Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gi] | ڤرݢي

Definisi : 1. berjalan dll menuju ke sesuatu tempat (mendapatkan seseorang dll): ia mengajak saya ~ ke Kelantan; kalau tidak percaya ~lah berjumpa ayah kau dan tanyalah dia; 2. me­ninggalkan sesuatu tempat, berundur (dr): orang muda tadi telah ~ dr situ; 3. berangkat, bertolak: pagi esok saya ~ dgn kereta api pertama; ~ balik (datang, mari) = pulang ~ pergi dan balik (berulang-alik); ~ dahulu a) pergi lebih dahulu; b) ki mati; ~ haji naik haji; ~ jahanam = ~ setan = ~ telukup (telungkup) persetan (binasalah, jahanamlah); berpergian pergi (berjalan dll) ke tempat yg jauh: sejak keretanya rosak, ia sukar ~; kepergian perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya; pemergian 1. perjalanan (yg jauh): Daim menceritakan kisah ~nya ke luar negeri; 2. kepergian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.gi] | ڤرݢي

Definisi : berjalan ke tempat lain; meninggalkan tempat yg mula-mula: Dia ~ ke pasar. pulang ~ pergi dan baik semula. ~ dahulu a. pergi terlebih dahulu. b. meninggal dunia; mati. ~ haji menunaikan fardu haji di Mekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,

Puisi
 

Cik Ali pergi berperang,
     Pergi berperang dengan senjata;
Awan di langit kalau terang,
     Cahaya bintang baru nyata.


Lihat selanjutnya...(338)
Peribahasa

Pergi ke pulau batu digalas.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pergi berkumur Pergi berlari Arahan- arahan di atas betul ke?Ayat Pergi berkumur dan Pergi berlari adalah betul.Tatabahasa30.08.2022
“Alhamdulillah, Mama dapat pergi haji. Ya Allah, Mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat”. soalan: adakah noktah (.) di dalam dialog ( di bawah) atau seperti di atas? “Alhamdulillah, Mama dapat pergi haji. Ya Allah, Mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat.”

Penggunaan noktah yang betul dalam dialog ialah “Alhamdulillah, mama dapat pergi haji. Ya Allah, mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat.”

Lain-lain03.02.2022
Semasa saya pergi dan balik dari pejabat... Adakah kata sendi 'ke' harus ada selepas 'pergi' dalam ayat di atas? Terima kasih.Kata sendi "ke" tidak perlu selepas perkataan "pergi". Frasa "Semasa saya pergi dan balik dari pejabat..." sudah gramatis.Tatabahasa27.05.2013
Saya pergi untuk berjoging. Saya pergi berjoging. Sama maksud ke?Kedua-dua ayat tersebut mempunyai maksud yang sama dalam konteks tujuan dan perbuatannya, iaitu pergi berlari dengan langkah yang tidak kencang atau pantas, lazimnya untuk menyihatkan badan (Kamus Dewan Edisi Keempat)





Makna26.06.2023
1. Manakah ayat yang betul ? a) Saya pergi ke kedai bersama ayah. b) Saya pergi ke kedai bersama dengan ayah. c) Saya pergi ke kedai bersama-sama ayah. d) Saya pergi ke kedai bersama-sama dengan ayah. Apakah perbezaan antara "bersama" dan "bersama-sama" dari segi penggunaannya, jika ada?

Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat ialah "Saya pergi ke kedai bersama dengan ayah" dan "Saya pergi ke kedai bersama-sama ayah".

Tatabahasa25.02.2016
Adakah penggunaan pergi dalam ayat berikut betul? * Aminah pergi ke kedai. Apakah ayah berikut tanpa kehadiran pergi (kata kerja) itu betul? * Aminah ke kedai.Kedua-dua ayat, Aminah pergi ke kedai dan Aminah ke kedai betul.Tatabahasa12.07.2012
1)Keluarga Beego( pergi )pantai berkelah. 2)Keluarga Beedo (pergi ke )pantai (untuk )berkelah. Ayat yang mana satu betul?Terima kasih.Ayat yang betul ialah Keluarga Beego pergi berkelah di pantai (ayat tunggal) atau Keluarga Beedo pergi ke pantai untuk berkelah (ayat komplemen). Tatabahasa17.10.2014
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya beberapa soalan 1. Adakah kata tunjuk 'ini' boleh digunakan sebagai subjek dalam ayat? 2. Adakah perlu menggunakan perkataan 'pergi' dan kata sendi 'ke' dalam satu ayat? Jika dilihat kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Antara ayat di bawah yang mana betul? Adik pergi ke sekolah. Adik pergi sekolah.Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata ganti nama tunjuk "itu" dan ini".  Contohnya: 1. Ini pendapat yang bernas. 2. Itu tuduhan yang melampau. Kata ganti nama tunjuk "ini" dan "itu" dalam ayat yang diberikan merupakan subjek. Kedua-dua "pergi" dan "pergi ke" boleh digunakan, bergantung pada konteks ayat. Contohnya: 1. Dia pergi ke sekolah. 2. Dia pergi mencari kayu di hutan.Tatabahasa14.05.2012
salam sejahtera Tuan, Pihak Panitia BM sekolah saya ingin bertanya beberapa soalan seperti di bawah: YANG MANA BETUL? 1. pergi ke dewan ATAU pergi dewan ATAU ke dewan 2. pergi ke dalam (betul atau salah?) 3. masuk ke dalam hutan ATAU masuk hutan 4. Jangan buang sampah di lantai. ATAU Jangan buang sampah ke lantai. 5. Baju yang berwarna merah atau baju yang berwarna biru? ATAU Baju yang berwarna merah atau biru? ATAU Baju merah atau baju biru? ATAU Baju merah atau biru? Berharap tuan dapat membantu kami. Sekian, terima kasih.Penggunaan perkataan yang bermaksud "menuju ke arah sesuatu tempat" perlu ada kata sendi nama ke, seperti ke dewan, ke hutan, ke dalam dan sebagainya. Bagi frasa Jangan buang sampai di lantai atau ke lantai, kedua-dua kata sendi nama tersebut boleh digunakan. Pengulangan kata baju yang berwarna merah atau baju yang berwarna biru dianggap pembaziran perkataan, dan memadai dengan baju yang berwarna merah atau biru, atau baju merah atau biru.Tatabahasa17.06.2012
Saya dan ayah pergi ke kedai dengan bersama. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Saya dan ayah pergi ke kedai" atau "Saya pergi ke kedai bersama ayah" atau "Saya pergi ke kedai dengan ayah".
Tatabahasa28.01.2024
12345678910...

Kembali ke atas