sila tutup dengan perlahan-lahan sila tutup dengan perlahan antara dua ayat ini yang mana 1 betul dan diterima oleh pihak dbp | Perlahan bermaksud = perlahan-lahan 1. tidak terburu-buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lambat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 01.10.2010 |
Salam, Saya mengetahui bahawa menggunakan dua perkataan berganda di dalam satu ayat tidak boleh. Sebaliknya jikalau perkataan itu memang perlu digandakan, adakah boleh? Contoh seperti ayat di bawah: " Ketika pemotong kayu dan isterinya tidur, kedua-dua beradik itu perlahan-lahan keluar dari bilik". Maksud saya ialah penggunaan dua perkataan berganda iaitu "kedua-dua" dan "perlahan-lahan". Sekian. | Ketika pemotong kayu dan isterinya tidur, kedua-dua beradik itu perlahan-lahan keluar dari bilik. Kata tersebut perlu digandakan, kedua-dua menunjukkan keseluruhan, manakala perlahan-perlahan menunjukkan penekanan kepada perbuatan yang dilakukan. | Tatabahasa | 16.07.2008 |
Adakah ayat berikut gramatis? 1. Anjing berlari pantas tetapi kura-kura merangkak perlahan. berbanding dengan ayat kedua seperti di bawah: 2. Anjing berlari dengan pantas tetapi kura-kura merangkak dengan perlahan. Bolehkah ayat pertama digunakan sebagai ayat yang bagus? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah anjing berlari dengan pantas tetapi kura-kura bergerak dengan perlahan. | Lain-lain | 17.01.2018 |
Cepatlah adik cepat Mari siapkan diri Usahlah kita (perlahan)/(lambat) Ayah sudah menanti JAWAPAN (perlahan)atau (lambat)betul? TERIMA KASIH | Untuk makluman, jawapan yang tepat bagi merujuk ayat tersebut ialah lambat, iaitu Cepatlah adik cepat. Mari siapkan diri. Usahlah kita lambat. Ayah sudah menanti. | Lain-lain | 23.01.2017 |
Adakah perkataan "perlahan" merupakan ata adjektif? Jika perkataan tersebut merupakan kata adjektif, mengapa wujud perkataan memperlahankan, kerana perkataan adjektif tidak boleh di apit dengan "Memper-...-kan". Minta dijelaskan. Terima kasih. | Pendapat saudara betul, perlahan ialah adjektif maka kata terbitan yang betul sepatutnya ialah memperlahan sama seperti kata adjektif yang lain seperti memperlambat dan mempercepat. Walau bagaimanapun kata memperlahankan telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat dan berdasarkan data yang ada penggunaan kata memperlahankan lebih meluas berbanding dengan kata memperlahan. | Tatabahasa | 07.10.2012 |
Salam. Adakah menghirup air kopi yang hanyat itu betul? Ayat : Anis menghirup air kopi yang hanyat itu perlahan-lahan. | Ayat yang betul ialah "Anis menghirup air kopi yang panas itu perlahan-lahan." | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Apakah jawapan bagi soalan ini. Salman ___________ perlahan-lahan butang yang yang terdapat pada telefon bimbitnya. Jawapan yang diberikan ialah memicit. Mengapa tidak menekan jawapannya? | Jawapan bagi soalan tersebut ialah memicit. Merujuk Kamus Dewan, perkataan memicit merujuk kepada perbuatan menekan-nekan dengan jari | Lain-lain | 25.08.2015 |
Salam. Anis menghirup air kopi yang hangat itu perlahan-lahan. Ayat tersebut boleh diterima? | Ayat tersebut boleh diterima. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
penyu mengesot atau merangkak? | Jawapan yang betul ialah penyu berjalan perlahan. | Lain-lain | 13.03.2010 |
Bolehkah satu perkataan menjadi ayat dan satu ayat menjadi perenggan? Contoh: Daun pintu dibuka perlahan. Sunyi. Begitulah jangkaanku. | Tuan, Daripada contoh ayat yang tuan berikan, jelas menunjukkan bahawa ayat tuan merupakan jenis ayat dailog yang sering kali digunakan dalam penulisan kreatif, iaitu novel, puisi dan cerpen. Pada ghalibnya, penulis kreatif agak bebas menggunakan struktur ayat dan perenggan dengan alasan laras penulisan kreatif berbanding dengan penulisan rencana. | Tatabahasa | 10.05.2009 |