Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ris.ti.wa] | ڤريستيوا

Definisi : sesuatu (hal dll) yg berlaku (menarik perhatian dll), kejadian, perkara: pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan suatu ~ yg penting dlm sejarah negeri ini; sekali ~ sl pd suatu kejadian; ~ bahasa Id sesuatu kejadian yg berkaitan dgn perkembangan bahasa; ~ sejarah kejadian-kejadian penting (besar) dlm sejarah; berperistiwa bersejarah; hari ~ hari yg bersejarah (kerana berlakunya kejadian penting). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ris.ti.wa] | ڤريستيوا

Definisi : sesuatu yg benar-benar berlaku; kejadian yg luar biasa atau yg menarik perhatian: ~ sejarah kejadian yg penting dlm sejarah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peristiwa (kata nama)
Bersinonim dengan kejadian, hal, perkara, pengalaman, insidens, kes.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah frasa berikut gramatis? 1) Peristiwa-peristiwa itu .... 2) Perkara-perkara lain akan dibincangkan juga. Selain "rakyat", apakah perkataan lain yang tidak tidak boleh digandakan?1) Peristiwa-peristiwa itu .... 2) Perkara-perkara lain akan dibincangkan juga. Kedua-dua contoh penggunaan kata ganda tersebut tidaklah salah dan jika ditulis "peristiwa itu ...", "perkara lain akan dibincangkan juga" jua tidak menjadi satu kesalahan. Namun dalam penggunaanyan seumpama ini; "peserta seminar", "negara anggota pertubuhan" kata peserta dan negara tidak perlu lagi digandakan kerana seminar dan pertubuhan telah menunjukkan jamak.Tatabahasa01.10.2009
Pelan ini memastikan anda terus dilindungi untuk peristiwa-peristiwa yang tidak diingini. "untuk" peristiwa atau "daripada" peristiwa, yang mana betul?Pelan ini memastikan anda terus dilindungi daripada peristiwa yang tidak diingini.Tatabahasa01.08.2013
Apakah yang dimaksudkan dengan peristiwa bahasa?Boleh berikan contoh-contohnyaSecara umumnya peristiwa bahasa bermaksud peristiwa yang dikaitkan dengan isu-isu bahasa dan memberi kesan kepada perkembangan/status bahasa seperti Kongres Bahasa Kebangsaan.Makna30.10.2010
Peristiwa itu meninggalkan kesan yang amat dalam di hatinya. munsyi, adakah di sesuai digunakan , TQjawapan yang betul di hatinya.Tatabahasa16.02.2012
Peristiwa apakah yang menyebabkan DBP memilih tarikh 16 Ogos 1977 untuk menerbitkan Risalah Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia?Peristiwanya adalah pada 16 Ogos 1972, bukan 1977   sempena kenyataan bersama yang ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. Kenyataan bersama tersebut mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas-asas yang dipersetujui antara para ahli dari kedua-dua negara tentang ejaan baharu atau ejaan yang telah disempurnakan dan merasmikan pelaksanaan ejaan tersebut melalui pengumuman oleh Menteri masing-masing pada waktu yang sama.Lain-lain25.06.2008
Selamat Petang. Saya ingin memastikan sama ada kata dasar berikut betul : 1) peristiwa --> kata dasar peristiwa 2) perpaduan --> kata dasar padu Selain itu, ayat aktif bila bertukar kepada ayat pasif yang subjeknya Kata Ganti Nama Diri I atau II, bagaimana kita boleh pastikan mesti guna imbuhan -kan pada kata kerja atau tidak. Misalnya : 1) Lagu 'Negaraku' kami nyanyikan. 2) Buku cerita itu saya baca. Terima kasih.

1. Kata dasar yang betul ialah peristiwa dan padu.

2. Lihat pada ayat aktif (tidak semua ayat aktif boleh dipasifkan), contohnya: Kami nyanyikan lagu Negaraku, maka ayat pasif menjadi "lagu Negaraku kami nyanyikan". Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 462.

Tatabahasa15.07.2011
Tuan, dua ayat di sebelah yang manakah betul? 1. Wit cuba mengagak peristiwa itu. 2. Wit mencuba mengagak peristiwa itu. Saya merasakan bahawa "mencuba" lebih sesuai, kerana "mencuba" bermaksud berusaha untuk mencapai maksud. Jadi, "mencuba mengagak peristiwa itu" bermaksud "berusaha untuk meneka peristiwa itu". Adakah pendirian saya betul? (Sumber: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 19, terbitan Syarikat Pelangi)Kata mencuba lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut. Mengambil ayat daripada sumber karya kreatif sebagai contoh untuk memahamkan aspek tatabahasa, perlu dielak kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa.Tatabahasa20.03.2015
Saya Norihan Ha Belajar Bahasa Melayu Dasar Ingin Bertanya Bahasa Melayu Apakah Makna Peristiwa TerimokasihPeristiwa bermaksud sesuatu (hal dan lain-lain) yang berlaku (menarik perhatian dan lain-lain), kejadian, perkara.Makna28.10.2015
boleh berikan contoh yang sesuai dengan perkataan collaboration? Jabatan ingin menggunakan ayat 'The event that have collaboration with us will get....' Pemahaman kami di sini adalah kerjasama dalam menjalankan peristiwa. Kerjasama di sini lebih kepada pengurusan peristiwa tersebut. Jika peristiwa sebagai contoh seminar, dan ada penceramah dari pihak kami, adakah itu mencapai maksud 'collaboration?'Padanan makna collaboration ialah kerjasama.Istilah11.05.2011
apakah maksud alku dan rentetan peristwa?Alku bermaksud orang yang mencari pelacur untuk pelanggan lelaki (atau sebaliknya), atau disebut juga barua, manakala rentetan peristiwa bermaksud beberapa peristiwa yang berlaku berturutan (satu demi satu).Makna30.06.2009
12345678910...

Kembali ke atas