Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara peribahasa dan simpulan bahasa? Saya dapati soalan meminta "tulis peribahasa yang sesuai", namun skema yang diberikan ialah simpulan bahasa. Bolehkah puan jelaskan? Terima kasih

PERIBAHASA, frasa dan ayat yang mempunyai susunan yang tepat dan mengandungi makna khusus.  Peribahasa merupakan istilah umum kepada jenis-jenis yang dikenal sebagai simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah dan perbilangan. Peribahasa digolongkan seperti simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan.


peribahasa
+dan+simpulan+bahasa&d=8">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=peribahasa+dan+simpulan+bahasa&d=8

Tatabahasa02.03.2016
Ingin tahu dimana saya dapat mencari peribahasa dan simpulan bahasaLayari laman web DBP http://prpm.dbp.gov.my, taipkan kata kunci di dalam kotak yang disediakan dan tekan 'cari'.  Pilih domain yang anda ingini: Kamus dan Istilah, Karyawan, Artikel, Puisi, Ensiklopedia, Buku, Khidmat Nasihat Bahasa dan Peribahasa.Lain-lain05.08.2009
Apakah perbezaan antara peribahasa dan simpulan bahasa. Tesaurus Bahasa Melayu DBP menunjukkan simpulan bahasa bukan salah satu sinonim untuk peribahasa. Tolong jangan jawab guna analogi idiom dan proverb dalam bahasa Inggeris.Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yg mempunyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian tertentu ataupun digelar juga bidal, pepatah. Manakala simpulan bahasa ialah ungkapan yg terdiri drpd 2 perkataan atau lebih dan mempunyai makna berlainan drpd erti perkatan-perkataan yg membentuknya.Makna23.07.2007
SAYA INGIN BERTANYA TENTANG JENIS-JENIS PERIBAHASA MELAYU. ADAKAH PERIBAHASA TERMASUK SEKALI DENGAN SIMPULAN BAHASA. APAKAH SEBENARNYA PERANAN PERIBAHASA DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT TERUTAMANYA MASAYARAKAT GLOBAL HARI INI.Peribahasa dan simpulan bahasa melayu adalah berbeza antara keduanya. Sdr bolehlah merujuk KAWAT, Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu, melalui laman DBP, untuk keterangan lanjut. Terima kasih.Makna12.08.2007
Ingin mengetahui tentang peribahasa dan simpulan bahasa, halaman yang berkaitan.

Layari www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang boleh menjadi kata kunci kepada peribahasa atau simpulan bahasa berkenaan. Saudara akan memperoleh maklumat daripada pelbagai bidang seperti kamus, istilah dan peribahasa. Untuk simpulan bahasa, klik 'peribahasa', manakala untuk simpulan bahasa lazimnya ditandakan dalam huraian makna entri kamus berkenaan.

 

Lain-lain29.04.2011
Saya merupakan pelajar dalam jurusan Seni Lukis dan Seni Reka. Saya sedang membuat kajian tentang pesanan datuk dan nenek moyang dahulu kala. Contohnya, "Jangan ketip kuku waktu malam, nanti hantu datang". Maksud tersirat, dinasihatkan jangan ketip kuku pada waktu malam kerana takut jari terluka. Saya ingin bertanya sekiranya terdapat penulisan tentang pesanan datuk nenek moyang ini. Saya harap pihak DBP dapat membantu saya. Terima Kasih.Sila rujuk bahan ini : 1. Cerita peribahasa: bidalan/Buku 7 Amir Hamzah Shamsuddin (Malungun) Penerbitan Kintan sdn. Bhd. 1995 2. Himpunan peribahasa dan simpulan bahasa KBSM Mohd. Tajudin Hashim S. Abdul Majeed 1990 3. Kamus istimewa peribahasa Melayu [tiada pengarang] Dewan Bahasa dan Pustaka 2007 4. Adat dan pantang larang orang Melayu A. Aziz Deraman Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd 1995 . 5.Pantang larang orang Melayu tradisional Wan Ramli Wan Muhammad Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000Lain-lain23.07.2007
•Disertakan ayat contoh, simpulan bahasa dan peribahasa Melayu lengkap dengan takrif yang jelas. •Diberikan ilustrasi untuk menjelaskan ayat contoh. ATAU •Disertakan contoh ayat, simpulan bahasa dan peribahasa Melayu lengkap dengan takrif yang jelas. •Diberikan ilustrasi untuk menjelaskan ayat contoh.Kedua-dua ayat tersebut betul, namun frasa "ayat contoh" lebih banyak digunakan kini kerana ayat itu yang dijadikan contoh sama seperti frasa "rumah contoh".Tatabahasa06.06.2012
kalau saya ingin menyemak maksud peribahasa, perumpamaan, bidalan dan simpulan bahasa, bahagian mana yang perlu saya klik. tqTuan/Puan boleh menyemak maksud peribahasa, perumpamaan, bidalan dan simpulan bahasa melalui carian di PRPM.DBP.GOV.MY - taip peribahasa, simpulan, bidalan, perumpamaan tersebut pada bar carian.Lain-lain17.08.2018
Salam, Bahagian dalam website DBP untuk mencari koleksi simpulan bahasa dan peribahasa berserta maksudnya? Terima kasih

Saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat simpulan bahasa dan peribahasa.  Saudara hendaklah memasukkan perkataan peribahasa atau simpulan bahasa yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik ‘cari’.  Pilih domain yang anda ingini seperti Kamus dan Istilah, dan Peribahasa. 

Koleksi keseluruhan Simpulan Bahasa dan Peribahasa tidak boleh diperoleh dalam laman web DBP.  Saudara boleh merujuk buku Kamus Simpulan Bahasa oleh Abdullah Hussain dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain terbitan DBP untuk mendapatkan koleksi tersebut.  Terima kasih.

Lain-lain03.03.2010
1)simpulan bahasa untuk mengucapkan penghargaan 2)simpulan bahasa untuk kenduri di rumah kediaman sempena hari perayaan. 3)Simpulan bahasa untuk "Menjadi sebati dan meresap ke jiwa"Sekiranya tuan ingin mendapatkan simpulan bahasa yang sesuai, sila rujuk kamus peribahasa dan menyemak enteri satu demi satu, ataupun semak di PRPM dan semak satu per satu makna yang diberi sekiranya ada maklumat tentang simpulan bahasa atau kiasan. Simpulan bahasa sama seperti peribahasa disusun mengikut abjad bukan mengikut makna. Justeru, sesiapa yang memerlukan maksud yang berkenaan perlu membuat kerja rumah dengan menyemak satu per satu.Lain-lain12.09.2021
1234

Kembali ke atas