apa maksud/takrif Bumiputera dan Pribumi DAN apakah perbezaan antara kedua-duanya? terima kasih | Bumiputera ialah anak negeri, peribumi;membumiputerakan menjadikan sesuatu bersifat, milik dan sebagainya. Peribumi pula tidak mempunyai takrifan yang sejagat, piawai atau tetap, tetapi biasanya merujuk kepada masyarakat peribumi asal yang terdapat dalam sesuatu negara, negeri, daerah ataupun tempat. Oleh yang sedemikian, Kamus Dewan memberi makna secara umum bahawa bumiputera sama maksudnya dengan peribumi iaitu merujuk anak negeri atau penduduk asli yang tidak ada perbezaannya. | Makna | 11.12.2019 |
Saya sedang menjalankan satu projek pengumpulan cerita-cerita rakyat tempatan/peribumi Sabah dan SARAWAK dengan bantuan pelajar-pelajar saya. Kami akan menganjurkan Malam Senandong Bahasa, Sastera dan Budaya Peribumi pada 10.10.2010 dan Program Sehati Sejiwa 1Malaysia pada 20.10.2010. Adakah pihak DBP sudi membantu terutama dari segi kewangan serta membukukan cerita-cerita dan puisi rakyat yang kami kumpulkan sebagai koleksi warisan bangsa? | Sdr. yang dihormati, Pertamanya diucapkan tahniah dan syabas kepada sdr. kerana merancang dan berusaha untuk melaksanakan projek pengumpulan cerita-cerita rakyat Sabah dan Sarawak dan menganjurkan Malam Senandung Bahasa, Sastera dan Budaya Peribumi. Berhubung dengan bantuan kewangan dari DBP yang sdr. maksudkan maka sdr. tulislah surat dan diajukan surat tersebut kepada Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sekiranya cerita-cerita rakyat dan puisi rakyat yang dikumpul sudah lengkap( sebagai sebuah manuskrip) dengan kajian, kata pengantar dan bibliografinya maka bolehlah dihantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 02.10.2010 |
terjermahan "indigenous knowledge" dalam bahasa Melayu | Terjemahan yang sesuai ialah pengetahuan peribumi yang sebenarnya merujuk kepada kepercayaan, nilai dan amalan sesuatu masyarakat peribumi | Penyemakan dan penterjemahan | 18.09.2007 |
Doria Victoria Janiur Sep 26th, 9:46am Pribumi atau peribumi? Mohon pencerahan. Tq | Terima kasih. Bolehlah menjadikan http://prpm.dbp.gov.my sebagai teman di hujung jari anda. Jawapan kepada soalan Tuan/Puan ialah peribumi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Sekian, harap maklum | Ejaan | 26.09.2015 |
soalan saya ialah apa itu batu luncur?? (dalam (kamus, istilah, ensiklopedia, bahasa suku kaum peribumi Sabah dan Sarawak) saya sudah buat carian tapi pekataan itu tidak ada. Mohon pertolongan. terima kasih | Istilah batu luncur tidak ada dalam sumber rujukan kami, sila hubungi kami semula dan nyatakan konsep contoh penggunaan istilah tersebut. | Makna | 09.08.2010 |
Saudara, Sekiranya saudara ingin menyemak ejaan atau ingin mencari sesuatu perkataan (kamus, istilah, ensiklopedia, bahasa suku kaum peribumi Sabah dan Sarawak, arkib soalan dan lain-lain), klik Carian Kata dalam menu di sebelah kiri. Selamat mencuba. Salam hormat, SULAIMAN KAIAT Ketua Bahagian Sistem Maklumat Dewan Bahasa dan Pustaka sulaiman@dbp.gov.my | Untuk permohonan iklan sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 10.07.2017 |
bagimana caranya saya ingin menghantar manuskrip utk terbitan DBP, utk makluman saya ada menulis manuskrip ttg etnik peribumi sarawak khususnya di bintulu dan 1 lagi berkaitan isu keagamaan. saya juga ada mnghtr 2 manuskrip utk terbitan DBP Cawangan Sarawak dan dimaklumkan skrg diperingkat semakan editorial.terima kasih atas maklumbalas pihak tuan. | Tuan boleh menghantar manuskrip tuan ke alamat berikut; Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Jalan Tun Datuk Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya, 93050 Kuching (u.p; Penolong Pengarah Penerbitan) jika ada sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Unit Penerbitan di talian 082-444711. | Lain-lain | 07.12.2010 |
apakah bezanya bumiputera dng melayu | Kamus Dewan menakrifkan bumiputera ialah anak tulen dari sesebuah negara; atau disebut juga peribumi. Manakala Melayu ialah nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihatkan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) memelayukan: ~ istilah. Walau bagaimanpun untuk aspek yang lebih teknikal saudara perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan Melayu. | Tatabahasa | 28.11.2012 |
mana satu betul, Dato' Seri Najib atau Datuk Seri Najib, apapun atau apa pun, sepertimana atau seperti mana, Orang Asli atau orang asli, Tan Sri atau Tan Seri, Allah SWT atau Allah S.W.T. , pribumi atau peribumi, bumiputera b huruf besar atau kecil, ada kala atau adakala, senjakala atau senja kala, kerap kali atau kerapkali, Tunku ARahman Putra Al-Haj atau al-Haj, Alor Setar atau Alor Star, hub atau hab, titik tolak ada - atau tiada, perihatin atau prihatin, sembahyang Zohor, zohor atau Zuhur, mentua atau mertua, | Jawapan yang betul ialah 1. Dato' Sri Najib. 2. apa pun. 3. seperti mana. 4. orang Asli. 5. Tan Sri. 6. Allah SWT. 7. peribumi. 8. bumiputera. 9. adakala. 10. senjakala. 11. kerapkali. 12. Tunku Abdul Rahman Putra al-haj 13. Alor Star. 14. hab. 15. Titik tolak bermaksud perkara yang menjadi bahan atau yang digunakan untuk membuka perbincangan (huraian dll) tentang sesuatu; sesuatu yang menjadi dorongan untuk permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan dll). 16. prihatin. 17. sembahyang zuhur. | Lain-lain | 02.09.2010 |
Bolehkah tuan huraikan makna Bumiputra yang merujuk kepada kerakyatan sesorang, berdasarkan istilah DBP? | Ejaan yang betul ialah bumiputera yang bermaksud anak negeri atau peribumi. | Makna | 16.01.2008 |