Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.la.han] | ڤرلاهن

Definisi : 1. tidak terburu­buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lam­bat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-­sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; memperlahankan 1. menjadikan perlahan, memperlambat: apabila menghampiri persimpangan jalan ia ~ kereta yg dipandunya; 2. mengecilkan suara atau bunyi: perlahankan sedikit radio itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.la.han] | ڤرلاهن

Definisi : 1 tidak tergesa-gesa; lambat-lambat: berjalan dgn ~. 2 tidak kuat atau tidak nyaring bunyinya; lembut: Bercakaplah ~ sedikit. 3 tidak dgn tenaga yg banyak; tidak kuat-kuat: Tekan pin itu dgn ~. memperlahankan 1 membuat jadi perlahan; melambatkan: Dia ~ keretanya. 2 merendahkan atau mengecilkan bunyi sesuatu: ~ radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlahan
Kata Terbitan : perlahan-lahan, memperlahankan,

Puisi
 

Anak burung terbang perlahan,
     Hinggap mari ranting kayu;
Kalau nak beli buah setandan,
     Tentu bercampur masak layu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti gunting makan dihujung.

Bermaksud :

Membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil.

 

Lihat selanjutnya...(4)

534

Slow but sure wins the race

Orang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.

Biar lambat laga, asal menang

In the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but sure wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.

Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
begonom[b«.go.nom]kata kerjabercakap dengan suara yang perlahan.Hai, ngape begonom aje, ade rosiye ke?[hAj NA.p« b«.go.nom A.dZ« A.d« Äo.si.j« k«]Hai, mengapa bercakap perlahan sahaja, ada rahsiakah?
bederon[b«.d«.Äon]kata kerjaberjalan beramai-ramai dengan perlahan-lahan.Nampak ramai aje bederon ke sungai.[nAm.pA/ ÄA.mAj A.dZ« b«.d«.Äon k« su.NAj]Kelihatan ramai orang yang berjalan perlahan-lahan menghala ke sungai.
membebek[m«m.be.be/]kata adjektifberkenaan api dapur yang terlalu perlahan dan seakan-akan mahu padam akibat kehabisan minyak.Api dapo minyak tanah tu nampak membebek dari tadi. Bile nak masak?[A.pi dA.po mi.øA/ tA.nAh tu nAm.pA/ m«m.be.be/ dA.Äi ]Api dapur minyak tanah itu dari tadi perlahan macam nak padam. Bila hendak masak?
rimpi[Äim.pi]kata namapisang yang dikeringkan dengan cara diasapi atau dipanggang di atas api yang perlahan, pisang salai.   
kue kacau[ku.we kA.tSAw] sejenis kuih daripada keledek atau labu yang direbus, dilecek, dicampur gula, santan, daun pandan dan dimasak dengan api yang perlahan hingga pekat dan kental.   
telo pindang[t«.lo pin.dAN] sejenis telur rebus yang direbus khas berlapis-lapis dengan beberapa jenis pucuk daun seperti daun semangkuk bersama rempah ratus dan garam. Telur ini direbus sekurang-kurangnya enam jam dengan api yang perlahan dan lazimnya dibuat sempena majlis perkahwi   

Kembali ke atas