Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.bu.mi] | ڤريبومي

Definisi : penduduk asli, bumiputera; memperibumikan menjadikan sesuatu ber­sifat peribumi, membumiputerakan: hakikat dunia peristilahan kita ialah usaha ~ istilah Barat; keperibumian sifat bangga kerana menjadi anggota peribumi sesebuah negara, yg ter­pancar (biasanya dlm sesebuah organisasi) melalui penonjolan ciri-ciri peribumi: semangat ~; institusi itu bercorak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
peribumi (kata nama)
Bersinonim dengan penduduk asli, bumiputera, anak negeri, anak watan, anak bangsa, warga, penduduk, pemastautin, rakyat;,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EJAAN DAN TULISAN RENCONG

EJAAN DAN TULISAN RENCONG, sistem ejaan dan tulisan asli peribumi Asia Tenggara. Tulisan ini masih kontroversi dari segi tempat asal  dan namanya. Ada pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini berasal daripada tulisan India, iaitu daripada tulisan Devanagari atau Pallava yang diubahsuai, sehingga membentuk satu jenis tulisan baharu yang berlainan daripada tulisan yang asal. Terdapat juga pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini ialah tulisan asli peribumi Asia Tenggara, bukan pinjaman daripada tulisan India.

BAHASABahasa
ORANG ASLI AMERIKA

Orang Asli Amerika. Orang yang kini dikenali

sebagai Orang Asli atau Peribumi Amerika ialah

orang yang mula-mula tinggal di Amerika Utara

dan Amerika Selatan. Mereka sudah tinggal di sana

selama beribu-ribu tahun sebelum orang Eropah

sampai.

UMUM 
UNDANG-UNDANG ADAT DI SABAHUNDANG-UNDANG ADAT DI SABAH, peraturan-peraturan yang diaplikasi kepada penduduk peribumi Sabah, yakni mereka yang diberi status ‘anak negeri’.  Peraturan ini berasal daripada adat atau amalan penduduk peribumi Sabah yang berkaitan dengan kepercayaan, kekeluargaan, pewarisan, kejiranan, hubungan seksual dan tatacara menimbangkan konflik.  Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa adat yang dipakai oleh pelbagai suku kaum yang terdapat di Sabah seperti suku kaum Dusun-Kadazan, Murut, Bajau, Melayu, Bugis, Orang Sungai dan lain-lain lagi boleh dikekalkan dan merupakan sebahagian daripada undang-undang negara sekiranya ia menepati syarat-syarat berikut.  Pertama, adat tersebut tidak boleh direka tetapi mempunyai sejarah turun-temurun.  Kedua, adat tersebut masih dihayati oleh suku kaum berkenaan.  Ketiga, adat itu mestilah diamalkan secara berterusan, yakni tidak pernah terputus daripada satu keturunan kepada satu keturunan, dan keempat, adat itu mestilah boleh dikuatkuasakan dalam erti kata bahawa ia jelas dari segi hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah.BUDAYAKonsep
MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI

MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI, majlis penasihat hal ehwal peribumi. Majlis ini ditubuhkan di bawah Akta Undang-undang Pentadbiran Kampung 1913 oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada tahun 1915. Majlis ini dianggotai oleh gabenor sebagai presiden, setiausaha kerajaan, residen-residen dan pegawai-pegawai daerah sebagai penasihat, dan ketua-ketua anak negeri yang mewakili daerah masing-masing. Majlis ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapan para ketua anak negeri menjalankan tanggungjawab mereka, iaitu mengenal pasti masalah peribumi kesan daripada kesan daripada sistem pentadbiran British, dan juga sebagai wakil untuk menjalankan dasar kerajaan kepada peribumi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MURUT MURUT, nama peribumi minoriti di Sabah, di Bahagian Kelima Sarawak dan di Kalimantan Indonesia. Perkataan Murut berasal dari Gunung Murut di Sarawak kerana pada keseluruhannya orang Murut tinggal di gunung tersebut.BUDAYABangsa/Suku/Kaum
KEDAYANKEDAYAN, salah satu suku peribumi yang terdapat di Sabah, Sarawak dan Negara Brunei Darussalam. Di Sabah, kebanyakan masyarakat Kedayan tinggal di daerah Sipitang, Beaufort dan Wilayah Persekutuan Labuan. Di Sarawak, masyarakat Kedayan tinggal di daerah Lawas, Limbang dan Miri. Mengikut sumber lisan, orang Kedayan dipercayai berasal dari Indonesia. Setelah beberapa abad menetap di Brunei, mereka berhijrah ke Sabah dan Sarawak disebabkan peluasan kekuasaan Kesultanan Melayu Brunei ke wilayah Sabah dan Sarawak.BUDAYABangsa/Suku/Kaum
BIDAYUH

BIDAYUH,  Suku kaum peribumi di Sarawak, juga dikenal sebagai Dayak Darat.  Perkataan ‘bidayuh’ bererti ‘orang di pedalaman’. Istilah itu merujuk semua penduduk peribumi Sarawak termasuk orang Iban atau Dayak Laut kecuali orang Melayu dan suku kaum lain yang tinggal di kawasan pesisir negeri tersebut.  Inggeris telah menggunakan istilah ‘bidayuh’ yang merujuk orang Dayak yang tinggal di pedalaman, manakala orang Dayak yang tinggal di pedalaman, manakala orang Dayak yang tinggal di muara sungai dipanggil ‘Iban’.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
BANTENBANTEN, salah sebuah daripada negeri-negeri kecil Islam di Asi Tenggara.  Banten berkembang maju semasa kemuncak perdagangan peribumi pada abad ke-16 dan ke-17.  SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
BISAYA

BISAYA,  suku kaum peribumi di Kepulauan Borneo.  Mereka terdapat dalam beberapa kelompok kecil di sekitar Teluk Brunei, Beaufort, Weston, Sipitang, Sindumin,  Merapok, Padas, Lembah Sungai Kelias serta Pulau Labuan di Sabah.  Di Sarawak, mereka bertumpu di sekitar Lembah Sungai Limbang (Lubuk Lasas hingga Merasam), Sungai  Lawas dan Sungai Trusan, sepanjang pantai Miri dan Niah hingga ke Lembah Rejang dan Ulu Baloi di Bahagian Keempat, dan Batu Blah (Tutoh) di Baram di Bahagian Ketiga, Sarawak.  Di Brunei, mereka menetap di sekitar Tutong dan Belait.  Di Filipina pula, sebahagian besar mereka mendiami kawasan Kepulauan Visaya.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
BOBOHIZAN

BOBOHIZAN, orang yang amat berpengaruh dan memainkan peranan penting dalam kehidupan kaum peribumi Sabah dan Sarawak, khususnya orang Dusun-Kadazan, pada suatu masa dahulu.  Bobohizan, juga dikenal sebagai bobolian, babalian, babalizan, bergantung pada dialek dan tempat.

BUDAYAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
123

Kembali ke atas