Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ka.kas] | ڤرکاکس

Definisi : 1. benda-benda yg digunakan utk membuat sesuatu pekerjaan (memasak, ber­tukang, dll), alat: kerja itu tidak dapat dibuat dgn sempurna kerana kekurangan ~; 2. (Bio) bahagian-bahagian (manusia atau binatang) yg menjalankan tugas-tugas tertentu, organ: pd binatang mamalia ~ perjalanan darah ini selalunya mengandungi jantung, salur nadi, pembuluh, dll; binatang-binatang spt arnab atau tikus biasanya dibedah utk diperiksa ~ di dlm tubuhnya; 3. ki orang yg bekerja utk orang lain (biasanya dgn tujuan­-tujuan buruk), alat, ejen: baik dibunuh sahaja orang yg menjadi ~ musuh kita; ~ dapur alat-alat utk kegunaan di dapur (periuk belanga dll); ~ makan alat-alat yg digunakan ketika makan (pinggan, mangkuk, senduk, sudu, dll); ~ perang alat-alat utk ber­perang (senjata dll); ~ rumah benda-benda yg diperlukan dlm rumah (almari, kerusi, meja, dll), perabot; ~ tukang kayu alat-alat yg digunakan oleh tukang kayu (gergaji, ketam, dll); ~ tulis alat-alat menulis (pensel dll); memperkakaskan menggunakan sbg perkakas, memperalat: mereka berasa tidak berdaya kerana diperkakaskan oleh segolongan manusia durjana yg berkuasa; perkakasan 1. bermacam-macam perkakas, (alat) perkakas: sebuah dua kapal Inggeris sudah sampai ke Melaka membawa ~ perang itu; 2. (Komp) peralatan yg membentuk satu sistem komputer spt monitor, papan kekunci, unit pemprosesan, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ka.kas] | ڤرکاکس

Definisi : 1 segala yg digunakan utk bekerja atau utk mengerjakan sesuatu; alat: Saya tidak dpt membuat kerja itu dgn sempurna kerana kekurangan ~. 2 ki orang yg bekerja dgn orang lain, biasanya utk tujuan buruk; ejen: Baik dibunuh saja orang yg menjadi ~ musuh kita. ~ dapur alat-alat yg diperlukan utk kegunaan di dapur (spt pinggan, pisau, sudu). ~ perang alat-alat utk berperang. ~ rumah alat-alat yg diperlukan di rumah (spt kerusi, meja, almari); perabot. perkakasan 1 bermacam-macam perkakas: Sebuah kapal sudah sampai dgn membawa ~ perang. 2 ist peralatan yg membentuk satu sistem komputer, spt monitor, papan kekunci, dan unit pemprosesan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perkakas (kata nama)
1. Bersinonim dengan perkakasan: alat, alatan, peralatan, kelengkapan, mesin, radas, peranti, jentera,

2. Dalam konteks perkakas rumah
bersinonim dengan almari, rak buku, kerusi, meja, katil,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan ejen, alat, tali barut, boneka, barua, ampawa, mata-mata, pengintai, pengekor, pengintip, hantu, gundal,

Kata Terbitan : memperkakaskan, perkakasan,

Peribahasa

Hilang jasa beliung,
     timbul jasa rimbas.

Bermaksud :

Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kerbau punya susu, sapi punya nama, b. Kerbau sakit, sapi beroleh nama). rimbas = perkakas untuk penarah kayu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkakas meja 'Lazy Susan' bolehkah diterjemahkan menjadi 'peputar meja'?Kami mencadangkan "lazy Susan" diterjemahkan sebagai "dulang putar". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.04.2022
Salam sejahtera, Adakah "perkakasan" boleh digunakan sebagai terjemahan "appliances"? Dalam pangkalan data DBP, antara satu terjemahan "appliance" adalah "perkakas". Idea ini adalah untuk merapikan terjemahan. Mohon pendapat pihak tuan/puan. Terima kasih."perkakasan" boleh digunakan. perkakasan bermaksud bermacam-macam perkakas.Ejaan22.02.2019
1. kitchenware 2. utensil1. peralatan dapur 2. perkakas dapurLain-lain21.11.2008
Salam tuan, apa terjemahan bagi istilah 'seasoning' dalam mengilatkan(?) alat perkakas memasak? Terima kasih, tuan.Waalaikumussalam...
Maksud istilah seasoning dalam bidang kesenian, sosiologi dan kejuruteraan ialah pengeringan; perasa; pembiasaan.  
Makna16.03.2018
APAKAH MAKSUD ARTIFAK, MONUMEN DAN FOSIL?Artifak ialah barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas, senjata) yg merupakan peninggalan sesuatu zaman. Monumen ialah bangunan (patung dll) yg dibina utk memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa penting, tugu. Fosil pula ialah tinggalan (sisa) jasad haiwan atau tumbuhan zaman purba (prasejarah) yg kini mengeras dan tertanam di dlm bumi (batuan dsb).Makna13.08.2008
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: - jumper - harness - flange-mounted receptacle - optical flying leads (OFL) - mate/de-mate tool - mateable - wet-mate - fiber marshalling unit (FMU) - 1out harness - nominal - mated/unmated - stab - diver - Retrievable Electrical Distribution Unit - bulkhead Bidang teks ialah alat elektronik penerokaan dasar laut. Sekian terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

jumper - jumper
harness - abah-abah
flange-mounted receptacle - reseptakel bebibir lekap
optical flying leads (OFL) - plumbum terbang optikal
mate/de-mate tool - perkakas penyambung/perkakas nyahsambung
mateable - boleh sambung
wet-mate - penyambung basah
fiber marshalling unit (FMU) - unit penyusunan fiber
1out harness - 1out harness
nominal - nominal
mate/unmated - sambung/tak sambung
stablizer jacket or stab - jaket penstabil; jaket pengimbang
diver - penyelam
Retrievable Electrical Distribution Unit - Unit Agihan Elektrik Boleh Cabut
bulkhead - dinding sekatan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. Pihak kami juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan huraian konsep bagi istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai.
Lain-lain22.06.2021
selamat malam.boleh berikan contoh-contoh perbendaharaan kata?Perbendaharaan kata ialah khazanah kata dalam sesuatu bahasa atau sesuatu bidang (leksikon). Antara contohnya ialah nama tubuh badan seperti bahu, kepala, muka dan rupa; barang perdagagan seperti neraca, laba, dan kedai; alat perkakas seperti jala, bajan, dan pili; tumbuh-tumbuhan seperti cempaka, cendana dan delima.Makna06.03.2008
Selamat tengah hari. Apakah cadangan terjemahan untuk dua jenis tingkap ini, iaitu "Hinged Mullion Window" dan "Double Hung Window"? Terima kasihKedua-dua istilah tidak ada dalam sumber rujukan kami. Mohon kerjasama saudara menghubungi kami semula dan menyertakan contoh gambar kedua-dua perkakas untuk kami cadangkan istilah yang sesuai.Istilah13.06.2012
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan atau padanan kata bagi istilah 'plyform assembly fixtures'? Sekian, terima kasih.Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk 'plyform assembly fixtures' dalam Pusat rujukan Persuratan Melayu kami. Walau bagaimanapun, cadangan istilah 'plyform assembly fixtures' yang boleh kami berikan berdasarkan konsepnya ialah Perkakas Pasang SiapPenyemakan dan penterjemahan07.12.2015
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "Malaysian Timber Council"? "Majlis Perkayuan Malaysia," "Majlis Kayu-Kayan Malaysia," atau "Majlis Kayu Malaysia"?

Untuk makluman tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk Malaysian Timber Council. Istilah bahasa Melayu untuk timber ialah kayu, kayu-kayan dan balak. Kayu bermaksud  bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll). Kayu-kayan bermaksud pelbagai jenis kayu. Perkayuan bermaksud segala jenis pekerjaan yg bersangkutan dgn kayu (spt menebang, mem­buat kerusi drpd kayu). Oleh itu, cadangan terjemahan ialah Majlis Perkayuan Malaysia atau Majlis Kayu Malaysia, bergantung pada konsep yang dimaksudkan.    

Istilah24.10.2011
12

Kembali ke atas