-ahlinya terbuka kepada wanita yang berumur 15 tahun ke atas dan semua bangsa dan agama dan tidak bersifat politik. Pejabat WI terletak di No. 2, Jalan Lembah 5/2, Off Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA

MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA, maktab latihan perguruan bagi guru wanita yang pertama di Malaysia. Maktab ini dibuka secara rasmi pada 31  Januari 1935 dengan nama The Malay Women’s Training College (MWTC). Maktab ini terletak di kawasan kampus seluas 17 hektar di Jalan Tun Fatimah, Durian Daun, Melaka. Kerajaan kolonial memilih Melaka kerana sifat historikal dan kedudukannya yang strategi. Di samping itu terdapat sebuah bangunan hospital yang telah dikosongkan dan diubahsuai untuk dijadikan maktab tanpa perbelanjaan yang besar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
KES CHAMBERLAIN

Kes Chamberlain yang melibatkan kehilangan

seorang bayi perempuan Australia berumur

sembilan minggu pada tahun 1980-an, telah

menarik perhatian seluruh dunia. Pada 17 Ogos

1980, Azaria Chamberlain, anak perempuan Alice

Lynne (Lindy) Chamberlain dan suaminya, Michael,

seorang Pastor Gereja The Seventh Day Adventist,

telah hilang dari sebuah khemah di Ayers Rock,

Australia. Dalam satu inkues pada bulan Februari

1981, koroner memutuskan bahawa bayi itu, yang

tidak pernah dijumpai, telah mati apabila diterkam

dan dibawa lari oleh seekor dingo liar.

UMUM 
MAHRAM

Mahram, lelaki dan perempuan yang diharamkan berkahwin.  Para fuqaha telah membahagikan pengharaman berkahwin antara lelaki dan perempuan kepada dua kategori iaitu Haram Mu‘abbad dan Haram Mu‘aqqat. Dalam kategori yang pertama, lelaki dan perempuan diharamkan berkahwin disebabkan tiga perkara iaitu nasab keturunan, persemendaan, dan penyusuan.

AGAMAKonsep
12345678910...

Kembali ke atas