451
tentera sampai ke garisan Perancis, tentera British
menembak, mengisi peluru menembak semula dan
menyerbu dengan benet dan pedang. Askar
Perancis berundur dalam suasana kelam-kabut.
Wolfe terbunuh dalam tembakan pertama.
Montcalm, yang cuba mengumpulkan tenteranya
turut tercedera pada masa itu. Dia diusung untuk
kembali ke Quebec tetapi meninggal dunia
beberapa jam kemudian. Dalam masa 15 minit
sahaja, nasib empayar Perancis di Amerika telah
ditentukan.
Perjanjian Paris pada tahun 1763 mengurangkan
kesemua tanah jajahan Perancis di Amerika Utara,
kecuali dua buah pulau kecil berhampiran pantai
Newfoundland , St. Pierre dan Miquelon.
Pertempuran Shrewsbury (1403), mengakhiri
pemberontakan yang diketuai oleh Sir Henry Percy
untuk menggulingkan Henry IV dari England. Percy
dan Earl of Worcester mengumpulkan tentera
dengan harapan untuk mendapat sokongan
pemimpin Wales, Owen Glendower. Pada tahun
1403, gabungan tentera Henry IV dan puteranya
Putera Henry telah menyerang Percy sebelum dia
dapat bersatu dengan Glendower. Percy telah
dibunuh dan kebanyakan penyokong utamanya
telah ditawan dan dihukum bunuh. Lihat juga
Percy, Sir Henry.
Pertempuran Stalingrad ialah salah satu
pertempuran yang sangat penting dalam sejarah,
yang membawa kepada titik perubahan dalam
Perang Dunia II (1939–1945). Semasa pertempuran
lima bulan, tentera Soviet menghalang tentera
Jerman daripada menguasai Stalingrad (kini
Volvograd), kawasan perindustrian penting di
Sungai Volga. Kekalahan Jerman di Stalingrad
menamatkan perluasan kuasa Jerman di bahagian
timur Kesatuan Soviet. Tentera Jerman yang
menceroboh terpaksa berundur daripada kawasan
minyak Caucasus dan kawasan rendah Sungai Don.
Semasa pertempuran, tentera Jerman kehilangan
kira-kira 300 000 askar, termasuk kira-kira 90 000
tawanan. Tawanan itu termasuk 24 orang jeneral
Jerman. Salji dan kesejukan menyebabkan Jerman
kehilangan banyak tenteranya.
Angkatan Tentera Darat keenam Jerman
melancarkan serangan terhadap Stalingrad pada 21
Ogos 1942, dari kedudukan kira-kira 65 kilometer
dari Sungai Don. Menjelang 23 Ogos, kereta kebal
Jerman sampai ke Sungai Volga, utara Stalingrad.
Secara perlahan-lahan, mereka meneruskan
perjalanan ke bandar itu.
Pertempuran Hutan Teutobung lihat
Tentera darat (Pertempuran darat yang termasyhur).